🔪1🔪

874 70 40
                                    

~Park Jirin~

"Gyesok mollae mollae sangcheo manttang! But ballin' ballin' still bangtan! Apado hero duryeoumeun dwiro! Anpanman pan-Aduhh!" Jo Hyeon mengaduh sakit kerana sisi kepalanya yang ditampar.

Nak tahu siapa yang tampar?

Aku!

"Aku faham yang kau tengah bodoken sekarang ni tapi sekurang kurangnya kau kesiankan lah pada telinga aku ni. Kau ingat telinga aku ni kebal ke syaitan?" Aku menyoal geram ke arahnya yang tak habis habis menjeling aku.

Aku cucuk biji mata tu kang!

"Kau tak faham perasaan aku wey! Aku sedih! Crush aku dah couple dengan budak tik tok gelek gelek wey! Mana tak meraungnya aku!" Hyeon menarik hingusnya yang hampir terkeluar itu.

Jijik syial!

"Ya aku tahu kau sedih tapi kau tak malu ke orang lain tengok kau memekak melalak serupa orang hilang anak tekak? Kalau suara tu sedap macam IU tak apa juga. Ni suara kalah burung gagak. Aku rasa burung gagak sedap lagi."

Ko jangan. Sekali aku hambur, memang aku tak kisah dah apa yang keluar. Lantaklah perkataan apa yang nak keluar pun. Janji aku happy.

"Biarlah sapa yang nak tengok pun! Aku still nak melalak juga! You call me artist! You call me-sakitlah!"

"Aku dah cakap jangan memekak. Kau degil juga. Kalau kau memekak lagi, aku humban kau dalam loji." Ugutku tajam. Dan dengan ugutan itu jugalah, mulut Hyeon dapat didiamkan.

Kan aman keadaan macam ni.

"Wey bijirin." Aku memandang ke arah Hyeon yang memanggil nama panggilan manja aku.

Ya! Sweet nickname aku adalah BIJIRIN.

Nak tahu kenapa bijirin?

Sebab nama aku Park JIRIN

"Kau nak apa?"

"Aku nak ais krim lah. Tetiba mengidam nak makan benda sejuk pula. Jom pergi beli!" Katanya sambil menepuk tangan.

Mengidam nak makan ais krim?

"Hyeon. Kau jujur dengan aku. Kau masih suci lagi kan? Still ada da-Aishhh!" Aku menggosok kuat lengan aku yang ditampar oleh Hyeon.

"Kau jangan nak kotor sangat eh. Aku bunuh kau kat sini juga." Hyeon menunding jari ke arahku sambil matanya dikecilkan. Aku hanya tersengih.

"Aku bergurau sajalah. Jom kita pergi beli ais krim! Kau belanja!"

💣💣💣

"Malam ni jangan lupa tau lepak tempat biasa! Kalau kau lambat, aku block kau 5 minit." Pesan Hyeon bersama ugutan tak seberapa bijaknya.

"Iya!" Balasku. Hyeon memgangkat thumbs up lalu masuk ke dalam rumahnya yang hanya bersebelahan dengan rumahku. Tombol pintu rumah kondominium ini aku buka.

"I'm ho-

"Kau pergi mana pagi pagi buta dah hilang?!"

"Huwaaa!"

Aku mengurut dadaku perlahan selepas disergah nengejut oleh eommaku. Nasib aku tak ada sakit jantung kalau tak, rest in peace lah jawabnya aku hari ni.

Kadang kadang aku tertanya juga, eomma aku ni ahli nujum ke, macam tau tau je aku dah balik siap buat 'surprise' lagi kat aku bila aku buka pintu tadi.

[C] OUR LOVE STORY | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now