"Jirin." Aku menoleh ke arah Hyeon yang sudah menunjukkan muka sedihnya.
"Apa kau nak?"
"Aku nak minta maaf sangat sangat dengan kau dari hujung rambut sampai hujung bulu kaki aku. Aku banyak salah dengan kau. Aku nak mengaku satu benda. Seluar dalam kau yang warna hijau tu, sebenarnya aku yang ambil. Aku just nak kenakan kau je tapi aku tak tahu pula yang secara tak sengaja aku terbaling kat anjing yang kejar aku masa tu. Tapi serius disebabkan seluar dalam kau tu, anjing tu pengsan. Sekali lagi aku nak minta maaf. Aku pernah-
"Dah dah lah tu bodoh. Kau dah kenapa buat ayat minta maaf macam nak mati?" Aku terus memotong ucapan panjang lebar Hyeon.
Dah macam orang gila dah aku tengok. Dengan muka gelisahnya tu.
"Sebenarnya aku memang nak mati pun nanti. Sebab tu aku minta maaf kat kau." Membulat mata aku.
"S-seriuslah bodoh?" Dia mengangguk.
Wey apa ni?!
"Kau nak mati sebab apa wey?!"
"Aku akan mati dibunuh."
"Sapa nak bunuh kau?!"
"Paper exam Kimia."
Aku terus memeluknya erat. Belakang badannya aku tepuk perlahan.
"Aku paham kau. Nampaknya kau akan pergi dulu sebelum aku. Jangan risau, lepas je paper exam addmath bunuh aku, aku akan ikut kau. Kita bahagia kat sana." Dia mengangguk laju.
"Doakan aku tenang Jirin. Kau je bijirin kesayangan aku."
"Aku akan. Kau kawan aku. Tunggu aku kat sa-
"Korang dah kenapa ni?" Kami memandang Taehyung yang menyapa kami tadi.
"Tae. Aku nak minta maaf dekat-
"Kau gila ke gila?" Hyeon tersenyum.
Aku nak crying wey.
"Aku akan mati dibunuh dengan paper Kimia." Terus Taehyung terbatuk batuk.
"Paper Kimia? Kau biar betul?" Hyeon mengangguk. Terus dia ditarik masuk kedalam pelukan Taehyung.
Pasrah aku macam ni. Jangan cakap yang-
"Aku pun akan mati dibunuh dengan paper Fizik wey. Kau tunggu aku kat sana. Kita akan kahwin di syurga Jo Hyeon." Terus saja Hyeon menolak Taehyung jauh.
"Sapa nak kahwin dengan kau?" Air mata eyemo disekanya. Kini kami bertiga berpelukan erat. Menikmati saat akhir kami-
"Macam hanat je drama bodoh korang kan? Nak jawab exam je pun. Acah nak mati." Seokjin yang tekun membaca buku itu mencelah moment kami.
"Kau baca je lah buku tu. Tak payah nak menyampuk drama kami. Sibuk je nak attention." Taehyung menjawab.
"Wey, nak join juga!"
"Masuklah!"
Dengan acah slow motion movie Hindustan, Jungkook berlari masuk ke dalam pelukan kami tiga.
Sebelah aku pula tu.
"Aku sayang korang. Tambah tambah kau Jirin! Aku sayang, cinta, suka kau sangat sangat. Jangan risau, aku akan lawat makam korang semua." Dengan penuh perasaan kami berempat berpelukan.
"When dumb meet dumber and it become the dumbest."
-
"Exam Kimia tadi betul betul membunuh aku wey. Aku tak sempat nak kill lagi 10 tentera dia." Hyeon mula merungut. Pelipisnya diurut perlahan.
"Kau okaylah. Aku tinggal 14 soalan. Semua soalan yang bagi aku mencarut punya." Taehyung pula berkata.
"Betul tu, berapa kali aku dengar kau mencarut kat belakang aku." Aku pula bersuara.
"Ah! Bukan salah aku. Sapa suruh soalan tu susah sangat." Kami semua menggeleng.
"Ha kau Jungkook. Berapa banyak soalan kau tak bunuh?" Aku bertanya selepas sedar yang manusia di sebelah aku ni senyap ja.
"Aku tak dapat bunuh 4 ja. Selebihnya aku dapat kill. Berkat buah hati aku ada kat sebelah." Aku mencebik. Ada saja dia nak kaitkan dengan aku.
"Ha! Kau dapat bunuh semua tak?" Aku mengangguk.
Satu satunya exam yang aku akan tinggal adalah addmath. Tu pun 5 soalan je paling banyak. Selebihnya aku akan jawab sama seperti subjek lain.
"Untunglah pandai. Exam pun selalu dapat nombor 1 dalam kelas." Taehyung menumbuk lembut bahuku.
"Tengoklah abang kembar dia siapa. Park Jimin okay."
Sejak bila pula dia muncul?!
"Guyss!! How exam?"
Aku rasa aku dah boleh mencipta satu peribahasa baru.
Kalau peribahasa sebenar,
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Peribahasa aku pula,
Di mana ada Park Jimin, di situ ada Kim Seokjin.
Sedap tak peribahasa aku?
"Tanya orang, kau punya exam macam mana?" Jungkook bertanya.
"So far so good. Setakat ni exam Kimia dengan Sastera Korea kami tak mati lagi." Seokjin menjawab. Tangannya naik menggosok hidungnya yang gatal.
"Korang buat apa kat sini? Nak join boleh?"
"Sejak bila kau dan Seokjin teringin nak join kami lepak ni? Demam panas ke?" Kali ni Taehyung membidas Jimin. Tanpa membalas, dua ekor tenuk tu terus duduk di dalam pondok itu.
"Wey, nampaknya Squad Bangang Abadi Forever kita dah lengkap. Terharu! Let's selfie! Kita buat icon group." Hyeon mula memgeluarkan telefon pintarnya lalu dihulurkan pada Taehyung. Jimin dan Seokjin mula maju ke hadapan sedikit. Jungkook pula mengesot ke sebelah aku. Rapat.
Yang dia nak menyibuk dalam gambar ni apa hal?
"Wey, kami selfie untuk icon group."
"So? Aku pun ahli group Bangang Abadi Forever juga."
"WHAT?!" Semua memandang aku pelik.
"Yang kau dah kenapa ni?" Soal Taehyung yang sudah bersiap sedia nak menangkap gambar kami.
"Sejak bila Jungkook jadi participant Bangang Abadi Forever?!"
"Sejak dia first day masuk kelas korang lagi. Taehyung add dia masuk dalam group." Seokjin menjawab.
"Asal aku tak tahu apa apa pun?!"
"Itulah kau. Lain kali selalulah check group WhatsApp." Aku mendengus geram.
Ini tak adil! Nak tambah ahli group tak ajak aku!
"Dah dah. Tak payah nak bertekak lagi. Tangan aku naik lenguh ni." Kami semua mengambil tempat.
Taehyung di hadapan sekali diikuti Hyeon di belakang sambil mengunci leher Taehyung. Aku dan Jungkook di belakang. Jimin dan Seokjin menyelit di antara kami berdua.
"Ready guys!"
"Yeay!"
Hana
Dul
Set
Click!
Continue...
Dengan segala kuasa yang ada, aku menyeru agar silent readers munculkan diri! aku pun nak kenal dengan korang juga wey!!Adios!❤🍄
YOU ARE READING
[C] OUR LOVE STORY | JEON JUNGKOOK
FanfictionTerima kasih kepada cuti sekolah. Dengan ini aku terpaksa menghadap Jeon's yang tak kenal erti putus asa dan move on walaupun dah kena tolak beribu kali! Ergh! Start :- 020520 End :- 160620