🔪3🔪

515 58 22
                                    

~Jeon Jungkook~

"Abang. Burger ayam 3." Aku membuat pesanan kepada penjual burger itu. Dia sekadar mengangkat sign okay saja.

Disebabkan malas nak berdiri lama, aku duduk di kerusi yang sudah disediakan untuk para pelanggan yang ingin makan di sini. Aplikasi Instagram aku buka. Aku hanya scroll saja.

Malas nak like atau comment gambar yang dipost.

"Wey Hyeon! Cepatlah order. Kau bisu ke apa?" Telinga aku tertangkap suara seseorang.

Merdu saja suaranya even kedengaran dia tengah menengking.

"Sabarlah bijirin oi! Aku tengah fikir nak order burger apa ni." Balas kawannya. Hyeon tak silap namanya.

And wait, nama kawan dia yang sorang lagi tu bijirin ke?

Bapal rare nama yang mak ayah dia bagi. Bak kata budak budak pandai, nama dia exotic gila.

"Aku dah buat keputusan. Aku nak burger ayam saja. Nak yang biasa no special special."

"Kau fikir lama lama semata mata untuk burger ayam yang biasa ja? Mencabar kesabaran aku sungguh kau ni."

"Alah bijirin, janganlah marah."

"Kau beruntung sebab aku belanja kau hari ni."

Aku hanya memerhati gelagat dua orang sahabat itu. Kasar bukan main bahasanya. Tapi aku tertarik dengan budak yang nama bijirin tu.

Dia cantik. Kulit putih. Pipi pun pau sedikit.

Tapi sayangnya, nama dia pelik.

"Abang, saya nak burger ayam dua, burger daging satu dan benjo satu." Dan seperti biasa, pekerja burger itu hanya akan mengangkat sign okay saja.

Mungkin bisu kot abang tu. Balas pakai tangan ja.

Sahabat berdua itu mula berjalan ke arah kerusi untuk duduk menunggu.

"Wey, satgi kau nak makan burger ni kat mana?" Soal lagi budak bernama Hyeon tu.

"Port biasa. Atas tanah bawah langit." Aku berkerut sejuta mendengar nama tempat lepak mereka.

Tempat apa macam tu?

"Kau ni satgi aku bunuh juga kat sini." Kawannya Hyeon menjeling tajam si bijirin tu.

"Kau tunggu je lah kat port biasa. Lepas aku hantar burger ni kat manusia di atas, aku turun pergi dekat kau." Balas si bijirin itu.

Manusia di atas? Adakah dia tinggal di kondominium ni sama seperti aku?

"Iyalah. Kau datang cepat sikit tau. Aku tunggu dekat jongkang jongkek." Balas Hyeon.

Oh jadi mereka berdua ni selalu lepak dekat playground bawah rupanya. Nak hendaplah macam ni.

-

"Mana bijirin ni? Dia pergi hantar burger ke pergi simenkan tangga?" Rungut Hyeon sambil bermain dengan jongkang jongkek itu seorang diri.

Kesian pula aku tengok kawan si bijirin ni. Dah macam orang putus akal. Main playground ni sorang sorang tengah tengah malam buta ni.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu kenapa aku interesting sangat nak pergi hendap dua sekawan ni. Lepas saja aku hantar burger ayam tu kat sepupu aku, aku terus datang playground ni. Aku rasa cousins aku tu pun pelik dengan perangai gila aku malam malam ni.

"Woi Hanat! Aku datang!" Terkejut aku tatkala mendengar jeritan lantang seorang perempuan. Siapa lagi kalau bukan si kawan pelik dia ni.

"Datang pun kau! Ingatkan nak biar aku mati dulu baru nak sampai."

Serius aku cakap aku tak pernah lagi jumpa perempuan yang sekasar ni dalam hidup aku.

"Kalau kau mati lagi bagus. Tak perlu aku turun dah. Aku biar je bangkai kau kat sini."

Okay, si bijirin ni lagi kasar dari si Hyeon tu.

"Jahanam punya kawan."

Aku terus menghendap mereka sambil membaham burger ayam aku ni. Dan perbualan mereka lebih banyak ke arah kerja kerja bodoh dan plan nak kenakan penyewa kondominium saja. Kadang kadang aku tergelak juga dengar mereka ni berbual. Package sekali dengan kata kata kesat lagi.

"Wey jom balik. Aku mengantuklah."

"Tulah."

Maka dua sahabat itu pergi pulang ke rumah masing masing. Seronok juga buat kerja bodoh ni. Tak pasal pasal perut aku kejang.

💣💣💣

"Kau pergi mana malam malam buta ni?" Soal sepupuku sebaik saja aku membuka pintu rumah.

"Assignment kau dah siap?" Aku mengubah topik.

Memang taklah aku nak bagi tahu aku pergi mana. Mahu nahas aku ditumbuknya nanti.

"Almost. Thanks for the burger." Aku hanya mengangkat thumbs up kepadanya. Seketika aku memandang ke arah ruang tamu.

Ada yang kurang ni.

"Mana sleeping beauty?" Soalku sebaik saja aku sedar yang kelibat sepupuku sorang lagi tak ada di sini.

"Nama pun sleeping beauty, dah semestinya dia pergi sleeping dalam bilik." Aku mengangguk faham.

Sepupu aku sorang lagi tu memang suka tidur. Kalau boleh, setiap masa dia nak tidur. Tapi disebabkan dia masih lagi digelar pelajar, jadi dia terpaksalah kuburkan cita cita dia semata mata untuk bangun awal ke universiti bersama dengan sorang lagi sepupu aku ni.

Aku tinggal dengan dua orang sepupu aku ni ja so bila mereka ke universiti, aku akan lonely kat rumah. Maklumlah sekarang cuti sekolah lagi, tak boleh nak ke sekolah.

"Aku nak pergi tidur dulu. Esok aku dengan Yoongi bangun awal sikit sebab ada taklimat penting tentang assignment kami awal pagi. So kau pandai pandailah cari sarapan sendiri ye. Dah besar panjang kan." Kata sepupuku lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.

I'm done with Kim Namjoon.

Continue...

Aku tengah tunggu sahur...sapa join!!!❤

Vote and comment after reading dear 💕

[C] OUR LOVE STORY | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now