~Kim Namjoon~
Aku melangkah masuk ke dalam rumah yeojachingu aku. Teringat pula nak singgah sini lepas habis kuliah universiti.
Yeojachingu? Pfft-
Bakal yeojachingu. Aku nak melamar dia hari ni. Doakan aku semoga dia terima.
Banyak kali aku cuba pikat dia tapi tak ada tanda tanda yang dia terpikat dengan aku. Teringat aku tentang gadis yang selalu Jungkook cerita pada kami. Keras kepala sama macam pujangga hati aku.
Tapi sejak sebulan lepas, dia nampak macam happy semacam. Entahlah. Dah boleh move on kot dengan budak yang dia kejar tu. Tak pun jumpa bunga baru.
"Korang! Tengoklah siapa yang nak join main dengan kita?"
"Uncle Joon!" Kesemua kanak kanak itu berlari mendapatkan aku. Dengan gembiranya aku menyambut mereka.
Rindunya.
"Uncle Joon nak main dengan kami ke?" Soal seorang gadis kecil, Yeona.
"Nae. Dengar kata korang nak main air dekat kolam belakang. Uncle Joon nak mandi juga boleh?" Terus mereka bersorak gembira.
"Kalau macam tu, semua pergi kolam belakang dulu. Unnie nak ambil tuala. Ingat tau. Jangan main lasak sangat. Nanti lemas." Mereka mengangguk serentak lalu berlari ke arah kolam yang sudah tersedia di belakang rumah.
"Terima kasih sebab sudi datang Joon." Kata pujangga hatiku.
Zureen Jung.
Ya, dia pemilik rumah anak yatim di kawasan ni. Dijaga dan diberi kasih sayang yang cukup untuk budak budak ni. Dia ada hati yang tulus. Bersih dan suci sama seperti wajahnya.
"Saya rindu kan mereka. Sebab tu lah datang jenguk. Bukan budak budak saja, dengan awak pun saya rindu juga." Aku tersengih selepas menyebutkan ayat tadi.
"Ada ada je lah awak ni. Awak pergilah belakang dulu. Saya nak ambil tuala mereka semua dalam bilik."
"Saya ikut. Boleh tolong awak bawa tuala tu. Mesti banyak." Dia mengangguk. Aku mengikutinya dari belakang. Sesampai saja di biliknya, dia terus menuju ke arah sebuah almari berwarna pastel blue.
"Awak duduklah atas katil tu. Kalau saya perlukan bantuan, saya panggil awak." Aku hanya diam tidak menjawab. Tingkah lakunya sekarang ni lebih menarik perhatian aku.
Almari dibuka. Beberapa helai tuala berwarna pink lembut di ambil lalu diletakkan di atas meja kecil di sebelah almari itu. Kini dia mencangkung pula mengambil tuala berwarna kuning di bawah. Selepas meletakkannya di atas, dia memandang ke arah tuala berwarna putih yang terletak di rak atas sekali.
Ya, dia pendek. Ketinggiannya hanya menyamai bahu aku saja.
"Want help?" Dia menoleh ke belakang. Senyuman diberikan lalu menggeleng.
You make me melt with that smile Zureen Jung. How can I stop to love you and everything about you?
Dia beralih ke arah kerusi yang terletak di hadapan meja solek. Baru saja ingin mencapai, aku lebih laju meraih lengannya.
"Jom saya tolong." Aku menariknya sehingga sampai di hadapan almari tadi. Tubuhnya aku pusing agar membelakangi aku.
Jantung mula mengepam darah dengan laju. Tangan aku naik menyentuh dan memcengkam lembut sisi pinggangnya. Dengan perlahan, aku mengangkat tubuhnya sehingga sampai di rak teratas. Dia mengambil tuala putih itu dengan segera. Aku menurunkannya secara perlahan.
Cheeks, kalau kau sayang aku, kau jangan lah tukar jadi warna merah sekarang ni.
"T-terima kasih Joon." Aku mengambil tuala berwarna pink lembut dan kuning itu.
"N-n-nothing. Jomlah. Budak budak mesti kita."
Muka kami sama sama memerah. Kali pertama, aku sentuh perempuan lain melainkan eomma dan halmonie aku.
💣💣💣
"Uncle Joon!! Jom lah terjun sekali!" Jerit budak lelaki itu. Aku hanya senyum. Tualu aku letakkan di atas meja. Tuala di tangan Zureen juga aku ambil.
"Awak kalau nak mandi boleh je. Jungkook ada tertinggalkan baju dia waktu dia mandi dengan mereka. Kalau awak mandi, boleh awak pakai baju dia dulu sebagai salinan." Aku menggeleng.
"Saya teman awak je kat sini." Dia mengangguk. Kami berdua duduk bersila di tepi kolam. Lantas pandangannya dibuang ke arah budak budak.
Ini peluangnya Namjoon! Kau kena confess dekat dia!
"Erm, Reen?"
"Ya Joon?"
"Awak pernah ada perasaan tak dengan saya?" Perlahan lahan aku memandangnya. Secara tidak sengaja mata kami bertembung.
"P-perasaan apa?"
"Pernah tak awak suka kan saya?" Dia tersentak. Aku hanya memandangnya. Ingin tahu jawapan yang dia ingin berikan.
"Kenapa awak tanya macam tu?"
"Sebab saya harap, perasaan awak sama macam saya. Saya suka awak." Lagi sekali dia terkejut besar. Matanya membuntang luas.
"Joon rasanya awak sakit ni. Kenapa tiba tiba cakap macam ni?" Dia memegang dahi aku. Leher aku juga turut dipegangnya.
Aku biarkan saja. Sentuhan dia mampu membuatkan aku jatuh tergolek dalam kolam ni.
"Saya nak luahkan perasaan saya pada awak. Saya tak nak pendam lagi." Dia memandang aku dengan mata redupnya.
"Namjoon, jangan cakap macam tu. Saya tak suka hati dan perasaan saya dipermai-
"Saya serius. Saya suka awak." Dia menunduk.
"Awak suka saya tak?" Dengan perlahan dia mengangguk. Aku mula tersenyum lebar.
"Kita kahwin nak tak?" Kataku sedikit teruja. Terus dia mengangkat mukanya memanndang aku dengan terkejutnya.
"K-k-kahwin?!" Aku mengangguk laju. Matanya dilarikan dari bertentang dengan aku.
"Setuju tak?"
"Er?"
"Kita kahwin nae?" Terus dia bangun berdiri.
"S-suka hati awaklah! Saya nak p-pergi masak. Nanti lepas mandi mesti mereka semua lapar?" Belum sempat dia nak lari, aku raih tangannya.
"Setuju ke tak nak kahwin dengan saya? Kalau ya, saya nak bawa awak jumpa paderi terus." Pipinya sudah membahang teruk.
"Suka hati awak! Saya ikut je!" Terus dia berlari masuk ke dalam rumah meninggalkan aku yang sedang bahagia di situ.
Ikut suka hati aku?
Dia terima!!!!!!
Gosh!
Eomma! Esok Joon bawa menantu!
Continue...
Dua chap je lagi then tamatlah segala kesenduan dan kebosanan story ni.
aku ada sedikit pesanan...sikit je..
Dear laman web google yang bernama truyen entah apa yen lah...stop being dweaji🔪
Nama yang didajjalkan buat kali kedua
Sorry❤✨
YOU ARE READING
[C] OUR LOVE STORY | JEON JUNGKOOK
FanfictionTerima kasih kepada cuti sekolah. Dengan ini aku terpaksa menghadap Jeon's yang tak kenal erti putus asa dan move on walaupun dah kena tolak beribu kali! Ergh! Start :- 020520 End :- 160620