"Jimin! Cepatlah kita dah lambat ni!" Aku mengetuk pintu biliknya dengan kuat. Jam di tangan telah menunjukkan pukul 7:54 pagi. Lagi 6 minit pagar sekolah aku tutup.
Jimin ni, harap je pengawas tapi dia sendiri yang lambat! Sudahlah hari ni hari penting dia. Hari yang dia dah lama tunggu sejak 3 tahun lepas.
Alih alih, dia pula lambat. Sabar je.
"Kau dah kenapa memekak ni? Aku nak sikat rambut pun tak senang." Pintu bilik dikuak. Dijegilkan mata ke arah aku.
"Kepala hotak kau berlubang! Kita dah lambat kot!" Aku dengan segera menarik tangannya untuk keluar tetapi seketika aku terasa seperti berada di awangan.
Aku boleh terbang ke? Kuasa apa yang aku dapat pagi ni?!
"Kau merepek apa ni sial?" Rupanya Jimin yang sedang mengangkat aku.
Kuat juga kembar aku ni. Berkat pergi gym selalu dengan Seokjin.
"Apa yang merepeknya? Kita memang dah lewat!" Aku menepuk bahunya.
"Kau tengok jam kau sekarang." Aku melihat jam tangan aku sekarang.
"7:58 pagi."
"Sekarang kau tengok jam kat situ." Jimin memuncungkan mulut ke arah jam di ruang tamu. Dengan naif nya aku melihat.
Eh? 7:31 pagi?
"Jam kau yang rosak lepas tu kau rosakkan mood aku nak sikat rambut! Mencabar kesabaran sungguh!" Jimin menurunkan aku. Mukanya sudah memerah. Rambutnya yang serabai tanpa di sikat itu aku sisir.
"Sorry lah. Aku mana lah tahu yang jam aku rosak." Aku tersengih. Jimin merengus kasar.
"Sabar je aku dapat adik macam ni!"
💣💣💣
"Kau pasti ke yang dia dapat?" Soal Hyeon yang sedang berada di belakang aku.
"Aku pasti dia dapat. Percaya cakap aku." Aku menjawab sambil mata masih menatap di dalam dewan.
"Sekarang ni kita tengah buat apa?" Soal Jungkook hairan.
"Kita tengah menghendap pengawas. Kau buta ke?" Jawab Taehyung.
Benar. Sekarang ni di dewan, semua pengawas sekolah sedang berkumpul untuk pelantikkan jawatan kuasa baru pada tahun ini. Di sebabkan abang aku tu adalah pengawas, jadi aku nak tahu sama ada dia berjaya atau tak untuk memiliki jawatan idaman dia.
Ketua pengawas.
Tahun lepas, sewaktu saem letakkan kotak undian pelajar untuk calon ketua pengawas di tapak perhimpunan, aku lah orang pertama yang vote untuk Jimin.
Bukan tu je, aku paksa budak kelas Cerisier untuk vote Jimin. Tak cukup dengan itu, aku and Hyeon ugut junior bawah untuk vote Jimin.
"Baiklah, untuk jawatan penolong ketua pelajar, kami telah melantik Kim Seokjin untuk menggalasnya." Dewan itu mula bising dengan tepukan pelajar kepada Seokjin. Tapi kedengaran tepukan pengawas perempuan paling banyak.
"Aku harap sangat ketua pengawas kita tak lepaskan tugas perhiasan majlis prom night pada dia. Tunggang langgang dewan ni nanti." Aku dan Hyeon mengangguk setuju pada harapan Taehyung. Jungkook hanya memandang pelik.
Dia tak tahu apa apa so better dia jadi blur saja.
"Baiklah, untuk jawatan besar iaitu ketua pengawas, kami telah sebulat suara untuk melantik..."
YOU ARE READING
[C] OUR LOVE STORY | JEON JUNGKOOK
FanfictionTerima kasih kepada cuti sekolah. Dengan ini aku terpaksa menghadap Jeon's yang tak kenal erti putus asa dan move on walaupun dah kena tolak beribu kali! Ergh! Start :- 020520 End :- 160620