"Jirin! Jom rehat sekali!" Aku tersentak tatkala mendengar ajakan itu.
Ini yang rasa nak mencarut ni.
"Aku rehat dengan Hyeon dan Taehyung. Kau lupa ke?" Aku memandangnya. Namun lain yang jadinya bila dia mula mengambil keputusan untuk memegang tapak tanganku erat.
Aku tabik dengan dia sebab berani tempah keranda dengan aku.
"Jangan risau. Hyeon dan Taehyung aku suruh mereka dating dekat taman." Jungkook tersenyum sambil mengeratkan lagi genggaman. Ditariknya aku untuk berjalan di sebelah.
"Tapi aku kena jumpa Ji-
"Jimin dan Seokjin keluar awal sebab ada tugas. Jangan bagi banyak alasan dan nikmati saja masa rehat kita berdua." Aku mengeluh kasar. Genggaman tangannya aku tak balas malah berusaha untuk meleraikannya.
"Jangan mengada ngada nak lepaskan sayang. kalau tak first kiss kau aku rasmikan di sini." Aku mencebik.
Nak main ugut pula. Aku bunuh nanti.
Aku memerhati sekeliling untuk memastikan tiada siapa melihat aksi gila Jungkook ini namun malangnya kami berdua telah menjadi tumpuan ramai terutamanya perempuan.
"Aku pelajar hot kat sekolah so normal kalau mereka tengok kita. Jealous la tu aku suka kau." Aku memandangnya dengan jengkel.
"Perasan lebih la kau ni."
"Kenyataan okay. Aku memang hot kat sekolah. Kau sorang je tak tahu." Aku menjelingnya lantas menundukkan kepala memandang kaki.
Aku tak biasa jadi perhatian pelajar so terasa diancam pula.
"Kau nak makan apa? Aku belikan." Aku hanya diam memikir.
"Tteokbokki dan air tembikai sajalah." Aku menyeluk poket untuk mengambil wang.
"Kau buat apa tu?" Soalnya polos.
"Nak ambil duit lah. Takkan nak keluarkan kotak rokok pula." Dia hanya menggeleng.
"Aku belanja kau." Sejurus selepas berkata, dia terus pergi untuk membeli makanan. Aku menongkat dagu menunggu. Sekali sekala aku memandang ke arah pelajar yang sedang meng'helang' ke arah aku.
Aku tahu aku korang jealous sebab tak rapat dengan Jebon tu but trust me kalau tak kenal dengan dia pun aman hidup.
Aku hanya senyum singkat ke arah mereka. Tetapi jelingan tajam bak pisau belati yang aku dapat.
Dasar biadap!
"Termenung apa tu?" Terangkat bahu aku. Jungkook yang sedang makanan itu aku pandang sekilas lalu menggeleng.
"Nah makanlah. Biar kenyang." Aku hanya mengangguk. Satu tteokbokki pedas itu aku masukkan ke dalam mulut.
Sedapnya!
"Petang ni kau free tak?" Tanpa berfikir apa apa, aku mengangguk. Dia hanya tersenyum lalu menyabung makan. Dirinya yang sedang menguyah makanan itu aku tenung.
Boleh tahan kacak juga dia ni.
EH?!!
"Kau nak rasa sikit tak jjangjjang myeon ni?" Aku tersedar dari lamunan haram aku.
Haram sebab aku tenung dia.
Macam mana aku boleh puji dia ni?!
"Nak tak?" Aku hanya mengangguk. Lagi pun tengok dia makan macam berselera pula. Sesudu jjangjjang myeon dihalakan ke arah mulut aku. Aku hanya mengangkat kening.
"Bukalah mulut tu aku nak suap. Takkanlah nak suap jjangjjang myeon ni dalam lubang telinga kau pula." Jungkook menggulingkan anak matanya. Aku hanya gelak kecil kerana berjaya membuatkan dia sedikit annoying dengan aku.
Di saat makanan itu selamat masuk ke dalam mulut, aku sudah dengar beberapa jeritan histeria dari kiri kanan depan dan
Itu saja sebab belakang aku dinding.
"Sedap?" Aku mengangguk laju. Kini dia pula membuka mulutnya.
"Kenapa?"
"Tteokbokki kau satu." Now my face derp is out.
"Ada tangan kan? Ambil sendiri." Aku menjawab.
"Kau pun ada tangan juga. Elok je tadi aku suapkan." Muncung terus bibir anak Jeon itu.
"Kau yang gedik nak suap aku sangat."
"Alah! Suap je lah!" Aku mengeluh. Tteokbokki aku ambil lalu suapkan ke dalam mulutnya.
Dan sekali lagi aku dengar ada orang histeria. Tapi di sebabkan jeritan kali ini agak nyaring so aku anggap dia kena rasuk.
"Sedapnya." Satu lagi tteokbokki diambilnya lalu disuapkan di dalam mulut.
"Tapi dia akan lebih sedap kalau kau yang suapkan." Dengan muka yang seperti sedang menilai, dia menjawab. Aku hanya memandangnya saja.
Ini kalau di siku muka dia ni, elok juga.
"Melebih lebih la kau ni."
Kami berdua menyambung makan. Keadaan menjadi senyap seketika sehinggalah meja yang diduduki kami ditepuk kuat.
"Kau dah kenapa tampar meja ni? Apa salah dia?" Aku menyoal Jungkook yang sedang memandang aku dengan mata bulatnya.
Sumpah macam Juon
"Jjangjjang myeon aku lagi sedap dari tadi wey!"
"Habis tu?"
"Mesti sebab aku makan sudu dari mulut kau." Aku hanya menggeleng.
Maaf Jungkook aku tak terkesan.
"Baik kau makan dengan senyap kalau tak nak makan guna wayar pula." Dia tersengih sebelum menghirup kuah jjangjjang myeon. Aku menghabiskan tteokbokki. Air tembikai aku teguk.
Kenyangnya!
"Kenyang tak? Kalau tak aku nak beli lagi?" Soalnya lagak prihatin.
"Kau ingat aku ni perut gajah ke?"
"Memanglah tak tapi tengok dari muka kau ni, kau seorang yang mempunyai selera yang besar." Aku hanya diam. Tiba tiba rasa macam nak menguap pula.
"Petang ni pastikan kau free sepenuhnya. Ingat tu."
Continue...
Guyss!! Miss me? Nah! Don't worry I'm just joking.
Phone kena covid 19 sbb tu susah nak hapdate sikit. Bangang kan?
YOU ARE READING
[C] OUR LOVE STORY | JEON JUNGKOOK
FanfictionTerima kasih kepada cuti sekolah. Dengan ini aku terpaksa menghadap Jeon's yang tak kenal erti putus asa dan move on walaupun dah kena tolak beribu kali! Ergh! Start :- 020520 End :- 160620