🔪25🔪

330 33 43
                                    

"Jirin! Kau siap tak lagi?" Jimin melaung dari luar bilik aku.

"Kau sabar kejap. Aku nak pakai stoking ni." Balasku sambil mengambil stoking yang berada di atas katil. Aku letakkannya di hujung kaki lalu mula menyarung.

Apa? Ingat aku tak pakai stoking ke kat sekolah? Stoking aku paling panjang sekali sebab skirt sekolah aku tu paras tutup peha sikit ja.

Jadi aku akan beli stoking yang panjangnya sampai ke peha aku. Aku tak suka show off kaki aku yang putih mulus ni.

"Lambat lagi ke?" Nampak dari pantulan cermin yang Jimin sedang menjengulkan kepalanya dari celahan pintu.

"Sabarlah. Kau masuklah dulu. Tolong kemaskan bilik aku sekali." Aku capai getah ikat rambut di atas meja solek.

"Banyak cantik tapak kaki kau. Ingat aku maid kau ke? Kemas sendiri la." Dia merebahkan diri di atas katil sambil mendepakan tangannya.

Nasib hari ni kami semua pakai baju sukan sebab ada kelas PE. Kalau tak memang akan kedutlah baju sekolah Park Jimin tu.

"Badan busuk kau sila berambus dari katil aku please." Halauku dengan tangan yang masih gigih mengikat rambut aku yang panjang ni.

Asal hari ni aku ikat rambut nampak macam sarang tebuan eh?

"Hey girl watch out your mouth okay. Aku wangi. Bau vanila." Aku menggulingkan anak mata.

Sehari tak angkat keranda tak sah.

Bakul? Tak sesuai untuk Jimin.

"Eh, hari ni kelas PE first kan?" Jimin bangun dan duduk atas katil. Aku mengangguk.

"Aku nak kau bawa pad dan seluar dalam lebih. Pad bawa dua sama macan seluar dalam kau." Aku memandangnya pelik.

"Aku tak period lah."

"Kau selalunya akan sakit perut bila datang period je. Jangan banyak tanya and bawa je." Aku menggeleng.

"Aku tak period. Tak sampai lagi tarikh-Yah kau nak buat apa tu?!" Aku menyoal kasar apabila tubuh Jimin mula menuju ke arah almari baju aku.

"Kau banyak cakap sangat so biar aku ambil sendiri benda tu."

"Yah bangang kau! Pervert!" Aku menarik badannya ke belakang.

"Bawa kalau tak aku ambil." Aku mendengus kasar.

"Iyalah! Pergi keluar." Jimin akur.

Setelah selesai semua urusan, aku keluar dari bilik. Jimin sedang bermain telefon pintarnya di atas sofa. Dari belakang aku jenguk telefon dia. Nak tahu dia tengah chat dengan siapa.

My Love ❤

Ouh, tengah chat dengan Seokjin. Ingatkan tengah chat dengan perempuan mana. Baru nak menyakat.

"Wey. Aku dah siap. Jom pergi sekolah!" Aku menepuk bahunya. Dia berkalih memandang aku.

"Bukti kau bawa?" Dengan wajah polos minta penamparnya dia tanya.

"Perlu ke?"

"Untuk memastikan kau bawa. Budak keras kepala macam kau ni bukannya boleh kira."

"Hergh!" Aku mengeluarkan dua bungkusan kertas yang dalamnya mengandungi barang peribadi aku.

"Good! Jom pergi sekolah."

💣💣💣

"Okay semua! Mari berkumpul!" Saem Jongkook selaku cikgu sukan Kelas Rose, Cerisier dan Tournesol. Kami semua membuat 6 barisan. 3 laki dan 3 perempuan mengikut kelas masing masing.

[C] OUR LOVE STORY | JEON JUNGKOOKWhere stories live. Discover now