Note from author : Please press button vote and drop your comments.
________________________________
TROOT—
Troott—
"Hallo?" Sapa satu suara di hujung telefon.
Ayuni kembangkan pipi malu apabila suara garau yang didengari dari hujung corong menyentuh gegendang telinganya. Kakinya merenjas-renjas hendak menghentak di sebabkan perasaan teruja.
"Assalamualaikum.." Lembut suaranya menyapa jejaka idaman hatinya.
"Hallo? Who's there?" Tegur lagi suara di sana tanpa menjawab salam Ayuni.
"Hallo.. Bye..." Terus Ayuni matikan panggilannya tanpa sempat dia memperkenalkan diri. Tangannya berpeluh dan jantungnya berdegup kencang seolah-olah baru habis berlari marathon. Dia bersandar pada sofa dan memandang kipas yang sedang berpusing.
Kehangatan yang menjalar di dalam tubuhnya saat panggilan dijawab masih belum kebah. Keterujaan dapat mendengar suara lelaki itu masih jelas terasa. Ayuni rasa nak menjerit dan bagitahu satu dunia yang Adam Fath baru sahaja menjawab panggilannya.
Pemilik nama Adam Fath yang baru-baru ini viral kerana wajah tampannya dan dia juga merupakan anak pengusaha terkenal Adnan Curtain yang sudah bertapak di Malaysia lebih 20 tahun. Selama ini tidak pernah ada orang tahu pun kewujudan Adam. Sehingga lah 2 bulan yang lalu lelaki itu pulang ke Malaysia dan namanya mula meniti di setiap bibir gadis di Malaysia.
"Oh Adam...." Ayuni senyum sendiri sambil membayangkan wajah lelaki itu,

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...