16 : Surprise!!

4.6K 237 32
                                    

Note from author : Please press button VOTE and SPAM your comments. I love it! 

Hi korang yang tak vote lagi chapter lama,  vote balik ok! Muahaha i pengemis vote. 
________________________________

"AYUNI?" Jelas riak terkejut terpampang di wajah Adam. 

"Hi Adam!" Begitu riang wajah Ayuni ketika mata hazelnya menyapa figura Adam yang sedang berdiri memandangnya. Baru dia hendak buka langkah, matanya menangkap satu lagi figura yang  ada berdekatan dengan Adam. Langkhnya serta-merta terhenti, sepasang mata terarah kepada wajah lembut yang sangat di kenali. 

Ketika itu juga,  jantungnya berdegup sangat kencang. Mata Ayuni tertancap pada Inara yang sedang memeluk tubuh, bersandar pada kabinet yang bersambung dengan meja makan. Lututnya terasa longgar dan kaki yang memijak lantai terasa tidak mampu menanggung 59kg berat badan Ayuni. Dia telan air liur memandang Adam dan Inara bersilih ganti. 

"Wow, who is she?" Soal Inara pura-pura tidak tahu. 

"Ayuni..." Adam langsung tidak pedulikan Inara yang ada di sisi. Matanya tidak lari dari menatap wajah Ayuni yang berubah keruh dan muram. Kolam mata gadis itu berkaca dan Adam rasa nak dapatkan tubuh Ayuni lalu hapuskan airmatanya. Namun Adam masih ada akal, dia tidak boleh terbawa-bawa dengan perasaan. 

"Um, sorry saya rasa um.." Ayuni jadi tidak betah. Dia sedang tahan nangis. Suaranya menggigil bibirnya tercebik-cebik. Hati Ayuni berasa sakit dan luluh melihat Adam bersama dengan Inara di dalam rumah ini. Walaupun dia tahu antara mereka berdua, adalah orang yang ketiga. 

Oh please Ayuni don't cry. Don't make me feel bad. Rayu Adam di dalam hati.

"Siapa ni, Adam?" Soal Inara masih dengan lakonannya. Dia pandang wajah Adam yang langsung tidak pedulikan kewujudannya di situ. Begitu ralit lelaki itu menatap wajah cantik gadis yang sedang berdiri dengan sebuah beg di tangan. 

"You buat apa dekat rumah tunang I?" Inara datang mendekati Ayuni. Sengaja mainkan peranan apabila Adam hanya membisu sejak Ayuni tiba. 

"Er, saya minta maaf sebab saya cuma tumpang je rumah Adam." Jawab Ayuni perlahan, getaran dalam suara cuba di kawal. 

"Ohh.. I see.. Masuk lah.. Buat apa you terjegat dekat situ." Pelawa Inara tidak mahu membesarkan hal. Lagipun dia memang tahu Ayuni tinggal di sini. Sewaktu Ayuni melintasinya, Inara akui kecantikan yang di miliki gadis itu. Pandai betul Adam pilih. 

"Inara.." Ayuni menghentikan langkahnya dan menoleh ke belakang, "saya minta maaf tapi saya..." 

"It's okay, I tahu je Adam bagi you tumpang rumah dia. Kan sayang?" Inara merapati Adam yang masih tidak alihkan pandangannya terhadap Ayuni. Lengan Adam di paut manja dan Inara sandarkan kepalanya pada bahu lelaki itu. 

"Kenapa awak balik hari ini? Bukan sepatutnya.."

"Saya rindukan kawan-kawan saya, sebab tu balik awal." Pintas Ayuni dengan kepala yang menunduk. Dia tidak berani angkat wajah bertentang mata dengan Adam. Padahal dia sengaja balik senyap-senyap untuk buat kejutan kepada Adam. Tak sangka dia pula yang terkejut nampak mereka berdua di rumah ini. 

"Adam.. Biar lah dia nak reh..."Kata-kata Inara terhenti apabila Adam rungkaikan pautan tangannya dan mara ke hadapan mendekati Ayuni. 

"Kenapa tak bagitahu saya?"Soal Adam setelah berdiri betul-betul di hadapan gadis tinggi lampai ini. 

Ayuni kuis jarinya sesama sendiri. "Saya..."Dia telan air liur. Tiada jawapan. 

"Jom makan.. Tadi lapar kan?" Inara mencelah antara mereka berdua. Dia rasa semacam bila lihat Adam tenung muka Ayuni macam singa kelaparan. Sekali lagi tangan Adam di tarik agar tidak terlalu dekat dengan Ayuni. "Sudah lah tu.. Jom makan.." 

Secret RomanceWhere stories live. Discover now