Note from author : Please press button vote and drop your comments.
________________________________
"WHO was the guy you met last night?" Soal Imran setelah Ayuni selesai menikmati suapan yang kelima. Sejak dari tadi soalan itu berlegar-legar di benaknya untuk dimuntahkan. Tetapi dia tidak mahu menganggu Ayuni yang kelihatan sangat lapar.
Orang perempuan kalau tengah lapar, jangan buat main!
Malam tadi, makan malam Imran dan Ayuni tidak menjadi seperti yang Imran harapkan. Padahal dia sudah merancang untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayuni. Lain pula yang jadi apabila dia terjumpa Ayuni dengan lelaki lain ketika sedang mencari gadis itu. Paling menyakitkan hati, dengan bersahaja Ayuni memberi nombornya kepada lelaki itu.
Tetapi kenapa Imran rasa wajahnya seperti pernah dilihat?
"Ouh, crush Yuni." Jawab Ayuni jujur sambil menyambung suapan yang seterusnya.
"Crush? Maksud Yuni?"
"Crush lah Abang Im. Macam Abang Im crush dekat Yuni." Jawab gadis itu bersahaja.
Berubah terus wajah Imran apabila Ayuni dapat membaca isi hatinya. Telinga Imran sedikit merah, malu dengan kata-kata Ayuni. Dia berdehem berharap Ayuni tarik balik kata-katanya.
"Contoh lah..." Tambah Ayuni apabila lihat wajah Imran beruba semacam.
"Kenapa Yuni crush dekat dia? Budak UM juga ke?"
Ayuni geleng. "Tak lah, dia orang kaya Malaysia. Durian runtuh tau Abang Im kalau Yuni dapat dia. Dah lah handsome, baik, sweet talker, romantik, kaya pula tu. Em.. Indahnya andai dunia hanya ada Ayuni dan Adam." Dia merapatkan kedua-dua tapak tangannya lagak seperti membuat hajat kepada ibu peri.
Bu peri, Yuni mau Adam!!
Bengang rasa hati Imran dengan wajah Ayuni yang tersenyum-senyum angau apabila menyebut nama Adam. Kelihatan Ayuni betul-betul bangga menyukai lelaki itu walaupun belum tentu perasaannya berbalas.
"Habis dia call tak Yuni malam tadi?" Soal Imran dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.
Soalan Imran membuatkan tubuh Ayuni melemah. Dia juihkan bibir sambil geleng kecil. Puas dia menunggu Adam Fath menghubunginya semalaman. Tetapi satu deringan pun tak masuk. Tak cukup dengan itu, beria-ria Ayuni DM Adam di Instagram bertanyakan prihal nombor telefon yang diberinya.
"Dia tak call?" Dalam hati Imran sedikit lega.
"Tapi Yuni tahu dia akan call juga satu hari nanti."
Imran hanya pandang sahaja mulut Ayuni yang mengharap. Kemudian perlahan-lahan di alihkan ke bahagian mata. Ayuni memang sangat cantik dan yang paling cantik di kalangan sepupu mereka yang lain. Sepasang mata Ayuni berwarna hazel dan bulat sempurna. Kulitnya juga bersih dari sebarang jerawat ataupun parut. Kening Ayuni tebal dan terbentuk cantik. Dia tidak perlu untuk cukur dan lukis semula.
"Kenapa Abang Im pandang Yuni macam tu?" Soal Ayuni apabila dia berasa tidak selesa dengan pandangan lelaki itu. Lehernya di garu dan suapan terakhir di habiskan. Kemu dian tangannya mengambil pula air sirap limau yang baru sampai lalu diteguk sehingga tekaknya yang kering mulai basah.
"Sebenarnya malam tadi abang ada benda penting nak bagitahu Yuni."
"Tentang apa?" Keningnya dijongket membuat tarian ronggeng.
Wajah bersahaja Ayuni telah membunuh niat Imran untuk meluahkan perasaannya. Kadang-kadang Imran terfikir yang Ayuni tahu tentang hatinya tetapi gadis itu sengaja berlagak selamba supaya mereka tetap kekal sebagai sepupu. Ayuni tidak mahu cinta Imran merosakkan hubungan kekeluargaan mereka.
YOU ARE READING
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...