2 : Pertemuan kedua

7.9K 301 21
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

________________________________

AKHIRNYA habis juga kertas terakhir Ayuni. Rasa macam nak tidur je seharian . Tetapi memikirkan banyak assignment yang tertangguh. Niat itu dikuburkan sahaja. Tarikh luput untuk menghantar thesis juga semakin dekat. Arghhh banyaknya kerja.

Dah la Adam tunang dengan orang lain pula tu. Mana nak siapkan assignment lagi, jilid thesis lagi , fikir cara move on dari Adam lagi. Erghhh! Stressnya.

Sedang Ayuni melangkah mendekati motosikalnya, seseorang datang mendekati. Apabila di amati wajah itu, oh Imran. Serta-merta dia menghadiahkan senyuman buat abang sepupunya itu. Imran merupakan pensyarah di pusat pengajian yang sama dengan Ayuni tetapo dia di bawah fakulti yang berbeza.

"Pergi mana Yuni?"

"Yuni nak pergi jumpa Prof kejap nak tanya pasal thesis dengan assignment ni." Jawab Ayuni lalu menyarung helmat ke kepalanya. Di sebabkan panas tarik, matanya sedikit mengecil.

"Jom lah naik kereta abang. Panas ni nanti gelap pula muka Yuni."

Alaaa inject vitamin C kan hadooo!

"Tak apa lah, lagipun lepas ni nak keluar beli barang dekat MidValley. Nanti leceh pula nak kena patah balik."

"Tak apa, abang boleh hantarkan."

Pantas Ayuni geleng. Dia tidak selesa dengan Imran sejak dia perasan yang lelaki itu begitu ambil berat akan dirinya. Walaupun akal Ayuni kuat mengatakan yang Imran menyukainya. Tetapi dia hanya berlagak selamba supaya mereka berdua tidak kekok. Malah Ayuni berharap Imran tetap simpan perasaannya sampai bila-bila.

"Minta maaf, Abang Im. Tapi Yuni tak boleh nak tumpang. Sebab Yuni takut susahkan since Yuni pun tak tahu Prof ada ke tak dekat bilik dia. Abang Im nak pergi mana sebenarnya?"

"Oh, abang baru habis tengok students abang exam tadi. Kebetulan nampak Yuni. Itu yang abang tegur."

"Oh.. Kalau macam tu Yuni gerak dulu abang."

Di saat Ayuni hendak memanjat motor, suara Imran sekali lagi kedengaran. Perlakukannya terhenti, dia toleh semula dan pandang wajah Imran. Keningnya dijongketkan.

"Em, Yuni dah habis paper kan tadi?"

Ayuni angguk. Macam mana dia tahu? Skodeng ke?

"Em, boleh tak kalau abang nak ajak Yuni dinner malam ni dengan abang. Just two of us. I have something to tell you." Serius wajah Imran. Dia membuatkan Ayuni jadi tidak selesa dan ingin menolak pelawaannya.

Tetapi Ayuni tidak sampai hati kerana sejak dia masuk Degree di Universiti Malaya dari Tahun 1. Imran adalah orang yang paling banyak membantu Ayuni. Jadi gadis ini sangat terhutang budi dengan Imran.

"Em, okay nanti abang text lah Yuni dekat mana tempatnya."

"Tapi kita berdua tau! Yuni jangan bawa roomates pula." Pesannya memandangkan 2 bulan yang lepas ketika Imran mengajak Ayuni menyambut ulang tahun kelahirannya. Wanita itu telah mengajak Fiza dan Nona menemaninya. Sehingga sekarang Imran tidak boleh melupakan perkara itu.

"Ha..ha.. Okay abang." Sempat Ayuni ketawa kecil mengingatkan perkara itu. Kesian Imran.



SELAMA ini Adam hidup dalam keadaan tenang. Tinggal bersama dengan ibunya yang berasal dari Turkey di negera kelahiran ibunya sendiri. Selepas ibu bapa Adam bercerai, dia telah memilih untuk hidup bersama dengan ibunya di Kota Konstaninopel. Sejak dari umur 11 tahun sehingga lah sekarang di saat umur Adam sudah mencecah 29 tahun. Baru dia pulang ke Malaysia untuk menyambung legasi perniagaan ayahnya. 

Secret RomanceWhere stories live. Discover now