Start : 7 Mei 2020
Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang.
Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...
Note from author : Please press button VOTE and SPAM your comments. I love it!
________________________________
DIA ajak aku kahwin macam ajak aku pergi gym je. Kesudahnya, dia senyap macam tu je. Gumam Ayuni dalam hati sambil mengetuk-ngetuk telefon bimbitnya. Sudah 5 hari sejak kejadian itu, Adam langsung tidak menghubunginya. Ingatkan dah mati tapi elok je update keadaannya di Turkey dekat IG.
Dia ingat lagi petang itu, berbunga-bunga hatinya selepas Adam melamarnya untuk berkahwin. Tetapi perbualan itu hanya mati di situ. Selepas Adam pulang ke Kuala Lumpur, Ayuni tidak lagi mendengar khabar lelaki itu.
Bukan dia tak rindukan Adam, tapi melihat lelaki itu langsung tidak bertanggungjawab dengan ucapannya, Ayuni jadi sebal. Lepas ajak kahwin terus menghilang. Habis siapa nak bertanggungjawab atas diri Ayuni yang tak tentu-arah ni. Nak makan pun,tak selera. Tidur? lagi lah asyik dengar suara Adam je. Mandi? lagi lah haru.. kerap terbayangkan Adam ada di dalam bilik air sama-sama dengannya.
Eish, seram sangat angaunya ni.
Ayuni tidak kira! Rindu yang di rasa sudah tidak dapat di bendung. Terus dia ambil telefon bimbitnya dan menaip sesuatu melalui aplikasi whatsapp untuk di hantar ke nombor Adam. Lantak lah lelaki itu nak kata dia perigi ke apa. Tali timba pun dia sanggup jadi demi Adam.
Ayuni 21:23pm Salam
Adam Fath 21:27pm Wasalam
Ayuni 21: 27pm Saya rindu awak Kenapa awak senyap je lepas balik KL
Adam Fath 21:5pm Sibuk sikit.
Ayuni ketap bibirnya. Beza dia membalas whatsapp Adam hanya beberapa saat sahaja. Tetapi kenapa Adam ambil masa yang agak lama untuk membalas satu ayat. Eiiii geramnya! Dia sibuk apa lah dekat sana.
Ayuni 21:36pm I miss youu...
Adam Fath 21:45pm ....... ???? !!!!!!
What? Melongo mulut Ayuni melihat balasan yang di terima daripada Adam. Dia boleh hantar titik je banyak-banyak macam tu. Ni tanda seru, tanda soal bagai ni buat apa? Ya Allah.. Ayuni beria tebalkan muka luahkan perasaan rindu. Adam boleh reject macam tu je. Terus dia tarik nafas dalam-dalam sambil cuba sabarkan diri.
Ayuni 21:47pm Nak selfie satu, Boleh tak? Rindu...
Adam Fath 21:52pm *IMAGE* Loading...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.