13 : Adam balik KL

5.7K 231 23
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments. 

________________________________

AYUNI langsung tidak ambil hati apabila Adam membuat keputusan untuk tinggal di hotel malam tadi. Dia faham yang Adam tidak selesa untuk tidur di rumah kakaknya yang kecil dan tidak semewah rumahnya. Tetapi sekurang-kurangnya lelaki itu tetap datang menjamah masakan kakak  Ayuni di rumahnya. 

Ibu Ayuni, Rahmah sudah sedar pagi tadi. Keadaannya lebih baik berbanding semalam. Ayuni dan kakaknya juga sudah di benarkan masuk untuk bertemu dengan ibunya. 

Pulang sahaja dari hospital tadi, Ayuni menemani Adam ke Hotel Perdana, Kota Bharu untuk mengambil barangannya. Petang ini, Adam akan pulang semula ke Kuala Lumpur dan Ayuni akan tinggal di Kelantan untuk menjaga ibunya sehingga cuti semester tamat. 

Walaupun berat hatinya untuk membuat keputusan berpisah dengan Adam. Namun Ayuni tahu kesihatan ibunya lebih penting daripada apa pun. Adam belum tentu di takdirkan sebagai jodohnya, dan ibu adalah orang yang akan tetap setia di sisinya sampai bila-bila. 

"Betul ke awak tak nak stay lagi dekat sini beberapa hari?" Soal Ayuni dengan wajah mengharap. 

Adam melorek senyuman. Dia tahu Ayuni sukar untuk melepaskannya balik semula ke Kuala Lumpur. Namun apa boleh buat, terdapat banyak kerja yang menunggunya di pejabat. Apatah lagi dia bakal menggantikan tempat Dato' Adnan. 

"No, sorry. Lagipun, lusa nak kena fly ke Turkey jumpa anne." 

Ayuni angguk faham walaupun hatinya tidak merelakan. "Berapa lama awak balik sana?"

"Seminggu.." 

"Habis lah saya..." Keluhan di lepaskan.

"Habis apa?" Soal Adam pelik. 

"Rindu dekat awak." Bersahaja jawapan itu keluar dari mulut Ayuni. Dia tidak memandang wajah Adam, hanya menongkat dagu pada peha sambil memandang kereta yang di parkir di hadapannya. Mereka berdua masih berada di dalam kereta di basement hotel. 

Adam kemam mulutnya, menahan diri daripada mengukir senyuman dengan luahan jujur Ayuni. Dia tidak tahu kenapa sikap berani gadis itu dalam meluahkan perasaannya membuatkan Adam seronok dan ingin dengar lagi. 

"Awak tak rindu saya ke, Adam?" Soal Ayuni sambil memusingkan badannya menghadap Adam. 

Soalannya tidak terus di jawab. Adam ambil masa senggang beberapa saat sebelum melepaskan satu helaan nafas. "Tak.." Hanya satu perkataan ringkas yang keluar dari mulutnya. 

Ayuni menjuihkan bibirnya. "Macam mana kalau saya cakap yang saya cin..." Kata-kata Ayuni mati apabila terkejut dengan tindakan Adam yang menarik tangannya sehingga tubuh mereka mendekat. Mata Ayuni membuntang pandang wajah Adam yang hanya jarak 2 inci sahaja daripadanya.

"Don't say it.. Don't say anything.." Bisik Adam dengan pandangan mata yang redup dan mempersonakan. 

Iris matanya bergerak-gerak memandang kedua-dua mata Ayuni yang sedang membalas renungannya. Degup jantung mula berpalu kencang. Peluh membasahi belakang leher dan nafas terasa sesak di dada. Adam tidak mahu dengar apa-apa perkataan yang keluar dari mulut Ayuni berkaitan dengan cinta. 

"Why? I just want...

"Ayuni.." Adam gelengkan kepalanya. "Don't say something that you are not sure." Sambungnya lagi. Tangan Adam naik ke bahu Ayuni dan perlahan-lahan di bawa ke pipi gadis itu. Ibu jarinya mengusap tulang pipi Ayuni yang menonjol itu dengan lembut. Sementara matanya masih tidak lari dari menikam iris hazel milik Ayuni.

Secret RomanceWhere stories live. Discover now