Note from author : Please press button vote and drop your comments.
________________________________
AYUNI jongektkan kening sambil menanti Adam meneruskan kata-katanya. Detak jantung masih tidak boleh di tenangkan. Berada dekat dengan Adam di dalam keadaan begini membuatkan Ayuni rasa pipinya mengebas dan merona kemerahan.
Mata Adam masih memaku tajam ke wajah Ayuni. Dia diam seribu bahasa, tidak menyambung bicaranya. Tangan yang masih melekap di kulit Ayuni bergerak mengusap lembut pipi gadis itu sambil cuba melawan arus deras nafsu yang mengasa. Kalau dilayan, Adam bakal tewas di dalam kereta itu juga.
"Adam.." Suara gemersik yang memanggil membuatkan Adam tersentak.
Dia telan airliur dan jarakkan sedikit wajahnya,"um, unless you want me to not forgive you." Akhirnya Adam menyempurnakan bicaranya walaupun bukan itu yang dia maksudkan.
"Adam.." Ayuni teguk air liur. Pipinya masih terasa kebas.
Panggilan Ayuni tidak terus di jawab. Adam tetap merenung dan menikmati wajah Ayuni yang di rasakan sangat cantik di sebalik gelap malam yang hanya di simbahi dengan cahaya rembulan.
"Awak nak cium saya ke?" Soalan spontan yang keluar dari mulut Ayuni membuatkan suasana romantik bertukar rentak.
Terletus tawa kecil dari mulut seksi Adam. "No, I'm not gonna kiss someone I don't love." Adam pandang ke hadapan dan melirik dengan ekor matanya ke wajah Ayuni yang masih merona merah.
"Habis tu apa awak nak buat tadi? Kenapa awak tarik muka saya dekat dengan awak?Kenapa awak pandang saya macam tu?"Soal Ayuni bertubi-tubi apabila dia merasakan Adam tidak jujur. Lelaki itu sengaja ingin buat dia panasaran sendiri. Kalau Adam boleh rasa betapa laju kadar degupan jantung Ayuni, pasti lelaki itu akan mentertawakannya.
"Saja, nak test awak." Jawapan bersahaja Adam langsung tidak boleh di terima.
Ayuni berdecit,"yeke, habis telinga awak merah tu kenapa?"
"Mana ada!" Nafi Adam sambil tangannya sudah merayap di sekitar telinga. Mudah betul Ayuni mencari kekurangannya. Sedangkan jarang orang perasan yang jika Adam malu, telinganya secara semulajadi akan bertukar rona dan perkara itu sangat jarang terjadi sepanjang hidupnya. Adam tak sangka Ayuni adalah puncanya hari ini.
"Nak tipu konon.. Nak saya bagi cermin bagi awak tengok jelas?" Sindir Ayuni dengan senyuman nipis.
"Merepek!" Cebik Adam dan terus menyambung pemanduan.
Ayuni di sebelahnya sudah tutup mulut tahan ketawa. Bekas air mata yang ada di pinggir mata di hapuskan. Ayuni tarik nafas dalam-dalam menghimpun kesabaran sementara menanti tiba di hospital.
KAKI Ayuni berlari macam tak cukup tanah. Adam di belakangnya hanya menyekor tanpa sebarang suara. Ikutkan hati dia tidak mahu ikut Ayuni masih ke dalam hospital kerana malas hendak menutup wajahnya memandangkan dia risau jika ada orang yang merakam gambarnya bersama dengan Ayuni.
Setibanya Ayuni di hadapan bilik ICU, dia nampak Ayana sedang bercakap sesuatu dengan anak sulungnya. Begitu fokus sehingga lah dia ternampak Ayuni dan terus menerpa ke arahnya.
"Yuni, cepatnya sampai." Mereka berpelukan dan Ayuni melepaskan tangisannya sekali lagi di bahu Ayana.
"Ibu macam mana kak?"
"Kau jangan risau, doktor kata ibu dah stabil cuma tu lah..jantung kan. Tengok keadaan dua tiga hari lagi kalau tak ada apa-apa, boleh masuk wad biasa." Jawab Ayana sambil matanya sesekali melirik ke arah lelaki yang memakai cap berdiri di belakang Ayuni. Tapi tidak pula dia bertanya siapa lelaki yang datang bersama dengan adiknya itu.
YOU ARE READING
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...