Setibanya Ayuni dan Adam di St Mary Residences, mereka terus menuju ke lift untuk naik ke rumah Adam. Mata Ayuni meliar memandang kondominium mewah yang tidak pernah dia lihat sepanjang hidupnya. Rasanya ini kali pertama dia tahu kewujudan kondominium yang terletak di Jalan Tengah berhampiran dengan KLCC.
Ayuni meneguk airliur. Berpinar matanya melihat reka bentuk kondo tersebut. Baru sampai lift pun Ayuni dah takjub. Apatah lagi setelah melihat hiasan dalaman rumah lelaki itu. Rasa macam tengah berada di Midtown Manhattan. Adam kata ada sebuah pusat membeli belah tertutup di kawasan sini. Betul-betul kaya mereka yang mampu memiliki kondominium ini.
"Berapa sewa sebulan?" Soal Ayuni sambil menggenggam kuat pemegang beg bagasinya.
"Sewa?" Soal Adam semula.
"Berapa ratus ribu awak beli kondo ni?" Salah soalan pula. Tak kan lelaki sekaya Adam masih menyewa. Ayuni kutuk dirinya sendiri.
"Tiga juta." Jawab Adam bersahaja dan terus keluar ketika pintu lift terbuka.
Membulat biji mata Ayuni mendengar angka juta yang yang keluar dari mulut Adam. Kakinya seakan terpaku di situ. Otaknya masih memikir kekayaan yang di miliki oleh orang tua Adam sehingga mampu membeli kondominium sehingga harga RM3 juta. Ni baru rumah Adam, agaknya rumah keluarganya entah berapa billion lah.
"Nak berdiri situ je ke sampai esok?" Suara tinggi Adam membuatkan Ayuni tersentak dan terkocoh-kocoh dia keluar dari lift mendapatkan langkah buah hatinya.
Mereka berdua tiba di hadapan rumah Adam. Setelah pintu di buka , semakin melongo mulut Ayuni melihat kecantikan rumah yang berharga 3 juta ini. Warna putih menjadi pilihan Adam untuk tema ruang tamunya. Kaki Ayuni tidak mampu berganjak dari pintu masuk walaupun Adam sudah bergerak ke bilik tidur yang di sediakan khas untuk Ayuni.
"Cantiknya Adam rumah awak.. Betul ke awak nak saya tinggal rumah macam ni?" Terharu Ayuni di beri peluang untuk merasa kemewahan sebegini.
Adam yang sudah tiba di pintu bilik berpatah balik mendekati Ayuni yang tergamam dengan rumahnya. Bagi Adam rumahnya biasa-biasa sahaja kerana rumah keluarganya 10 kali lebih cantik daripada ini. Jadi Adam tidak dapat memahami perasaan Ayuni yang tergamam itu.
"Ni biasa je. Nak saya tunjuk bilik awak tak? Jom.." Adam mengambil beg bagasi Ayuni dan tangan gadis itu di pegang dan ditarik.
Dup dap.. Jantung Ayuni berpalu kencang apabila tangan kasar Adam menggenggam tangan miliknya. Dapat dia rasakan kehangatan dari bawah kulit tangan Adam yang mengalir ke dalam tubuhnya. Wajah Adam di pandang dari belakang. Ayuni tahan senyum, malu sendiri.
"Jadi ini bilik awak.." Kata Adam ketika mereka berdua tiba di hadapan bilik luas yang di hiasi dengan perabot warna kelabu. Paling menarik perhatian mata hazel Ayuni, adalah katil. Besarnya mak datok...
YOU ARE READING
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...