5 : Ambil gambar

5.3K 222 17
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

________________________________

Sudah 4 hari Ayuni habiskan masa di Starbucks Midvalley semata-mata ingin terserempak dengan Adam. Jam 10 pagi setiap hari dia sudah terpacak di Pintu North Midvalley dengan menaiki Grab. Tepat pukul  10 malam, dia akan beransur pulang kerana yakin Adam tidak akan datang waktu Mall di tutup.

Dia memang tidak boleh lupakan Adam. Walaupun hatinya sakit dengan apa yang Adam khabarkan hari tu. Tetapi Ayuni tetap ingin dengar sendiri dari mulut Adam sekali lagi tentang budak kecil itu. Berkenaan pertunangan dia dan Inara pula, Ayuni langsung tidak peduli. 

Sedang Ayuni membaca novel KEKASIH GELAP melalui aplikasi wattpad yang sedang mendapat bacaan tinggi. Matanya seakan ada magnet untuk memandang seseorang yang sedang berdiri di hadapannya sambil bercakap dengan telefon bimbit. Ayuni kenal benar dengan jam tangan yang terikat di pergelangan tangan lelaki itu. 

"Adam..." Panggil Ayuni perlahan, tidak teruja seperti selalu. Masih bersisa dengan rasa kecewa. Namun sempat matanya terpandangkan beanie warna kelabu yang membaluti kepalanya.

Comelnya! Adam pakai kulit tembikai atas kepala pun tetap comel.

"Ayuni?" Adam turunkan sedikit cermin mata hitamnya. Riaknya agak sedikit terkejut dengan kewujudan Ayuni di sini. Matanya meliar memerhati jika Ayuni ada kenalan lain. Namun jelas dia memang seorang diri di sini. Panggilan yang sedang di buat terus dimatikan dan Adam pandamg wajah Ayuni.

"What are doing here, Ayuni?" 

"Where is your daughter?" Soalan Adam di balas dengan soalan.

"She is at home."

"Oh.." Ayuni angguk perlahan. "Adam.. Is she really your daughter?" Soalan Ayuni yang tidak berlapis itu membuatkan langkah Adam terhenti. 

"Excuse me?" Adam tidak selesa apabila Ayuni cuba berlagak seperti sudah lama mengenalinya. Sedangkan dia dan Ayuni hanya limit sebagai peminat. Jadi Ayuni tidak perlu untuk tahu semua kisah peribadi yang di simpan selama ini. 

"Adam, tell me the truth. Tell me, who is she?"

Adam meraup wajahnya kesal. Kenapa dia terfikir untuk dapatkan air berkafein itu di cawangan Midvalley. Sepatutnya dapatkan sahaja di Nexus. Tak perlu menghadap Ayuni yang berlagak seolah-olah sudah mengenalinya bertahun. 

"Adam, dia bukan anak awak kan?" 

"Ayuni, sekalipun dia bukan anak saya but Inara... She's still my fiance."

"I know but.." Ayuni tunduk malu sendiri.

"Awak nak apa sebenarnya?" Soal Adam rimas. Sejak kebelakangan ini dia selalu nampak muka Ayuni. Makin tak aman hidupnya. Orang lain pun peminat dia juga tapi tidak sefanatik Ayuni. Ni nak register jadi AdamFath Army ke apa? Sat buat borang.

"Awak tak rasa ke kita jodoh? Mana je awak pergi mesti akan terserempak dengan saya?"

"No! It's not. You are the one who keeps on following me, don't say it was coincidence or fate." Kasar Adam membalas.

"Tapi kalau takdir tidak mengizinkan then..."

"Ayuni! Go back home!" Pintas Adam dan wajah Ayuni berubah muram. 

"Adam.. Saya cuma nak jadi kawan awak je. Dari dulu saya minat dekat awak, tak akan awak langsung tak nak bagi peluang dekat saya." Pinta Ayuni dengan penuh harapan. Bukan dia tidak malu jadi perigi cari timba. Tapi mak selalu pesan, kalau malu melepas. Ayuni tak mahu terlepas Adam pujaan hatinya. 

Secret RomanceWhere stories live. Discover now