Note from author : Please press button vote and drop your comments.
________________________________
SEMUA pakaian yang berada di dalam almari dikumbah semula oleh Ayuni. Dia tak tahu apa salahnya sampai Adam perlu buat keputusan macam ni. Kalau ya pun nak halau sangat, naik lah atas cakap sendiri. Pengecut!
Baju-bajunya langsung tidak dilipat. Terus di sumbat masuk ke dalam beg. Dah la banyak pula tu. Menyesal shopping tak ingat dunia. Habis tu lepas ni dia kena rujuk balik lah dengan Shopee beli baju-baju dari China. Eiiii bencilah! Gumam Ayuni di dalam hati.
Akhirnya, dia membuat keputusan untuk bawa baju yang di beli menggunakan duit Adam sahaja. Baju-baju Shopee? Good bye!
Ayuni tiba di hadapan 2020 Ford Mustang 5.0 GT warna merah milik Adam. Hatinya mendongkol geram sambil meletakkan begnya di belakang. Wajahnya mencuka ketika duduk di sebelah Adam. Ayuni memeluk tubuh dan kunci mulut tanda protes.
"Ni kenapa dengan beg bagai?" Soal Adam sambil menoleh ke belakang.
Melihat kebisuan gadis di sebelahnya sambil tarik muncung panjang buatkan Adam berasa pelik. Dia diam sejenak memikirkan kata-katanya sebentar tadi. Aku salah cakap ke? Soal Adam sendirian.
"Ahhhh...." Tiba-tiba Adam tepuk dahi. Ni mesti kes salam faham. "Awak baca tak whatsapp saya?" Soal Adam lembut.
Ayuni masih membisu.
"Bak sini telefon awak." Adam hulurkan tangannya.
Tetapi Ayuni tetap sengaja nyorokkan tangannya di bawa ketiak. Dia keraskan badan, tidak mahu bertindak balas dengan kata-kata Adam.
"Saya kata bak sini handphone awak." Kali ini suara Adam agak tegas dan sedikit tinggi. Tanpa menunggu, dia terus panjangkan badannya dan mencari telefon bimbit Ayuni di dalam beg tangannya.
"Awak nak buat apa? Awak nak halau saya kan?" Ayuni cuba menahan begnya dari di pegang oleh Adam.
"Saya nak tengok awak baca ke tidak whatsapp saya? Dah lah off bluetick, susah saya nak detect." Bebel Adam sambil cuba merampas telefon bimbit gadis itu.
"Jangan lah.." Ayuni cuba menolak tubuh Adam agar ada jarak antara mereka.
"Saya tak suka awak salah faham, tahu tak!" Dengan kasar Adam merentap tangan Ayuni dan pergelangan tangannya dicengkam.
Pergerakan tubuh Ayuni terhenti. Jantungnya berdegup kencang dan mata mula berkaca mendengar kemarahan Adam. Keadaan berubah menjadi tegang. Dia tidak berani angkat wajah untuk memandang lelaki itu. Menundukkan kepala hampir 5 minit tanpa suara.
Begitu juga dengan Adam. Bicaranya terhenti takat itu. Tetapi tangannya masih setia di pergelangan tangan Ayuni. Matanya tajam merenung wajah Ayuni yang berubah mendung dan muram. Adam tarik nafasnya dalam-dalam cuba menenangkan hatinya sendiri.
"Saya bukan marah awak, cuma tertinggi sikit je suara." Dia mulakan bicara sambil ibu jarinya mengelus lembut tangan Ayuni. "I'm so sorry.." Matanya tidak lari dari merenung gadis di sebelahnya. Dia betul-betul di hurung rasa serba-salah.
Pada awalnya Ayuni mampu menahan diri. Namun apabila mendengar suara lembut Adam memujuk, terus airmatanya tumpah. Bibir mula tercebik-cebik sambil cuba menahan dari mengeluarkan sebarang bunyi ataupun suara.
"Saya tak suka awak buat andaian tanpa siasat. Saya tak suka awak biarkan fikiran negetif menguasai diri awak. Hari ni apa yang terjadi mungkin benda remeh. Tapi kalau satu hari nanti ada perkara besar berlaku, sikap suka mengandai dan negetive thinking awak ni akan merosakkan diri awak sendiri." Nasihat Adam.
YOU ARE READING
Secret Romance
عاطفيةStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...