19 : Get lost!

5.7K 234 14
                                        

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

________________________________

"APA?" Soal Ayuni ketika Adam dengan kasar menolaknya masuk ke dalam kereta.

Lelaki itu duduk di bahagian tempat duduk pemandu dengan riak wajah yang sangat ketat. Urat-urat lehernya mula timbul dan tegang. Dapat Ayuni dengar dengan jelas helaan nafas Adam yang sangat kesar. Wajahnya juga berubah kemerah-merahan sejak dari tadi sehingga sekarang.

"Are you okey, Adam?" Soal Ayuni perlahan sambil cuba meraih tangan Adam yang di letakkan di atas pehanya sendiri.

Adam pusingkan badan mengiring menghadap Ayuni yang sedang memandangkan sejak dari tadi. Dengan wajah yang serius, Adam tarik tangan Ayuni agar tubuh langsing itu mendekatinya. Adam cari anak mata Ayuni dan pandangannya memaku di situ.

"Since when?"

"What?" Dahi Ayuni berkerut, kurang faham namun tidak pula dia mengalihkan pandangan.

"Do you really love me, Ayuni?" Soal Adam dengan nada seolah-olah terdesak untuk tahu. Walaupun dia sudah mendengar luahan Ayuni malam tadi.

Berubah terus riak wajah Ayuni apabila soalan tu mendarat di gegendang telinganya. Sedaya upaya dia cuba melupakan perkara itu namun saat ini Adam sedang membangkitkan semula prihal tersebut. Wajah yang putih bersih itu bertukar menjadi kemerah-merahan.

"Kenapa awak tanya macam tu?" Soalan di balas dengan soalan.

"I need to know! Since when?" Adam menekan suaranya.

Ayuni larikan pandangannya ke tempat lain dan melepaskan pegangan tangan Adam pada pergelangannya. Tubuhnya ke belakang sedikit sebelum pandang wajah Adam semula. Dia tidak faham apa yang sedang berlaku sehingga mendorong Adam berkelakuan begini.

"What happened, Adam? Awak gaduh dengan Inara sebab saya ke?" Timbul rasa menyesal kerana muncul antara mereka berdua.

"Sejak bila awak suk...nope..sejak bila awak cintakan saya?" Tajam pandangan Adam memanah mata hazel milik Ayuni. Tidak sesaat pun pandangan mata mereka berpisah.

Gurlp! Ayuni telan airliur.

"Kalau awak gaduh dengan Inara sebab saya, lepas ni.."

"Saya tak pernah cintakan Inara!" Pengakuan yang baru keluar dari mulut Adam membuatkan Ayuni tergamam.

Lidah menjadi kelu dan otak tiba-tiba tepu. Seolah-olah terhenti beroperasi buat masa sekarang. Mereka berdua ambil masa hampir 2 minit sebelum Adam sambung bicara.

"Saya terpaksa kahwin dengan dia sedangkan kami tak pernah bercinta. Ayuni, saya kahwin dengan Inara sebab kedudukan dua syarikat bukan sebab hati kami berdua." Terang Adam dengan wajah yang sangat serius.

"Macam mana awak boleh setuju sedangkan awak tak suka?" Soal Ayuni dengan keinginan hati yang membuak-buak ingin tahu.

"It's all about money.." Adam lepaskan satu keluhan. "Ayuni, you don't even answer my questions."

"Which one?"

"All," jawab Adam pantas.

"I don't know since when but.."

"Forget me!"

Satu arahan yang keluar dari mulut Adam membuatkan guruh berdentum di hati Ayuni. Otaknya cuba memproses maklumat yang baru diterima, dan dia saat itu dahinya berkerut apabila sudah mendapat mengakses butir bicara Adam.

Secret RomanceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang