11 : Melampaui batas

10.1K 228 26
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

________________________________

JAM 11 pagi baru Ayuni terjaga. Namun matanya masih terasa berat. Dia mengiring ke kiri dan kanan namun masih sukar untuk sambung tidur walaupun mata payah untuk di buka. Akhirnya dia bangun dan duduk bersandar pada kepala katil. Telefon bimbit di capai dan rambut yang kusut itu di tolak ke belakang telinga.

Hari ini hari Sabtu. Biasanya Adam akan datang untuk membawa barang-barang makanan. Tapi yang pasti bukan sekarang sebab biasanya Adam akan habiskan masanya membaca buku di rumah sehingga pukul 2 petang. Selepas itu, jika dia tiada hal baru wajah Adam akan muncul.

Dengan malas Ayuni bangkit dari katil dan menuju ke tandas. Telefonnya di bawa bersama kerana dia suka melihat drama korea sambil mandi di dalam bath tub. Maklum lah dekat kampung ada kolah je. Bath tub pun ada la juga dekat rumah dia, tapi kecil sesuai untuk berak je. Kau hadooo?

Lebih kurang 2 jam Ayuni mandi, akhirnya dia siap. Tubuh di sarung dengan t-shirt lengan panjang dan seluar paras lutut. Kemudian rambut yang basah di keringkan dengan hair dryer dan diikat sanggul.

"Awak dah sampai?" Soal Ayuni ketika dia keluar dari bilik. Terkejut dengan keberadaan Adam di dalam rumah. Sedangkan belum pukul 2 petang lagi. Awal betul sampai.

"Saya dah ada dekat sini lebih 2 jam. Tunggu awak bangun tapi senyap je dalam bilik. Saya ada whatsapp awak, tak baca ke?" Tanya Adam semula yang sedang duduk bersandar pada sofa sambil bersilang kaki.

Ayuni tepuk dahinya sendiri. Tadi bangun dari tidur memang dia ada pegang handphone tapi tak ada pula dia memeriksa whatsapp. Terus buka aplikasi VIU untuk sambung layan drama Crash Landing On You.

"Tak buka pula. Awak hantar apa?" Soal Ayuni sambil membuka aplikasi tersebut. Pesanan Adam di baca dalam hati.

Adam Fath 10.58 am
Kita lunch Mcd,
Order siap-siap
Saya lapar, on the way

"Lain kali awak misscall lah. Bangun pagi ni saya kurang sikit nak check phone. Kalau dulu memang lah rajin nak check." Balas Ayuni tanpa rasa bersalah. Dia bergerak mendekati Adam dan melabuhkan punggungnya di sisi lelaki itu. Wajah tampan Adam di pandang. Tak sangka, sudah sebulan dia menjadi girlfriend Adam Fath.

Walaupun rahsia. Hmmmmmmmm SEDIHHHHHHH!!

"Kenapa dulu rajin nak check? Sebab Abang Im?"

Nama Imran yang keluar dari mulut Adam membuatkan Ayuni kerut dahi. Dia yang duduk di sebelah Adam mengiringkan sedikit kepalanya memandang pelik ke wajah Adam. Apa kaitan Imran dalam perbualan mereka. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba Adam nak kaitakan orang lain.

"Abang Im? Kenapa dia?" Ayuni ketawa kecil.

Adam berdehem, sedar dia silap cakap. Namun mujur Ayuni tidak fikir yang bukan-bukan. Terus jari telunjuknya menunjuk ke arah telefon bimbit Ayuni. Meminta gadis itu membuat pesanan McD dengan kadar segera. Dah lapar gila.

"Kenapa pula nak pakai handphone saya? Awak kaya kan? Beli lah pakai duit awak sendiri.." Ujar Ayuni dengan suara sengaja di manjakan. Dah kaya pun nak buli awek marhaen macam dia lagi. Dasar! Sini kau..aku goda.

"Laaa.." Adam tepuk dahinya sendiri. "Pakai lah kad saya yang awak pegang tu."

"Pakai lah kad awak sendiri. Kad ni awak bagi untuk saya bukan untuk kita berdua." Bukan main lokek lagi Ayuni pasal duit. Mentang-mentang Adam mampu belanja kau selori ayam McD, kad kredit dia pun kau nak sapu rata.

Secret RomanceWhere stories live. Discover now