20 : Don't go

5.9K 240 21
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

________________________________

Wise men say only fools rush in
But I can't help falling in love with you
Shall I stay?
Would it be a sin
If I can't help falling in love with you?

HATI Adam di rundung pilu saat dia berlalu. Telinganya masih dapat menangkap tangisan Ayuni yang semakin kuat dari bahagian dapur. Tangannya di genggam dan langkah Adam terhenti. Mata terpejam rapat dan akal Adam sedang berkonflik dengan hatinya sendiri. 

Antara pergi atau kembali?

Tak! Adam gelengkan kepalanya. Dia yakin dengan perasaannya terhadap Ayuni. Dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu sejak kali pertama mereka bertemu lagi. Tapi Adam ego dan sering menafikan. Sebab itu apabila Inara memintanya mencari pengganti, dia telah memilih Ayuni. Kerana hatinya sudah lama terpaut dengan gadis itu. 

Setapak kaki Adam mara ke arah bilik. Esakan Ayuni makin kuat. Adam cuba berperang dengan dirinya sendiri dan saat itu juga dia mendapat jawapan kemahuan hatinya. 

Aku cuma mahukan Ayuni. Persetankan mana-mana perempuan termasuk Ily atau Inara. Bisik hati kecil Adam dan saat itu tubuhnya dipusingkan dan Adam berpatah balik. 

Kakinya melangkah laju menuju ke dapur. Mencari batang tubuh Ayuni dan saat korneanya melihat gadis itu sedang menelekup wajah pada lutut sambil melepaskan tangisan, Adam terus duduk melutut di hadapan Ayuni dan tangan gadis itu di tarik sehingga tubuh mereka mendekat.

Ayuni kaget. Matanya yang basah mencari wajah Adam di sebalik kekaburan pandangan. Baru dia hendak buka mulut, Adam terlebih dahulu menekan pipi Ayuni dan tarik wajah gadis itu dekat dengannya. Dia diam sejenak, memanah pandangan tajam ke iris hazel milik Ayuni yang masih basah. 

"I'm sorry for doing this." Ucap Adam dan terus bibirnya menekan lembut bibir Ayuni dan di urut dengan penuh rasa cinta yang menggebu di hati. Adam sudah lupa batas-batas antara mereka. Dia sudah tidak peduli, dia cuma ingin Ayuni tahu rahsia hatinya. 

Untuk seketika, Ayuni terbuai dengan kucupan Adam. Saat itu airmatanya kering dan fikirannya menjadi kosong. Jantung seolah-olah berhenti berdegup dan nafas bagaikan tersekat di hujung hidung. Tangan yang di dada tadi di angkat mencengkam lengan Adam, menahan gelodak di yang membara di dalam hati. 

Saat kucupan terpisah, Ayuni kumpul semula nafas yang hilang. Baru dia dapat rasa jantungnya kembali berfungsi. Bola matanya masih setia menatap Adam tanpa sebarang suara. Terkejut dengan tindakan tanpa di duga lelaki itu. 

"Adam?" Ayuni telan air liur setelah hampir 1 minit berperang mata dengan Adam.

"Don't go.." Pinta Adam dengan nada yang sedikit merayu. Pandangan matanya redup dan sedikit merah. "Jangan pergi, Ayuni. Saya tak patut cakap macam tu." Sambungnya lagi. 

"Tapi tadi awak.." 

Adam geleng laju dan tekan pipi Ayuni sekali lagi. "Abaikan semua kata-kata saya, Ayuni. Saya tak boleh tipu diri saya sendiri. Saya tak boleh biarkan awak pergi macam tu je." 

"Adam, since when?" Soal Ayuni tidak mempedulikan bicara Adam Adam. Hatinya sudah menjerit dan melonjak kegembiraan. Dia cuma ingin tahu sejak bila Adam sedar perasaannya.

"Apa?" Adam tidak mengerti. 

"You never kiss someone you don't love." Ulang Ayuni semula, mengingatkan ungkapan Adam sewaktu mereka di dalam kereta perjalanan pulang ke Kelantan. 

Adam tarik senyuman. "I can't resist my self from kissing you. I really want to give you another but I know we can't. Saya tak tahu sejak bila saya rasa macam ni terhadap awak, tapi saya sedar saya tak boleh kehilangan awak, Ayuni. Please,jangan tumpahkan airmata awak untuk saya lagi." Pujuk Adam. 

Secret RomanceWhere stories live. Discover now