8 : Skandal

6.3K 229 16
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

Terjemahan Turkish
Anne
Ibu

Anne, nasılsın
Ibu, sihat?

Ben iyiyim oğlum. Babanla iyi misin?
Saya sihat, anakku. Kamu baik-baik je kan dengan ayah?

Evet, burada onunla iyiyim. Malezya'ya gelmek istemiyor musun? Büyük günüme gelmelisin
Ya, saya baik-baik je dengan dia. Kamu tak mahu datang ke Malaysia ke?Kamu sepatutnya datang ke hari bersejarah saya

Gerçekten üzgünüm evlat. Sana gelemem çünkü babanın bana ne yaptığını hala unutamıyorum 
Ibu minta maaf, anakku. Saya masih tak boleh datang menziarahi kamu sebab saya masih tak dapat lupakan apa yang telah ayah kamu lakukan dulu

Sorun değil anne. Şu an ne hissettiğini anlıyorum. Biliyorum bir gün bana gelip onlardan intikam almama yardım edeceksin
Tak apa, ibu. saya faham apa yang kamu rasakan sekarang. Saya tahu satu hari kamu akan datang dan balas dendam terhadap mereka.

Sana birçok kez söyledim, babanı ve üvey anneni çoktan affettim. Sadece onların yanlışlarını unutamıyorum
Ibu dah bagitahu kamu banyak kali yang ibu dah maafkan mereka semua cuma ibu tak dapat lupakan semua kesalahan mereka

________________________________

MERUNGUT mulut Ayuni apabila dia mendapat pesanan ringkas melalui aplikasi whatsapp yang Adam akan tiba lagi 5 minit. Dia sudah berada di lobby dan sedang menuju ke lift. Mata Ayuni merenung jam yang tergantung di dinding. Baru pukul 8 dan Adam sudah meleburkan keenakan tidur pada waktu pagi. Dengan bilik yang bersuhu rendah, memang lena betul Ayuni tidur malam tadi. Dah lama tak pekena aircond

Mendengar bunyi pintu di buka, terus Ayuni keluar dari bilik. Ketika dia tiba, Adam sedang meletakkan kasutnya di rak. Cepat betul, kata 5 minit lagi. Gumam Ayuni di dalam hati.

Saat Adam memusingkan badannya, mata dia kaku 3 saat pada batang kaki Ayuni sebelum di alihkan ke wajah sembap wanita itu. Jantung Adam berdebar melihat keadaan Ayuni yang di rasakan agak kurang sopan bila berhadapan dengan lelaki. Kalau Ayuni adalah isterinya, sekarang juga dia terkam. Mujur masih ada iman. 

"Just woke up?"Soal Adam sambil melirik ke pintu bilik Ayuni yang terbuka. 

Ayuni sengih, tayang barisan giginya yang tersusun cantik. Kepalanya yang tidak gatal di garu. Soalan Adam tidak di jawab kerana sudah pasti Adam sudah mempunyai jawapannya. Terus tangan Ayuni menyambar beberapa plastik yang ada di tangan Adam untuk di bawa ke dapur. 

Adam tenung wajah Ayuni dalam-dalam ketika gadis itu sedang menyusun barang-barang makanan di dalam kabinet. Kemudian laju sahaja tangannya mengambil plastik yang berisi ikan, ayam, sotong dan udang ke dalam singki. Mungkin Ayuni ingin membersihkannya dahulu. Fikir Adam.

"Ayuni, kenapa awak pakai baju macam ni?" Adam muntahkan juga soalan yang bermain di fikirannya sejak bertemu dengan Ayuni di pintu lagi. Padahal kejadian malam tadi boleh di jadikan pengajaran buat Ayuni.

"Hah? Kenapa dengan baju saya?" Soal Ayuni pelik sambil memandang baju yang tersarung pada tubuhnya. Dia merasakan tiada yang pelik apabila dia menyarung baju tidur paras lutut dan tidak berlengan sewaktu malam. Memang lah sudah siang, tapi dia kan belum mandi pagi lagi. Lagipun Adam yang salah sebab datang tiba-tiba. 

"Too short and sexy." Komen Adam jujur.

"No lah, saya biasa pakai macam ni dekat kolej. " Bicara Ayuni sambil mencebikkan wajahnya dan kemudian meneruskan kerjanya membersihkan isi ayam yang ada di dalam sinki untuk di masukkan ke dalam bihun goreng yang akan di masak sebentar lagi.

Secret RomanceWhere stories live. Discover now