15 : Imran confess

4.3K 212 19
                                    

Note from author : Please press button vote and drop your comments.

Terjemahan Turkish
Anne, geç kalamam : Ibu, saya tak boleh lambat
Tamam..tamam : okay okay..

________________________________

"MAK ngah dah sihat?" Soal Imran melalui telefon bimbit. Sudah lama dia tidak nampak Ayuni sejak cuti semester. Selalu juga dia terserempak dengan Nona dan Fiza di kafe Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah. Tetapi Ayuni tidak ada bersama-sama dengan mereka. 

Bila dia buka di dalam group whatsapp baru tahu yang minggu lepas Rahmah, ibu Ayuni kena tahan wad sebab serangan jantung. Mujur keadaannya sudah stabil dan sudah di benarkan keluar hospital.

"Ibu sihat je alhamdulillah. Cuma banyak kena rehat je lah dekat rumah kakak ni." Jawab Ayuni lembut. Tadi masa telefonnya mendapat panggilan, mati-mati dia ingatkan Adam. Rupanya Imran, abang sepupunya. 

"Bila mak ngah balik Melaka?" 

"Mungkin duduk Kelantan teman kakak lama juga rasanya. Ibu cakap kesian dekat kakak nanti kerja, tak ada orang jaga baby. Lagipun tahu-tahu je lah abang ipar Yuni tu punya perangai." Gumam Ayuni dengan rasa geram. Abang iparnya itu memang suami paling tak guna dalam dunia ni. Kenapa lah Ayana boleh jatuh cinta dengan jantan keparat macam tu? Fikirnya sendirian. 

"Kesian Yana dapat suami macam tu. Orang perempuan ni Yuni, kalau dapat suami tak berguna memang malang betul nasib." 

Itu memang Ayuni tidak dapat nafikan. Abang iparnya bukan sahaja tidak membayar nafkah Ayana, kadang-kadang kakaknya juga di pukul tanpa rasa ehsan. Lepas tu, sekarang entah hilang di mana. Tak lain tak bukan sebab dadah lah tu. 

"Abang Im nanti jangan buat dekat bakal isteri macam tu pula." Balas Ayuni dengan tawa kecil. Sengaja ingin mengusik Imran.

"Eishh, tak lah.. Tak kan Abang Im nak buat Yuni macam tu. Orang yang kita sayang, mesti lah nak jaga sungguh-sungguh." 

Oh wait! Dia tengah confess dekat aku ke? Soal Ayuni di dalam hati. 

"Abang Im? Sedar tak tengah merepek apa tu?" Tegur Ayuni yang sebenarnya faham Imran sedang bagi hint. Tapi seboleh-boleh dia tak nak faham dan dia memang tidak suka Imran cuba mencuri hatinya. Dah berkali-kali dia cuba sampaikan kepada Imran yang hatinya tidak boleh menerima lelaki itu lebih daripada seorang sepupu. 

"Hah? Eh? Abang Im cakap apa?" Eh dia ni.. pura-pura tak sedar pula.

"Tak ada apa-apa, Abang Im mengigau kut." Balas Ayuni bersahaja. Dia rasa macam nak cepat-cepat je habiskan perbualan ini sekarang.

"Macam mana kalau Abang Im tak mengigau tapi Abang Im.." 

"Abang! Nanti sambung lagi boleh tak? Ada another incoming call lah." Pintas Ayuni sebelum Imran sempurnakan ayatnya. Huh, seram kalau dengar sampai habis. Tak sampai hati rasanya nak reject sedare sendiri. Tak tahu macam mana nak hadap hari raya nanti. Bisik akal Ayuni.

"Ohhh yeker tak apa lah macam tu.."Suara Imran melemah. Baru je nak bagi hint supaya Ayuni faham gelodak hati yang menyeksa diri. Tapi gaya dan tindak balas dari Ayuni, rasanya Imran boleh siap sedia dah kut untuk menangis di bucu katil. 

"Bye, Assalamualaikum.." Terus talian di putuskan. Ayuni lepaskan nafas yang di tahan sejak dari tadi. Huh, lega dapat berhenti bercakap. Matanya merenung skrin telefon yang masih bercahaya. Mengharap tiada lagi panggilan yang di terima daripada Imran. 




YASEMIN memandang wajah Inara, bakal isteri anak tunggalnya. Wajah cantiknya membuatkan Yasemin terpesona. Pandai betul Adam pilih. 

Hari ini, Adam dan Inara akan balik ke Kuala Lumpur. Pulangnya Adam ke Istanbul selama seminggu selain menziarahi Yasemin Morteza, ianya juga adalah permintaan ibunya untuk melihat tunang Adam, Inara. Dia hanya mampu melihat melalui gambar sahaja sebelum ini sebab itu dia berharap sangat jika Adam boleh membawa Inara pulang bertemu dengannya. 

Secret RomanceWhere stories live. Discover now