Note from author : Please press button vote and drop your comments.
________________________________
MUNDAR-mandir Ayuni sejak dari tadi. Fikirannya makin kosong dan tepu. Semua yang dia hafal boleh lupa begitu sahaja. Padahal esok adalah kertas terakhir sebelum dia melangkah ke semester 8 untuk menamatkan Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan.
Rakan sebiliknya masih sedap tidur. Maklum lah kertas dia yang seterusnya 4 hari lagi. Tak apa lah Ayuni, lepas ni kau boleh tidur sepuas-puasnya. Jangan sampai tak bangun dah la. Fikirnya.
"Yuni!" Pintu biliknya terkuak dan wajah Nona terpampang di sebalik pintu.
"Apa?" Marah Ayuni sambil mengurut dadanya. Geram apabila disergah begitu.
"Aku ada cerita hot untuk kau. Mesti kau nak dengar kan." Pandai betul Nona pancing. Bab gosip dia memang nombor satu. Kalau sehari tak gosip, rasa macam ajal dia dah tiba.
"Apa dia? Aku ada paper tau esok."
"Habis aku pula tak ada.." Dia mencebik. "Aku pun sama je lah dengan kau paper last esok. Mengada nak gosip sikit pun tak boleh." Kata Nona dan tidak berjemput, dia terus masuk ke dalam bilik tanpa bersuara apabila ternampak rakan bilik Ayuni sedang tidur.
"Dah lama ke dia tidur?" Suaranya separa berbisik.
"Lama juga lah dalam 15 minit."
"Ouhh..." Nona angguk faham.
"Ha! Apa dia yang kau beria sangat nak bagitahu aku?" Tanya Ayuni sambil mencari getah rambutnya di bawah tilam. Cerita hot ni boleh buat berpeluh. Baik ikat rambut dulu sebelum rimas berpeluh di leher.
"Adam! Adam Fath..."
Hanya mendengar sebaris nama itu, Ayuni kembali semangat. Semua ilmu yang semakin lupa tadi, datang kembali. Teruja mendengar nama lelaki itu. Matanya bersinar-sinar sambil memandang wajah Nona, mengharap wanita itu bercerita lebih lanjut.
"Dia dah bertunang!" Jerit Nona serentak itu rakan bilik Ayuni yang sedang tidur bergerak. "Shh...sorry sorry.." Kata Nona walaupun wanita yang sedang baring itu tidak mengatakan apa-apa.
"Mana kau tahu?" Berderau jantung Ayuni apabila berita yang baru didengarinya sampai ke gegendang telinga. Bahunya melemah dan semua angan-angannya pecah berderai. Mata yang bersinar tadi mulai malap dan wajah yang teruja tadi mulai pudar.
"Dah viral dekat instagram and twitter. Anak pengusaha Adnan Curtain, Adam Fath sudah bertunang. Lepas tu tunang dia pun post gambar sekali." Beritahu Nona.
"Adam post juga ke?"
Geleng. "Adam tak post apa-apa pun tapi dia ada like tau gambar tunang dia post dekat IG."
"Siapa tunang dia?" Berdebar-debar Ayuni ingin tahu.
"Inara..Inara Natasya yang famous macam dia juga. Sesuai lah tu.." Komen Nona di hujungnya.
Habis tu aku tak sesuai ke? Tanya Ayuni di dalam hati.
"Dah tu kenapa dia bagi nombor telefon dia dekat aku kalau dia nak bertunang dengan perempuan lain? Dia bagi harapan palsu betul lah dekat aku." Gumam Ayuni dengan wajah muram.
"Bukan dia yang bagi harapan palsu tapi kau tu yang perasan. Lagipun benda tu dah 2 tahun lah Yuni. Aku rasa dia pun tak ingat muka kau dah."
"Mana kau tahu? Aku ingat je dia lagi."
"Tu sebab kau yang tergila-gila kan dia. Tengok.. Kau balas semua story dia kut. Tapi dia tak pernah sebut pun pasal nombor telefon tu. Dia pun tak ingat kau lain lah kalau kau tu famous macam Inara juga."
YOU ARE READING
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...