Note from author : Please press button vote and drop your comments.
Terjemahan Korean
Alasso - okay ( just i tak sure, arasso ke alasso? correct me okeh!)Terjemahan Turkish
Tamam- okay________________________________
DUA minggu bersama dengan Adam membuatkan Ayuni berasa sangat bahagia. Walaupun sepanjang 2 minggu itu, hanya 4 kali sahaja dia dapat meluangkan masa dengan Adam. Tetapi bukan kah itu satu keinginan Ayuni selama ini. Dapat meluangkan masa dengan pujaan hatinya walaupun cuma satu jam. Sekarang apa yang dia dapat lebih daripada itu.
Adam memang seorang lelaki yang agak dingin namun tidak dapat Ayuni nafikan yang lelaki itu sangat baik hati. Walaupun dia tidak bermanis mulut seperti yang di gembar-gemburkan di dalam media sosial, sekurang-kurangnya Adam tidak mempunyai sikap yang terlalu menjengkelkan.
"Awak ada boyfriend, Ayuni?" Soal Adam tiba-tiba ketika dia sedang menjamah makanan tengahari yang di sediakan oleh gadis itu.
Tersedak Ayuni mendengar soalan Adam. Terus tangannya mencapai segelas air masak dan diteguk dengan rakus. Mata Ayuni sedikit merah dan berair. Adam hanya memerhati tidak pula dia membantu. Kerana dia tahu Ayuni boleh menguruskan dirinya sendiri.
Tak sweet betul!
"Kenapa awak tanya macam tu?" Soal Ayuni semula setelah keadaannya sudah tenang.
"Random question." Jawab Adam bersahaja.
"Saya tak pernah ada boyfriend. Sibuk kejarkan awak dari dulu." Balas Ayuni sambil menyengih.
"Perempuan secantik awak tak ada boyfriend?" Adam jongketkan kening sebelah kanannya dan tanpa sedar kenyataannya itu membuatkan mata Ayuni membuntang.
"Wait! What did you say? Cantik? Saya cantik?" Wajah teruja Ayuni jelas terpampang dengan jelas. Matanya bersinar-sinar sambil memandang Adam mengharap lelaki itu mengulanginya sekali lagi. Namun apabila Adam diam meneruskan suapannya, Ayuni terus memegang tangan lelaki itu.
Berderau jantung Adam saat kulit mulus itu singgah di tangannya. Apabila kulit bertemu dengan kulit, melahirkan rasa sensasi sangat luar biasa. Adam berdehem, mengurangkan gugup dan cuba menyorokkan debaran dengan sentuhan Ayuni. Ini kali ketiga mereka bersentuhan dan setiap kali itu juga lah Adam tidak dapat menafikan degupan kencang yang terasa sesak di dada.
"Ulang lah balik.. Awak cakap saya cantik kan?" Rengek Ayuni dengan wajah minta simpati.
Perlahan-lahan Adam rungkaikan tangan Ayuni. Dia tidak selesa dengan suara manja gadis itu yang merengek-renget. Ayuni telah berjaya membuatkan Adam Fath jadi tidak keruan dengan sikapnya yang selalu teruja dengan semua perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu.
Senang kata, Adam tak tahan dengan kemanjaan Ayuni.
"Ayuni, habiskan makanan awak." Suara garau Adam mematahkan keterujaan Ayuni.
Ego! Nak puji pun susah. Ayuni menjuihkan bibir.
"Adam..."Dia melunakkan suaranya tapi tidak terlalu manja seperti tadi.
"Hmm?" Adam jongketkan keningnya meminta Ayuni teruskan ayat. Matanya di halakan ke wajah Ayuni yang putih bersih itu. Terokaan Adam terhenti pada sepasang mata milik Ayuni. Suka betul dia dengan mata hazel gadis itu.
"Saya teringin sangat nak dating dengan awak."
"Dating?" Dahi Adam berkerut.
"Dating macam couple lain. Keluar makan, tengok wayang lep..."

ANDA SEDANG MEMBACA
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...