Note from author : Please press button vote and drop your comments.
________________________________
"ADAM.."
"What are you doing here, Inara?"
"Um, m..makan.." Jawab Inara ringkas. Darah sudah menyerbu ke mukanya. Punggung Inara sudah tidak senang duduk. Dia bimbang jika Adam membuka mulut dan memberitahu perkara ini kepada ayahnya. Air liur Inara hampir kering keranaditeguk berkali-kali.
"Inara! Your face looks pale!" Kemudian Adam kemam bibir tahan ketawa melihat reaksi Inara yang gementar begini. Tak pernah dia lihat wajah Inara yang gugup bila di tanyakan soalan. Biasa ada sahaja bidasan atau kata-kata tanpa fikir yang meluncur dari mulutnya. Sekarang dah jadi gagap?
"Adam..." Inara buat wajah kasihan. Kemudian dia memandang wajah Zarul menghantar isyarat agar lelaki itu meninggalkan mereka berdua buat sementara waktu untuk berbincang sesuatu.
Zarul yang faham dengan pandangan Inara terus angguk dan angkat punggung meninggalkan Adam dan Inara. Melihat Zarul sudah hilang dari pandangan, terus Adam menggantikan tempat duduk Zarul.
"What happened? Siapa tu?"
"My boyfriend." Jawab Inara ringkas dan wajah Adam berubah riak.
"Then I apa?"
"Adam.. I tahu you pun tak nak kahwin dengan I kan? Tapi you terperangkap dengan permintaan family you."
"Tapi you tahu kan yang kita kena obey dengan permintaan mereka?" Adam ingatkan balik syarat-syarat pertunangan mereka berdua.
Dua syarikat gergasi Adnan Curtain dan Ismail Group bergabung untuk menguatkan pengaruh mereka lagi dengan cara menyatukan kedua-dua anak mereka. Mungkin dengan cara itu, Ismail Group akan dapat manfaat dari Adnan Curtain memandangkan syarikat itu sudah bertapak lama di negara ini.
"I tahu, Adam. Tapi.."
"It's okay, I pun sebenarnya memang tak nak kahwin dengan you. Tapi macam you cakap kita tersepit dengan permintaan family. I dah tak tahu nak buat macam mana supaya dapat lepas dari perancangan bodoh ni." Ujar Adam sedikit kesal dengan keputusan yang di ambil oleh ayahnya.
"I have an idea.."
"What is it?" Soal Adam berminat. Dia sanggup lakukan apa sahaja agar kehidupannya tidak di tentukan. Lagi-lagi berkenaan dengan jodoh.
"You cari someone macam I."
"Maksud you Inara, I nak kena ada girlfriend?"
Angguk. "Tapi you kena sorokkan hubungan you dengan dia. Adam, itu je cara yang you ada untuk batalkan perkahwinan kita berdua. Kita tak boleh buat apa-apa melainkan kita berdua ada pasangan lain. Oh ya, anddd.. untuk ada pasangan lain bukan senang-senang macam tu je you nak mengaku."
Adam hanya diam mendengar penerangan Inara. Walaupun dia tidak berapa faham, namun serba-sedikit penerangan Inara membuatkan dia berminat. Lagipun siapa nak habiskan masa seumur hidup dengan orang yang kita tak cinta.
"Adam you kena simpan satu perempuan lain. Nanti bila tiba masanya, kita akan reveal antara sama lain tentang kecurangan kita. I 100% confident, mereka akan batalkan perkahwinan tu. In fact, my dad mestilah tak nak anak perempuan dia kahwin dengan lelaki curang." Gila betul cadangan Inara tapi masuk akal juga.
"Then you sanggup ke papa you tarik diri?"
"Adam, papa I tak akan tarik diri sebab dia perlukan Adnan Curtain untuk kekal kukuh di dalam Malaysia. Kalau you yang buat hal, papa I akan tetap teruskan contract mereka just perkahwinan kita sahaja dibatalkan. Our company needs Adnan Curtain, Adam. "
YOU ARE READING
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...