"AYUNI?" Adam turut berdiri memandang wajah Ayuni yang berubah pelik melihat kedua-dua manusia yang menyebut-nyebut namanya.
Tangan Ayuni meraba-raba wajahnya, memeriksa jika ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi tiada yang pelik. Yang aneh di sini adalah Adam dan Inara yang macam nampak hantu. Muka mereka pucat lesi terutama sekali Adam apabila nampak Ayuni berdiri di hadapan pintu.
Ke dekat pintu ada hantu?
"Why?" Dia menyoal, keningnya dijongketkan.
"Did you hear everything?" Adam telan air liur, namun terasa kelat.
"Hear what?" Ayuni menapak mendekati mereka berdua. Kemudian dia labuhkan punggung di atas kerusi dan menghadap dua kotak pizza yang bersaiz sederhana. Perutnya terasa lapar sewaktu duduk di dalam bilik. Hidung yang menangkap bau roti pizza membuatkan perut Ayuni membuat pesta waktu dia sedang melakukan mogok dengan Adam.
Kalau ikutkan kemarahan di dalam hati, tak ingin Ayuni keluar dan menatap wajah pasangan sejoli ini. Sekarang dia pula tersepit antara mereka berdua. Eii sakit betul hati melihat wajah Adam saat ini walaupun hatinya sarat dengan perasaan rindu.
Inara dan Adam saling berpandangan. Masing-masing memberi isyarat melalui mata dan Adam hanya angkat tangan sambil gelengkan kepala. Dari riak wajah Ayuni, Adam merasakan yang Ayuni baru sahaja keluar dari bilik dan tidak mendengar butir perbualan mereka berdua.
Nafas ditarik dan dihembus perlahan, lega. Apabila Adam kerdipkan mata kepada Inara, memberi isyarat kepada tunangnya agar berlagak biasa. Inara terus buat muka geram. Tak pasal-pasal lidahnya terkunci bila berhadapan dengan Ayuni. Kenapa Ayuni lagi santai daripada Inara?
Adam kembali duduk di tempatnya,"awak keluar buat apa?" Soal Adam takut-takut. Mana tahu Ayuni dah dengar tapi sedang menunjukkan bakat lakonannya.
"Lapar,"jawab Ayuni sepatah. Tangannya laju mencapai sehiris pizza yang berperisa Triple Chicken lalu di masukkan ke dalam mulut. Um, sedap. Namun bahasa tubuh Inara dan Adam yang kelihatan janggal membuatkan Ayuni pelik. Dia angkat wajah pandang mereka berdua.
"Tak boleh ke saya makan? Sorry lah, kejap lagi saya bayar balik pakai kad kredit." Lantak lah, Adam punya duit juga. Ayuni berkata-kata di dalam hati.
Lantas, Adam memandang wajah Inara, menghantar arahan kepadanya melalui mata supaya gadis itu duduk dan berbual macam biasa. Bila Ayuni boleh berbicara berkenaan kad kredit, jadi Adam yakin dia tidak dengar. Sebab Ayuni tidak akan menjadi mata duitan hanya bila dia sedang sedih atau emosi merundum.
"Eh tak apa, makan je lah. Kitorang pun dah kenyang." Balas Inara dengan senyuman. Dia tarik nafas dalam-dalam dan kembali ke tempat duduknya. Hilang semua keberanian yang tadi berkobar-kobar untuk memberitahu Ayuni tentang status hubungan mereka.
"Bagus.." Ayuni tarik semua makanan dekat dengannya.
"Ayuni..." Inara memanggil.
"Macam mana awak tahu nama saya ya? Kita ada berkenalan ke tadi?" Soal Ayuni dan kunyahanya terhenti.
Inara melirik matanya ke arah Adam. "Er, Adam bagitahu.."
"Ouh, habis kenapa awak terkejut nampak saya tadi. Sepatutnya, awak dah expect saya akan balik rumah ni bila-bila masa." Ayuni sambung lagi suapannya.
Lidah Inara jadi kelu dalam keadaan begini. Ketenangan dan sikap bersahaja Ayuni saat ini membuatkan Inara terperangkap. Dia berharap Adam dapat membantunya menjawab soalan Ayuni. Eish, ni dah kenapa macam terbalik? Seolah-olah Inara pula orang ketiga. Yang dia gugup sangat depan Ayuni dah kenapa?
YOU ARE READING
Secret Romance
RomanceStart : 7 Mei 2020 Kisah Adam yang memberi peluang pada Ayuni untuk menjadi kekasihnya tanpa pengetahuan orang lain memandangkan dia sudah bertunang. Ayuni tak kisah sebab hatinya sudah lama terpaut dengan Adam. Sehingga lah satu detik, Adam hanya...