14

6.9K 585 19
                                    

A week later

"Cepat lah, Aireen Nadhirah!" Rungut Naura yang sudah penat menunggu aku di luar rumah. Aku berlari turun tangga dengan pantas lalu aku menuju ke ruang tamu untuk bersalam dengan ayah dan ibu.

"Kejap, kejap!" Tali backpack aku yang sudah terjatuh ke siku dibetulkan. Aku terus melangkah ke arah Ibu dan Ayah yang hanya mampu tergelak kecil melihat telatah anak dara mereka.

"Reen pergi dulu tau, Ibu Ayah... Hari Khamis ni Reen balik." Kataku lalu aku mencapai tangan Ibu dan Ayah lalu dikucup lembut. Rambutku diusap lembut oleh Ayah.

"Jaga diri elok-elok ye. Jangan nakal-nakal sangat. Nanti dah sampai, terus bagitau Ibu dengan Ayah tau? Perangai tu jaga sikit." Aku mengangguk mendengar nasihat Ayah. Tubuh mereka dipeluk sebelum aku mengucapkan selamat tinggal kepada mereka berdua.

Aku melangkah ke pintu rumah lalu sport shoes aku yang berwarna hitam gold itu dicapai dan disarung dengan segera. Bagasi bersaiz kecil yang sudah berada di depan pintu itu ditarik lalu aku menuju ke arah Naura yang sedang bersandar di kereta Myvi miliknya.

"Haih... Kau lambat 15 minit tau tak!" Aku menjelingnya sekilas sebelum pintu bahagian belakang keretanya dibuka dan aku memasukkan bag aku ke dalam. Naura melepaskan helah berat sebelum dia masuk ke dalam kereta bahagian pemandu manakala aku turut memboloskan diri aku di bahagian penumpang hadapan.

"Kenapa kau tak pergi dengan Ian je?" Soalan itu terpancul keluar dari mulut Naura saat dia mula memandu. Aku memandangnya yang sedang memandu itu sebelum aku menyelukkan tangan ke dalam poket seluar untuk mengambil phone aku.

"Kenapa? Tak boleh ke kalau aku nak pergi dengan kau?" Soal aku lalu aku bermain dengan phone aku. Applikasi twitter menjadi pilihan aku untuk menghilangkan bosan.

"Haih... Bukan tak boleh! Aku tanya je. Ye lah, selalunya kau akan pergi dengan dia je kalau ada aktiviti apa-apa yang berkaitan dengan sekolah." Balas Naura. Aku mengeluh sedikit sebelum jari aku menekan butang bluetooth di radio kereta Naura itu. Applikasi spotify di buka di phone aku lalu aku connect phone aku ke bluetooth keretanya.

"Hmm entah lah... Aku tak rasa macam nak pergi dengan dia. Lagipun, dia tak ajak aku macam sebelum ni pun." Kata aku perlahan namun masih mampu didengari oleh Naura. Tangan aku mengscroll di playlist spotify itu untuk mencari lagu. Sebuah lagu daripada Shawn Mendes yang bertajuk Treat You Better menjadi pilihan aku.

"Macam tu pun boleh ke?" Aku hanya diam membisu, begitu jugak dengan Naura. Hanya lagu yang dipasang itu menemani perjalanan kami.

♡♡♡

Aku tergelak kecil mendengar lawak yang dibuat oleh Naura. Apa benda yang dia merepek pun aku tak tahu lah.

"Eh... Classmates kita siapa je yang tak datang lagi ni? Kenapa ada 18 orang je? Dua orang lagi mana?" Soal Haris yang merupakan bekas ketua kelas kami. Dahiku mula berkerut. Siapa lagi dua orang tu? Otak aku jadi blur sekejap.

"Haih... Si Ian dengan Hanis tu. Entah kenapa lambat sangat." Salah seorang lelaki dari kelas kami bersuara. Haris mengangguk sekilas sebelum memandang sekeliling.

"Lambat lagi ke diorang tu? Kelas kita je yang tak cukup lagi ni." Dia sedikit mengeluh. Aku hanya berdiri di situ sambil turut memandang sekeliling. Manalah tau kot-kot aku ternampak kelibat mereka.

"Ehh... Tu kereta Ian kan?" Tanya Naura dengan nada yang sedikit tinggi. Aku hanya memerhati sebuah kereta yang amat aku kenali dari jauh. Pintu bahagian pemandu terbuka dari dalam lalu tubuh Ian menyapa pandanganku. Aku hanya memerhatinya dari situ.

The Truth Untold Where stories live. Discover now