38

9.3K 636 133
                                    

Esok jangan lupa datang tau... Ni location rumah Hanis.

Dia yang suruh aku ajak kau sekali. Datang eh?

Mesej daripada Ian hanya diberikan bluetick oleh aku. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum aku melepaskan nafas dengan perlahan. Tubuh kurus keding aku dibaring di atas katil. Siling bilik aku itu ditenung lama.

Cuba bagitau aku... Macam mana aku nak pergi majlis pertunangan orang yang aku cintai? Kuat ke aku untuk menghadap semua itu? Ini baru tunang, belum kahwin lagi.

Aku mengalihkan pandangan memandang patung beruang yang bersaiz seperti manusia itu. Masih aku simpan lagi hadiah pemberian Ian kepada aku itu. Macam tau-tau je aku suka patung beruang besar-besar macam ni.

Tubuh aku bergerak mengiring ke arah patung beruang tersebut. Lantas, tangan aku bergerak memeluk erat patung itu. Muka disembam ke badan gebu beruang tersebut.

Aku mengekalkan kedudukan seperti itu buat beberapa minit. Seketika kemudian, aku mula bangun dari pembaringan. Kaki aku melangkah turun dari katil sebelum aku menuju ke almari baju yang terdapat di dalam bilik itu.

Aku menjingkitkan kaki aku untuk mencapai sebuah bagasi bersaiz kecil yang terdapat di atas almari itu. Beberapa helai baju diambil lalu dimasukkan ke dalam bagasi tersebut. Selesai sahaja mengambil semua barang yang aku perlu, aku mengatur langkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah aku bersiap, aku terus menarik bagasi itu keluar dari bilik. Kelibat Naura yang berada di ruang tamu itu menyapa pandanganku.

"Kau nak pergi mana, Aireen?" Soal Naura berserta kerutan halus di dahinya. Aku hanya tersenyum nipis sebelum aku meletakkan bagasi itu di hadapan pintu rumah. Aku kembali melangkah ke arah Naura.

"Aku nak pergi rumah Ibu. Aku tidur sana tau." Kata aku kepada Naura. Punggungku dilabuhkan di salah satu sofa single di situ.

"Kenapa kau bawak baju? Bukan ada baju ke dekat rumah ibu kau tu?"

"Aku pergi tidur sana dalam 5 hari macam tu. So, aku takut baju tak cukup." Naura sekadar mengangguk mendengar jawapan aku itu. Walaupun benda negative sudah mula menerjah kotak fikiran Naura.

"Kau okay kan duduk sorang-sorang ni?" Soalku lalu tersengih. Naura memandang aku sebelum berdecit perlahan.

"Macam lah aku tak pernah duduk rumah ni sorang-sorang sebelum ni. Rileks lah. Bukan ada hantu nak datang cekik aku pun." Balasnya sambil matanya tidak lepas dari melihat drama korea yang sedang bersiaran di kaca TV itu.

"Ye lah. Aku pergi dulu eh? Bye." Aku bangun lalu tubuh Naura dipeluk sekilas. Dia membalas pelukan aku sebelum kami melepaskan pelukan. Aku mula melangkah ke pintu masuk rumah tersebut.

"Bye!" Kataku sebelum aku melangkah keluar dari rumah itu berserta sebuah bagasi kecil dan sling bag yang digantung di bahu. Aku mula melangkah ke arah lift lalu menuju ke basement bawah.

Sampai sahaja di kereta milik aku itu, aku meletakkan bagasi tersebut di seat belakang lalu aku memboloskan diri ke bahagian pemandu. Enjin kereta dihidupkan sebelum aku memulakan pemanduan.

'Bismillah. Lama lagi perjalanan aku nak sampai Penang.'

♡♡♡

"Aunty... Aireen mana?" Soal Ian kepada Puan Meriana. Sempat Ian memandang sekeliling, cuba untuk mencari kelibat perempuan bernama Aireen Nadhirah.

"Dia tak bagitau Ian ke? Aireen tak boleh nak datang harini. Dia sibuk katanya." Aku sekadar mengangguk mendengar balasan daripada ibu kepada Dee itu.

The Truth Untold Where stories live. Discover now