"Auch! Ishh... Perlahan-lahan lah nak ubatkan orang pun!" Marah aku kepada Ian yang sedang mencuci luka di betis aku itu. Wajahnya dijeling sekilas. Sekali lagi aku terjerit kecil akibat sakit yang menyapa betis aku itu.
"Sakit?" Soalnya dengan wajah tidak bersalah. Tangannya yang berbalut dengan glove itu menekan-nekan betis aku yang berwarna kebiruan akibat lebam itu.
"Eii bangangnya soalan! Sakit lah bodoh." Balasku dengan geram. Kan dah kena setepek bodoh kat situ. Dah tau kaki aku sakit, boleh pulak dia tekan-tekan.
"Siapa yang bodoh sekarang ni? Dah bagitau kan jangan panjat, nak menggedik panjat jugak. Ha kan dah kena. Baru padan muka tu!" Katanya lalu kaki aku itu ditekan lagi. Automatik tangan aku bergerak meluku kepalanya.
"Kau tekan sekali lagi, aku bagitau opah." Ugutku kepada Ian. Dia memandang aku sekilas sebelum tangannya bergerak membalut kaki aku yang terseliuh itu.
"Sikit sikit mengadu. Macam budak-budak! Kau kena bersyukur sikit ehh. Aku ni kira baik lah tolong rawat kau. Kalau aku tak ada macam mana? Ha, try la merawat diri sendiri." Bebelnya lalu sekali lagi betis aku ditekan kuat.
"Sakit!" Kata aku separa menjerit lalu aku meluku kepalanya buat kali kedua. Ian berdecit perlahan sebelum dia mula mengemas peralatan yang digunakan olehnya tadi setelah selesai membalut kaki aku itu.
"Dah siap..." Ujar Ian. Aku yang sedang berbaring di sofa itu terus bangun dan duduk dengan elok. Kaki aku digoyang-goyang sedikit. Keluhan kecil terlepas dari mulut aku. Memang padan lah dengan muka aku. Siapa suruh degil lagi kan?
Jam di dinding ruang tamu itu dikerling sekilas. Dah nak masuk pukul 12. Mesti opah dah tidur kan? Aku termenung jam itu seketika sebelum beralih memandang Ian yang sudah melangkah pergi.
Eh? Memang dia nak tinggal aku sorang-sorang dekat sini ke macam mana?
Aku berdecit perlahan sebelum aku cuba untuk berdiri dengan perlahan-lahan. Sakit di bahagian betis kanan aku yang berbalut itu cuba ditahan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum kaki aku melangkah dengan perlahan.
Hampir sahaja aku mahu terjatuh namun sempat aku berpaut dekat dinding yang berdekatan. Nafas dihelah perlahan sebelum aku memandang sekeliling ruang tamu itu.
Sunyi. Automatik mata aku terpandang dapur yang gelap itu. Otak aku turut memberi kerjasama dengan mengulang kembali scene cerita hantu yang pernah aku tengok selama ini.
Kejam otak aku ni! Yang Ian pun satu, pergi tinggalkan aku sorang-sorang pukul 12 macam ni kenapa? Sudahlah hanya satu sahaja lampu di ruang tamu itu terbuka. Yang lain semua tutup sebab nak jimatkan elektrik.
Mata aku dipejam rapat sementara badan aku disandarkan di dinding itu. Kaki kanan diangkat sedikit untuk menghilangkan rasa sakit dan aku hanya berharap kepada kaki kiri aku untuk mengimbangkan badan aku.
Entah kenapa malam ini aku terasa meremang semacam. Astaghfirullahalazim, otak aku ni memang sengaja fikir negative!
Aku mula berasa lebih cuak apabila aku terasa seperti ada deruan nafas yang terkena muka aku. Eh... Tapi hantu boleh bernafas ke?
"Aireen Nadhirah." Automatik mata aku terbuka lalu wajah Ian menyapa pandanganku. Terus aku terjerit kecil akibat terkejut. Hampir-hampir sahaja aku jatuh menyembam lantai namun aku terasa seperti sepasang tangan merangkul pinggang aku.
Aku memandang Ian yang menyambut aku daripada terjatuh itu. Wajahnya ditatap lama begitu juga dengannya. Kaki aku yang sakit itu automatik terasa seperti sudah sihat.
وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...