Rain be pourin'
Sky keep fallin'
Everyday oh na-na-na
(Eh-oh)
Gajyeowa bring the pain, oh yeahAku duduk bersila melihat Hanna yang sedang sibuk menari dance lagu On daripada kumpulan BTS di dalam dance room miliknya. Aunty Izzati tau sangat anak perempuannya ni suka menari, itulah sebabnya dia menyediakan bilik ini khas untuk Hanna mengisi masa lapangnya.
"Ughh... Penat." Kata Hanna sambil dia melangkah ke arah aku. Hanna mencapai botol air miliknya lalu disedut rakus. Dia melabuhkan punggung bersebelahan aku.
"Ian mana?" Soal aku kepada Hanna. Dia memandang aku sekilas. Peluh di dahinya itu dilap oleh Hanna sendiri menggunakan tuala yang tersangkut di lehernya. Ye lah, takkan aku pulak nak lap.
"Abang? Hmm... Dia kata dia pergi dating dengan siapa entah nama perempuan tu. Hanis kot." Aku sekadar mengangguk. Lain macam si Ian ni. Ni dah lebih seminggu dah dia asyik berdating dengan Hanis tu. Macam serious je.
"Kenapa? Kak Reen rindu Abang Ian ehh?" Hanna memandang aku bersama sengihan nakal yang melebar di wajahnya. Aku tergelak kecil melihat tingkah lakunya.
"Dah kenapa pulak Kak Reen nak rindu abang Hanna tu. Buang masa je." Balas aku. Langsung tak nak mengaku perkara sebenar. Suasana sepi seketika sebelum Hanna kembali membuka mulut.
"Esok tengok movie nak?" Hanna memberi cadangan. Macam best je kalau buat movie marathon ni. Sudah lah kitorang bertiga sahaja yang ada di dalam rumah ini.
"Boleh jugak... Kak Reen pun tak tau nak buat apa dah." Balas aku, setuju dengan cadangan Hanna. Ni dah masuk hari ke tiga aku berada di sini dan setiap hari mesti Ian menghilang.
Haritu tu dia pergi dating dengan Hanis. Semalam dia pergi main basketball dengan kawan dia. Harini pulak dia pergi dating lagi dengan si Hanis tu. Esok? Huh, mesti pergi dating lagi.
Kenapa tak tidur je rumah si Hanis tu terus? Eii, geram tau tak? Geram!
"Kak Reen dah kenapa berkerut semacam ni?" Soal Hanna. Dia turut berkerut apabila memandang aku. Aku memandangnya sekilas lalu sebuah gelengan diberi.
"Tak ada apa-apa lah"
"Hmm. Nanti Hanna bagitau Abang Ian yang kita nak buat movie marathon ehh. Nak remind siap-siap jangan keluar. Kalau dia keluar, Hanna cincang badan dia!" Aku hanya tergelak kecil mendengar omelan Hanna. Macam-macam lah perangai budak ni.
Suasana sunyi antara kami berdua. Aku hanya termenung diri aku sendiri di cermin besar berhadapan aku. Wajah aku direnung. Tak cukup lawa ke aku untuk buat Ian notice aku?
Grrr!
Aku memandang Hanna lalu tergelak kecil. Hanna turut memandang aku berserta sengihan di bibirnya. Terlupa terus aku tentang hal tadi.
"Hanna lapar ke?" Aku mendapat sebuah anggukan dari Hanna. Terus aku bangun dari duduk aku. Belum sempat aku melangkah perig, tangan aku dipegang oleh Hanna.
"Kak Reen nak pergi mana?" Dia mendongak memandangku.
"Nak masak lahh... Hanna pergi mandi dulu. Mesti melekitkan satu badan berpeluh macam tu? Nanti dah siap masak, Kak Reen panggil." Kataku lalu aku berjalan menuju ke pintu keluar. Belum sempat aku keluar, Hanna menahan aku buat kali kedua.
"Ehhh... Tapi Kak Reen tetamu. Biar Hanna yang masak lah." Katanya dengan bersemangat. Sebuah gelengan diberikan oleh aku kepadanya.
"No, no, no. Biar Kak Reen yang masak. Hanna pergi mandi. Full stop." Kata aku sebelum aku melangkah keluar dari bilik itu dan turun menuju ke dapur meninggalkan Hanna seorang diri di situ.
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...