Aku melangkah keluar dari kereta grab itu setelah membayar duit. Aku melangkah masuk ke dalam kawasan rumah aku dengan tiada semangat.
Kunci di bawa keluar dari bag aku lalu dibuka pintu rumah menggunakan kunci tersebut. Kasut ditanggalkan dan dibiarkan tidak tersusun.
Langkah aku dibawa naik ke atas menuju ke bilik. Rumah itu sunyi sepi. Mungkin semua dah tidur.
Baru sahaja aku mahu memulas tombol pintu bilik aku, kedengaran bunyi pintu bilik bersebelahan aku terbuka.
"Eh, adik? Awalnya balik..." Aku memandang tubuh Abang Alif yang berada di pintu biliknya itu. Aku tersenyum nipis memandangnya. Nasib baik gelap, kalau tidak mesti dia nampak muka aku yang sudah sedikit sembab itu.
"Adik rasa tak berapa sihat. Err Reen masuk bilik dulu eh? Nak rest." Aku melihat Abang Alif sekadar mengangguk.
"Hmm okay. Goodnight."
"Goodnight." Aku menjawab sepatah itu lalu aku terus masuk ke dalam bilik aku, begitu juga dengan Abang Dani yang turut masuk ke dalam biliknya semula.
Bag yang aku bawa itu dicampak begitu sahaja. Terus kaki aku melangkah menuju ke katil dan aku menghempaskan badan aku ke atas katil itu.
Muka aku disembamkan ke bantal aku lalu aku menangis sepuas-puasnya. Seorang diri tanpa siapa pun tahu.
Begitu juga dengan perasaan aku yang tiada siapa pun tahu. Hanya dipendam kepada diri sendiri.
♡ 1 month later ♡
Tangan aku bergerak mengikat rambut aku yang panjang itu lalu aku menunduk untuk mencapai salah satu baju basah yang terdapat di dalam baldi itu sebelum ianya di sidai di ampaian.
"Oh, woah, oh... In a world where you feel cold... You gotta stay gold, oh baby." Aku meneruskan kerja aku sambil menyanyi lagu Stay Gold daripada kumpulan boy band, BTS itu.
"Hah! How you like that?" Jerit satu kelibat yang lompat di hadapan aku secara mengejut itu. Automatik bahuku terhinjut.
"Argh!" Aku menjerit akibat terkejut lalu hanger baju yang berada di dalam genggaman aku itu dilibas ke arah kelibat yang berada di hadapan aku itu.
"Aduh!" Mata aku yang terpejam itu automatik terbuka secara drastik lalu aku memandang tubuh itu. Tengku Ian Raykarl yang sedang mengusap lengannya itu menyapa pandangan aku. Sah terkena tadi.
"Sakitlah bangang." Setepek bangang dia bagi kepada aku. Dahiku berkerut seketika. Aku yang bangang ke ataupun dia yang bangang?
"Yang kau pergi terkejutkan aku tu dah kenapa? Ha ini baru betul. HOW YOU LIKE THAT! Sedapkan kena libas dengan hanger." Kata aku dengan nada geram. Wajahnya dijeling sekilas.
"By the way... Macam mana kau masuk?" Soal aku lalu aku memandangnya sekilas sebelum aku kembali menyambung kerja aku yang tertunda itu.
"Tadi aku dah bagi salam tapi tak ada siapa pun jawab. Pastu aku nampak bayangan kau tengah sidai baju dekat sini pastu tengok pintu kecik tu tak kunci, so aku masuk je lah." Aku hanya mengangguk memandangnya. Baju terakhir yang disidai itu disepit menggunakan penyepit baju. Tubuh Ian yang sudah melabuhkan punggung di tebing swimming pool yang terdapat berdekatan kawasan ini dipandang.
"Sini lah!" Dia menjerit memanggil aku. Dengan pasrah, aku berjalan ke arahnya. Dia menyuruh aku duduk di sebelahnya dan aku hanya akur. Aku memastikan ada jarak diantara kami berdua. Kaki kami berdua berendam di dalam air itu.
"Kenapa?" Soal aku. Air yang sedikit berkocak itu ditenung. Bayangan aku dan Ian kelihatan di permukaan air itu.
"Saja lah. Sejak malam graduation tu, aku tak jumpa kau pun. Dah sebulan kot. Aku rindu kau nii. Terharu tak?" Katanya sambil tersengih. Aku hanya tersenyum nipis. Rindu? Huh.
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...