04

9.2K 761 70
                                    

"Ala Ian... Aku tengah mereput ni! Bosan laa." Aku sedikit merungut. Handphone yang masih setia di telinga terasa seperti hendak dibaling saja.

"Aku tengah busy lah." Balas Ian. Dahi aku sedikit berkerut mendengar balasannya itu. Busy apa bendanya? Nak kata kerja, tak kerja pun. Nak kata belajar, memang tak lah.

"Kau sibuk buat apa?" Soal aku dengan penuh geram. Hati tolong lah bersabar. Tak, sekarang ni aku pun tak tau kenapa aku rasa geram. Mungkin sebab Ian nak reject ajakkan aku kot?

"Aku tengah jumpa client lah haih." Dahiku bertambah berkerut. Jumpa client? Sejak bila dia ni bekerja pulak. Eii, nak tipu pun agak-agak lah.

"Kau jangan mengada nak menipu aku eh. Kerja pun tak! Jumpa client apa bendanya?"

"Ala kau ni... Pergi la ajak abang Alif keluar. Tak pun Naura ke. Kenapa aku jugak? Time aku sibuk lah kau nak ajak pun." Aku menjeling seorang diri di dalam bilik itu. Kalau tak sudi tu cakap je la.

"Aku tak nak keluar dengan Abang Alif. No fun!" Balas aku sambil bibirku dicebik sekilas. Badan aku terus dihempaskan ke atas katil. Siling bilik itu direnung lama.

"Kalau macam tu, duduk dalam bilik kau tu diam-diam. Tengok Netflix ataupun baca wattpad. Paling senang, kau tidur je. Jangan kacau aku."

"Eiii... Kau memang tak sayang aku kan?" Nada aku sedikit meninggi tanda geram. Tak suka lah kena reject macam ni. Untuk seketika suasana sunyi sepi. Aku tengah cakap sorang-sorang ke tadi?

"Sorry buat you tunggu lama. Jom sayang... Eh, you tengah on call dengan siapa tu?" Suara seorang perempuan telah memecahkan suasana hening yang berlengu sebentar tadi. Tanpa menunggu lama, aku terus menamatkan panggilan antara aku dan Ian itu.

"Eii, perangai... Jumpa client konon. Cakap je lah tengah pergi dating ish!" Aku sedikit merengus sebelum aku menjeling seorang diri buat kali kedua. Phone itu diletakkan di sebelah aku. Muka aku ditekup dengan bantal bercorak kucing itu.

"Haih... Bosan lah!" Jeritanku bergema di seluruh bilik. Huh, anyone tolong bagi idea nak buat apa please...

Aku laju terduduk bersila di atas katil saat sebuah idea terlintas di dalam kotak fikiran aku. Sebuah senyuman sinis muncul di bibirku. Lantas. aku terus turun dari katil dan bersiap. Jom kita buat drama!

♡♡♡

Aku melangkah turun ke bawah dengan perlahan-lahan. Berharap agar tak ada siapa-siapa yang akan nampak penampilan aku hari ini. Kiri kanan depan dan belakang diperhati untuk memastikan tiada siapa yang berada di situ.

Aku dengan gembiranya melangkah menuju ke pintu rumah setelah memastikan tiada siapa pun di situ. Baru sahaja aku hendak membuka pintu, Abang Alif muncul dari ruangan dapur. Seluruh badanku automatik menjadi kaku.

"Eh, adik. Nak pergi mana tu?" Aku dengan teragak-agak memusingkan badanku kebelakang. Belum sempat aku nak menjawab, dia sudah melepaskan tawanya dengan kuat.

"Adik kenapa ni? Buang tebiat ke apa?" Soalnya dengan tawa yang masih tersisa. Aku yang sudah geram itu mula meninggi suara aku sedikit.

"Diam lah! Ish... Adik nak keluar kejap. Bye!" Terus aku keluar dan memboloskan diri ke dalam kereta. Muka di sembam di stereng kereta dengan perasaan malu yang semakin menebal. Malu apabila digelakkan oleh abang sendiri!

Aku terus keluar dari perkarangan rumah dan drive menuju ke shopping mall berdekatan. Setibanya disana, parking yang kosong dicari lalu aku memarkirkan kereta disitu. Engine kereta aku dimatikan lalu aku melangkah keluar dari kereta itu.

Kakiku dibawa melangkah masuk ke dalam shopping mall yang selalu menjadi tempat Ian berdating dengan 'mangsa'nya. Huh, dasar playboy.

Sekeliling kawasan itu dipandang bagi mencari kelibat Tengku Ian Raykarl. Sedaya-upaya aku cuba untuk berjalan dengan normal. Sumpah aku tak suka dengan cara dan penampilan aku sekarang ni. Sebijik macam Diva! Eii, menggelikan.

The Truth Untold Where stories live. Discover now