♡ 1 minggu kemudian ♡
Sesudu mushroom soup yang berada di dalam mangkuk itu disuapkan ke dalam mulut. Sedang aku ralit mengscroll twitter, sebuah notification whatsapp menerjah phone aku.
PakcikTengku <3
Dee~
Yes?
Free tak? 👉👈
Kenapa tanya..?
Teman aku gi mall...
Please~
Berikan 5 alasan munasabah.
Dahi aku berkerut apabila mendapat bluetick daripada Ian. Dah kenapa dia ni? Phone yang berada di dalam genggaman aku itu diletakkan di atas meja sebelum aku kembali menikmati mushroom soup itu.
Suapan aku terhenti apabila phone aku berbunyi menandakan ada panggilan. Screen phone itu dijeling sekilas. Tertera nombor Ian di situ. Laju sahaja aku tangan menekan butang 'answer'.
"Ye, Ian... Kau nak apa?" Soal aku dengan malas. Sesudu lagi mushroom soup disuapkan ke dalam mulutku.
"Teman lah aku. Nanti aku belanja kau. Please..." Pujuk Ian. Aku mencebik sekilas dengan perangainya itu sebelum otak aku berfikir sama ada aku patut pergi atau tidak.
"Kenapa tak ajak Hanis je?" Soal aku dengan nada sinis. Aku menggulingkan mata aku apabila teringat akan perempuan itu. Huh.
"Dia busy lah. Eii jom lah, Dee. Aku ajak kau, bukan dia!"
"Lagipun aku nak bagitau something dekat kau ni..." Sambung Ian lagi. Aku berdecit sebelum bersetuju dengan ajakkannya itu. Kalau tak setuju, mesti dia paksa jugak.
"Ye lah, aku ikut. Pukul berapa?" Soal aku sambil aku melihat jam di phone aku sekilas sebelum phone itu kembali dilekapkan ke telinga.
"Aku on the way dah ni." Balas Ian dengan nada bersahaja. Mulut aku terlopong mendengar kata-katanya itu.
"Bijak sangat lah bagitau sekarang. Bagi aku 10 minit. Bye!" Terus aku menamatkan panggilan itu. Mangkuk berisi mushroom soup yang sudah licin itu dibawa kesingki lalu dibasuh sebelum aku melangkah naik ke atas untuk bersiap.
♡♡♡
Aku dan Ian melangkah menuju ke Secret Recipe yang terletak di tingkat bawah sekali itu. Sebuah meja yang terletak di tepi tingkap kedai itu dipilih menjadi tempat duduk kami berdua. Buku menu yang terdapat di atas meja itu dicapai sebelum aku memilih makanan yang menarik perhatian.
"Lasagne." Kata aku sepatah kepada Ian. Dia hanya mengangguk faham sebelum dia memanggil salah satu pekerja di situ untuk mengambil pesanan.
"Bagi lasagne satu, chicken parmigiana satu dengan oreo milkshake dua." Ujar Ian kepada pelayan itu. Tangannya bergerak menutup buku menu itu sebelum diberikan kepada pelayan tersebut.
"So, apa yang kau nak bagitau aku tu?" Soal aku dengan teruja. Aku menongkat dagu aku menggunakan sebelah tangan. Wajah Ian dipandang dengan senyuman lebar di bibir.
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...