31

8.4K 626 327
                                    

"Assalamualaikum..." Aku melangkah masuk ke dalam rumah Ayah dan Ibu. Suasana di dalam rumah itu sunyi sepi. Kiri kanan depan belakang dipandang untuk mencari kelibat mereka. Aik, mana pergi ibu dengan ayah ni?

"Ibu...? Ayah...?" Aku memanggil mereka. Kaki aku melangkah menuju ke dapur. Mungkin ibu berada di situ.

Sangkaan aku sangat tepat. Saat aku melangkah masuk ke dalam dapur, kelibat ibu yang sedang memotong buah-buahan itu menyapa pandanganku.

"Ibu... Kenapa orang panggil tak jawab." Kata aku dengan nada sedikit merungut. Buat terkejut je! Ingatkan ibu dengan ayah tak ada dekat rumah tadi.

Sekotak cupcake red velvet yang dibawa oleh aku itu diletakkan di atas island table yang terdapat di situ. Aku menuju ke arah ibu lalu tangan aku bergerak memeluk ibu dari belakang. Ibu hanya tersenyum manis memandang aku yang sedang bermanja dengannya itu.

"Sorry, Reen. Ibu ralit sangat potong buah ni sampai tak sedar yang Reen datang. Reen bawak apa tu?" Soalnya lalu kotak yang terisi beberapa cupcake buatan aku itu dipandang.

"Cupcake. Malam semalam Reen terasa bosan so Reen buat cupcake sikit." Aku melepaskan pelukan lalu aku berdiri di sebelah Ibu.

"Sorry datang lambat. Reen terbangun pukul 11 tadi. Malam semalam tertido lambat hehe." Kata aku sambil tersengih. Ibu yang ralit memotong buah itu hanya menggeleng melihat telatah aku itu.

"Tak apa lah. Subuh bangun tak?" Soal ibu perihatin.

"Reen tengah cuti. Hmm, nak Reen tolong apa-apa tak, ibu?" Kata aku lalu tangan aku bergerak membuka salah satu kabinet di situ. Beberapa buah gelas dicapai. Tahu sangat yang ibu masih tak sediakan semua pinggan mangkuk untuk digunakan sebentar lagi.

"Ha, Reen tolong susun pinggan semua ye. Lauk tu pun tolong letak atas meja. Bubuh lapik sekali ye." Aku hanya mengangguk tanda patuh dengan arahan ibu itu. Tanpa melengahkan masa, aku bergerak menyusun semua benda alah itu di atas meja makan.

"By the way... Siapa yang nak datang ni, Ibu? Macam special sangat je tetamu harini." Soal aku dengan sedikit curiga. Langsung ibu tidak memberitahu aku siapa gerangan tetamu itu. Rapat sangat ke sampai aku kena turut ada di sini?

"Eh, Reen tak tahu ke?" Soalan ibu itu membuatkan dahi aku berkerut. Macam mana aku nak tahu kalau ibu tak bagitau aku? Sebuah gelengan diberikan buat ibu.

"Lah... Ian tak ada bagitau Reen apa-apa ke? Ibu ingatkan Ian dah bagitau Reen." Kata-kata ibu itu membuatkan dahi aku bertambah berkerut. Ian? Takkan tetamu itu Ian kot? Tapi, ada logik jugak.

"Ian dengan family dia nak datang. Nak masuk meminang katanya." Sambung ibu lagi. Kata-kata ibu itu membuatkan mulut aku terlopong. Pinggan yang berada di dalam genggaman aku itu diletakkan di atas meja dengan terkejut.

"Ibu biar betul? Jangan main-main, ibu." Kata aku lalu aku melangkah laju menuju ke arah Ibu. Puan Meriana hanya tergelak kecil melihat muka cuak aku itu.

"Ish... Tak ada lah. Ibu gurau je. Ian kan baru sampai dari Ireland tengahari ni. Katanya pukul 12.30. Jadi, ibu ajak lah mereka sekeluarga lunch dekat sini. Tak salah kan?"

"Ye ye. Tak salah. Tapi ibu ni. Jangan lah buat lawak macam tu lagi. Nak terkeluar jantung Reen tadi!" Kata aku dengan wajah mencuka. Walaupun dalam hati hanya aku dan tuhan sahaja yang tahu bertapa gembiranya aku jika benda itu berlaku betul-betul.

"Kalau betul pun apa salahnya kan? Oh ya, ibu baru teringat, Ian ada bagitau yang dia nak bawak someone special. Ibu pun tak tahu siapa. Curious jugak ni." Dahiku aku kembali berkerut. Someone special?

"Rasanya nanti diorang sampai lah tu. Nak pukul 2 dah ni." Aku hanya tersenyum nipis. Jantung aku mula berasa tak tentu hala. Sudah bertahun aku tak bertemu dengan Ian. Masih samakah dia? 

The Truth Untold Where stories live. Discover now