Sepasang kasut Ice Skating itu disarungkan ke kaki aku lalu aku mengikat talinya dengan kemas. Tubuh Ian yang sedang mengikat tali kasutnya di sebelah aku itu dipandang.
Dia turut memandang aku kembali apabila selesai mengikat tali kasutnya. Kening sebelahnya terangkat tatkala memandang aku. Aku hanya sekadar melemparkan sebuah senyuman manis kepada Ian.
"Kau dah kenapa?" Soalnya dengan dahi yang berkerut. Mungkin pelik dengan kelakuan aku ini.
"Thanks..." Ujarku dengan perlahan.
"Thanks sebab sudi keluar dengan aku before kau fly ke Ireland." Sambung aku. Senyuman di bibir langsung tidak hilang.
"Apa pulak nak berterima kasih bagai. Benda biasa je. Dah dah... Jom?" Dia mula bangun dari bangku yang disediakan di situ. Tangannya yang disarung dengan sarung tangan itu dihulurkan ke arah aku.
Lama aku tatap tangannya yang dihulurkan itu. Sebuah senyuman nipis terpamir sebelum aku menyambut hulurannya. Kami mula melangkah masuk ke kawasan ice skating itu.
Terkial-kial aku cuba untuk mengimbangkan diri aku di atas Ice rink itu. Tangan Ian masih dipegang oleh aku dengan erat. Sudah lama aku tak datang sini sampai dah lupa macam mana nak imbangkan diri sendiri.
"Aik? Nak imbangkan diri pun tak reti ke?" Perli Ian disebelah aku itu. Aku menjelingnya geram.
Wajah aku menjadi cuak apabila Ian mula menolak tangan aku dari memegangnya. Belum sempat aku mahu memegang tangannya semula, Ian sudah pergi meninggalkan aku keseorangan di situ.
Dari jauh dia memandang aku dengan sengihannya yang tak lekang dari bibir. Aku mencebik perlahan. Tangan aku cuba ditahan agar tidak bergerak supaya dapat mengimbangkan badan aku.
"Come on, Dee. Kau pro dalam bab skating ni. Setakat nak meluncur dekat aku, tak ada hal lah. Come on!" Dia menjerit dari hujung sana membuatkan kawasan Ice Skating itu dipenuhi dengan suaranya.
Aku memandangnya tajam. Orang ramai di sekeliling yang turut berada di situ sudah memandang Ian dan aku dengan pelik. Wajah aku berbahang malu. Ian ni memang lah. Tak tahu malu!
Perlahan-lahan aku cuba untuk meluncur sedikit demi sedikit. Makin lama aku makin dapat membiasakan diri aku. Aku meluncur ke arah Ian dengan wajah excited. Namun entah dimana silap aku, kaki aku sedikit tergelincir dan menyebabkan aku hampir jatuh menyembah Ice rink itu. Mata aku automatik terpejam akibat takut.
"Got you!" Suara Ian menyapa gegendang telinga aku. Sepasang tangan terasa seperti sedang melilit di bahagian pinggang aku. Dengan pantas, aku mencelikkan mata aku lalu wajah putih bersih milik Ian menyapa pandangan aku.
Tidak mahu membuat drama, aku terus berdiri tegak semula. Sekeliling kawasan itu dipandang. Nasib baik tak ada siapa nampak drama cliche kami itu.
"Jom?" Ian memecahkan kesunyian yang berlengu itu. Aku memandangnya lalu mengangguk sekilas. Tangannya yang disuakan ke arah aku itu dicapai lalu kami mula berluncur di atas ice rink itu.
♡♡♡
Aku meelabuhkan punggung berhadapan Ian di salah satu meja makan di Sushi King itu. Pelbagai jenis sushi yang sedang bergerak itu dipandang dengan penuh berselera. Nafsu aku mula menaik. Dah lama aku tak makan benda alah ni.
"Kenapa tengok je? Ambik lah. Biar aku belanja kau." Ujar Ian yang sedari tadi hanya memerhati gerak-geri aku. Aku memandangnya sebelum tersengih.
"Betul ni? Tak menyesal?" Soal aku untuk kepastian. Dia mengangguk dengan yakin. Huh, harapnya dia tak menyesal sebab aku ni kalau dah makan sushi, memang susah nak stop.
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...