♡ A week later ♡
Berdebar. Hanya tu sahaja yang mampu aku terangkan perasaan aku sekarang. Jantung aku berdegup kencang. Ya Allah! Sumpah aku takut!
Satu persatu langkah disusun menuju ke arah dewan sekolah aku dari tingkatan 1 sehinggalah aku naik tingkatan 5.
Setelah 3 bulan lebih aku tidak belajar dan hanya duduk di rumah bergoyang kaki, hari ini merupakan hari yang paling aku takut.
Yes, SPM's result day!
Ya Allah... Anyone tolong bagi semangat dekat aku! Terasa lemah lutut ni waktu berjalan. Kalau diikutkan hati, nak je aku duduk dekat rumah. Aku sanggup duduk rumah tak ambik keputusan SPM sebab takut!
Apatah lagi kalau Ian dapat straight A's... Mesti dia akan pergi belajar dekat Ireland hmm.
'Menyempat kau fikir pasal Ian, kan Aireen? Dia tak fikirkan kau pun, Aireen. Yang kau membazir ruang otak kau untuk fikirkan dia tu kenapa?' Getus hatiku. Diri sendiri memang suka cari pasal kan.
"Reen okay tak ni?" Soalan Ibu menyentakkan lamunan ku. Terus aku memandang ibu yang berjalan di sebelah aku. Sebuah anggukan diberikan tanda aku okay.
"Reen jangan risau sangat tau... Ayah dengan Ibu tak kesah pun. Apa pun keputusan Aireen, kami akan terima okay? Reen dah usaha yang terbaik, sekarang ni kita mampu bertawakkal je ye." Aku tersenyum nipis mendengar nasihat daripada Ayah yang berada di sebelah kanan aku itu. Rambutku yang dibiarkan lepas diusap perlahan oleh Ibu.
Langkah kami bertiga dibawa masuk ke dalam dewan besar sekolah itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembus perlahan.
♡♡♡
Aku melangkah keluar dari tandas itu. Senyumanku langsung tidak hilang daripada bibir ini. Walaupun aku kekurangan 1A, namun aku bersyukur. 8A dan 1B itu sudah cukup untuk membuat aku berasa bersyukur yang teramat.
Wajahku yang terpantul di cermin tandas itu dipandang lalu rambut aku dibetulkan sedikit sebelum langkahku dibawa keluar dari tandas itu. Aku memandang sekeliling, cuba untuk mencari kelibat Ibu dan ayah.
Namun, mataku terpaku ke arah pasangan yang sedang mengambil gambar berdua. Aku memandang mereka dengan pandangan sepi dari jauh. Ye, aku sedih... Suatu ketika dulu, aku pernah berharap yang aku akan bergambar dengan dia, namun itu hanyalah sebuah harapan yang tak akan menjadi.
Dia sudah ada orang lain... Kenapa dia nak ingat dekat aku pulak kan?
"Kak Reen?" Satu suara telah berjaya membuat aku beralih pandangan daripada melihat pasangan yang sedang bergambar itu. Tubuh Hanna yang sedang melangkah menuju ke arah aku itu menyapa pandanganku.
"Eh, Hanna!" Aku terus menuju ke arahnya.
"Congrats, Kak Reen!" Ujar Hanna lalu tubuhku dipeluk sekilas olehnya. Aku membalas pelukkannya mesra. Pelukkan itu dilepaskan seketika kemudian. Sekeliling kawasan luar dewan itu dipandang sekali lagi, cuba untuk mencari kelibat kedua Ibu bapa aku buat kali kedua.
"Cari Aunty dengan Uncle ke? Tadi Mama dengan Papa cakap nak jumpa dengan Aunty dan Uncle. Abang Ian pulak menghilang secara tiba-tiba. Hmm..." Aku hanya mengangguk. Hmm Ian tu aku dah nampak dah lah dia hilang pergi mana hmm.
"Ehh... Ha, tu diorang!" Hanna menunjuk ke arah 4 tubuh yang sedang berjalan ke arah kami sambil berbual. Aku hanya memandang langkah Ibu, ayah, Uncle Rayyan dan Aunty Izzati itu. Ha, anak lelaki diorang tu mana? Takkan tak nak jumpa aku dah kot. Hmm...
Aku terus bersalaman dengan Aunty Izzati apabila mereka tiba di hadapan kami berdua. Aku hanya tersenyum apabila memandang Uncle Rayyan. Tak apa, nanti kalau aku dah kahwin dengan Ian boleh lah aku salam Uncle.
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...