36

9K 630 247
                                    

Bunyi hentakan kasut tumit tinggi bergema di tempat letak kereta bahagian basement itu. Perempuan berambut panjang itu melajukan langkahnya menuju ke kereta miliknya. Aku masih tidak mengalah dari mengejar langkahnya.

"Hanis... Jangan macam ni." Suara aku menyapa gegendang telinga milik Hanis Atieya. Dia berhenti dari terus melangkah. Langsung dia tidak kalihkan pandangan untuk memandang aku.

"Hanis..."

"You nak apa lagi, Ian?" Hanis bersuara dengan malas. Telinganya menangkap bunyi tapak kaki aku melangkah mendekatinya. Sedaya-upaya Hanis cuba untuk menahan rasa. Wajahnya dikawal agar kelihatan biasa.

"I'm sorry..." Ujar aku yang sudah berada di belakangnya itu. Hanis menggempal tangannya dengan erat, cuba untuk menahan rasa mahu menangis. Dia sayang Ian... Sayang sangat sehingga dia tidak sanggup untuk kehilangan lelaki itu. Namun, Ian yang memilih Aireen berbanding dia. Semestinya dia patut ego jika Ian datang memujuknya semula.

"Sorry untuk apa? You ada buat salah ke dekat I?" Soalnya dengan nada sinis. Dia masih tetap memandang ke hadapan, langsung tak terlintas di fikirannya untuk memandang wajah Ian yang berada di belakangnya itu.

"Sayang..." Aku bersuara dengan nada perlahan. Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum dihembus dengan perlahan. Tubuh Hanis ditarik agar menghadapnya. Kedua-dua belah bahu wanita itu dipegang dengan erat.

"I know... I know yang I tak sepatutnya cakap macam tu dekat you. I'm out of my mind time tu okay? Tak terniat pun dekat hati I untuk cakap macam tu dengan you..." Tangan aku jatuh lalu berlalu ke arah tangan Hanis namun Hanis masih tetap tidak memandang wajahku.

"Hanis... Look at me." Nafas dihelah perlahan. Tak tahu lagi macam mana cara untuk dia memujuk wanita yang dia sayang itu. Tapi betulkah tindakannya memujuk Hanis? Atau dia patut tamatkan saja hubungan dia dengan wanita itu?

"You're the one yang buat benda ni terjadi, Ian..."

"Yes, I know... I know yang semua ni salah I. You tau kan I tak maksudkan pun semua tu?" Sedaya-upaya aku cuba untuk memujuk Hanis. Wajah Hanis direnung lama. Dia mengelah nafas kasar.

"I tau you sayang Aireen more than you sayang I..." Ayatanya dibiarkan tergantung. Hanis menghelah nafas perlahan sebelum menyambung ayatnya yang tergantung itu.

"I tau you suka dia... Kan?" Soalan Hanis berjaya membuatkan aku terkedu di situ. Lidahku kelu untuk menjawab soalan daripada Hanis itu. Perbualan antara aku dan Aireen kembali menerjah kotak fikiran aku.

"Aku sayang kau. Sayang sangat-sangat. Tapi aku tak mampu nak sayang kau lebih daripada seorang kawan, Dee." 

Tipu... Itu semua penipuan semata-mata. Tak mungkin aku mahu beritahunya perkara yang sebenar. Biarlah dia tak ingat perkara yang berlaku di pantai haritu. Itu yang terbaik buat kami berdua kan.

"Apa yang you merepek ni..." Aku tergelak kecil.

"You're the only one yang I love. Okay?" Sambung aku. Sebuah senyuman nipis dilemparkan kepada Hanis. Dia memandang aku dengan wajah tidak percaya.

"Prove it..."

"You know what... Semalaman I fikir pasal benda ni and I kind a penat dengan relationship kita. It's been 5 years since kita couple, Ian. Tak kan nak couple je? Mana janji you yang you cakap nak tunang dengan I after balik Malaysia tu?" Soal Hanis dengan nada tak puas hati. Dia mengalihkan pandangan memandang ke arah lain.

"Next week..." Aku menghelah nafas penat. Penat melayan karenah si Hanis yang mengada itu. Namun disebabkan sayang, dia sanggup melayan karenah perempuan itu.

The Truth Untold Where stories live. Discover now