34

9K 668 287
                                    

Starting chapter ni sumpah cliche, clinge dan hambar. Mohon kecam 😔🖐️

Abaikan typo sksksksksk.
_________________________________

Mata aku terpejam-celik akibat cahaya yang terang itu. Tangan diletakkan di hadapan muka bagi menghalang cahaya itu sampai ke mata aku.

Cahaya itu... Mata aku dapat menangkap sebuah kelibat yang terdapat di cahaya itu. Bentuk badannya menjelaskan bahawa ianya seorang lelaki. Aku cuba untuk memfokuskan mata aku untuk melihat wajahnya.

Semakin lama cahaya itu semakin jauh sehingga ianya sudah tidak lagi menerangi pandangan aku. Langkah aku dibawa mengikut cahaya tersebut.

Semakin aku mendekat, semakin cahaya itu pantas menjauhi aku. Sedikit sahaja lagi aku mahu mencapai kelibat itu, namun entah dimana silapnya, aku terjatuh lalu semuanya gelap.

Cahaya itu sudah hilang! Langsung aku tak nampak apa-apa sekarang ini. Sempat aku menangkap wajah kelibat itu. Otak aku cuba untuk memproses semuanya. Apa maksud disebalik semua ini?

Kenapa aku nampak kelibat Ian di cahaya itu? Dan kenapa... Kenapa bila aku dekat, dia semakin menjauh?

Adakah itu tanda bahawa masa hadapan aku tak akan cerah jika bersama dengannya? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.

♡♡♡

Tengku Ian Raykarl memeluk lutut sambil menikmati angin malam yang menampar lembut mukanya itu. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan dengan perlahan. Otak ralit memikirkan masa hadapannya.

Phone miliknya yang bergetar di dalam pokcet seluar itu telah berjaya memecahkan lamunan. Tangannya diseluk ke dalam pocket sebelum dia menjawab panggilan daripada hospital itu.

"Hello?"

"Doktor Tengku! Doctor sibuk ke sekerang?" Suara nurse yang menyapa gegendang telinga itu kedengaran cemas. Dahi Ian mula berkerut hairan.

"Tak sibuk pun... Kenapa ni? Kenapa awak macam cemas je?" Soalan itu dijawab sebelum dia turut mengajukan soalan. Tangan Ian bergerak membetulkan rambutnya.

"Doktor boleh datang hospital sekarang? Ada emergency ni! Pedakit accident kereta." Nurse itu menjawab dengan suara yang cemas. Automatik Ian terbangun dari duduk.

"Ya Allah... Doktor lain tak ada ke?" Ian mula membuka langkah besar menuju ke kereta. Kunci kereta dibawa keluar dari pocket seluarnya sebelum dia memboloskan diri ke dalam kereta itu.

"Doktor Huda cuti hari ni. Doktor lelaki yang lain semua ada patient jugak. Lagipun pesakit ni perempuan." Dahi Ian bertambah berkerut. Dia paham kalau doktor lain semua ada pesakit tapi kenapa dia kena handlekan pesakit perempuan pulak ni?

"Eh? Kenapa saya yang kena handlekan pesakit perempuan pulak ni." Ian menyoal dengan hairan. Dia mula memandu keluar dari kawasan pantai itu menuju ke hospital.

"Lupa pulak nak bagitau. Dari apa yang saya tahu... Doktor dengan pesakit ni rapat." Bertambah hairan Ian dibuatnya. Rapat? Perempuan? Wajah Aireen dan Hanis mula menyapa pemikirannya. Hanya mereka berdua sahaja yang rapat dengannya.

"Nama pesakit?"

"Aireen Nadhirah." Serta-merta phone yang berada di dalam genggaman Ian itu jatuh ke bawah. Minyak ditekan dengan kuat lalu kereta yang dipandunya itu terus meluncur laju di atas jalan raya.

♡♡♡

Kereta milik Ian itu dibiarkan terletak betul-betul di hadapan pintu masuk utama hospital itu. Muka nurse yang berhubung dengannya tadi menyapa pandangan Ian.

The Truth Untold Where stories live. Discover now