Aku merenung siling bilik aku itu selama beberapa minit. Sudah menjadi tabiat aku pulak untuk tenung siling sampai nak tembus bila dah bosan.
Badan aku yang sedang berbaring itu digerakkan agar duduk bersila di atas katil. Sebuah keluhan malas dilepaskan.
Sepatutnya harini aku ada appointment dengan butik kawan ibu untuk menempah dress pada pukul 2. Ya, dress untuk dipakai pada hari malam majlis graduation itu.
Namun, perasaan malas menyelumbungi diriku. Jam yang tergantung elok di dinding bilik aku dikerling sekilas. Dengan tak rela, aku melangkah turun dari katil lalu menapak keluar dari bilik.
Langkahku dibawa menuju ke bilik Abang Alif dengan malas. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja aku cancelkan appointment itu dan kembali membuka kilang taik mata di atas katil.
Lagi best, kan?
Namun apabila memikirkan tentang hari graduation yang akan diadakan lagi 5 hari itu, membuatkan aku paksa diri aku untuk pergi juga.
Tiba sahaja di hadapan pintu bilik Abang Alif, tangan aku bergerak mengetuk pintu bilik itu.
"Kenapa dan siapa?" Suara Abang Alif kedengaran malas dari dalam bilik itu. Aku berdecit perlahan sebelum tombol pintu itu dipulas dan aku menolak pintu itu ke dalam.
Tubuh Abang Alif yang sedang menghadap komputernya menyapa aku. Mataku bergerak menjelingnya. Tak habis-habis dengan game.
"Pukul 2 ni Reen kena pergi tempah baju dekat butik kawan ibu. Ibu suruh Abang bawak Reen pergi sana." Kata aku dengan malas. Kaki aku melangkah masuk ke dalam bilik Abang Alif itu lalu dengan selambanya aku menghempaskan badanku dibatas katilnya.
"Lah... Abang ada tournament lah pukul 1 nanti. 2 jam baru habis." Balasnya tanpa langsung memandang aku. Aku berdecit perlahan.
"Suruh Ian je lah temankan Aireen." Sambungnya dengan selamba. Aku bangun dari pembaringan lalu memandang Abang Alif sekilas.
"Ye lah, ye lah. Tak habis-habis dengan game. Makan je lah game tu, kan senang!" Aku bergerak keluar dari bilik itu. Pintu biliknya sengaja dibiarkan terbuka. Sempat aku menangkap jeritan dari Abang Alif yang menyuruh aku menutup pintu dengan rapat namun aku hanya mengendahkannya.
Kenapa aku tak ajak ibu dengan ayah? Parents aku tengah outstation sekarang jadi tinggallah aku dan Abang Alif berdua di dalam rumah ini.
Nasib baik dia tengah cuti. Kalau tak, mesti ayah dengan ibu suruh aku duduk dengan Ian lagi. Eii seram!
Teringat akan Ian, terus aku menyelukkan tangan aku ke dalam pocket seluar untuk mengambil phone aku. Phone itu dihidupkan lalu aku menekan icon 'call'. Nombor Ian dicari lalu didail.
Aku menekapkan phone itu rapat ke telingaku sambil melangkah menuju ke bilik semula.
"Ye, Puan Aireen Nadhirah?" Dahiku sedikit berkerut apabila mendengar bunyi piano. Ian tengah main piano ke?
"Sejak bila aku jadi isteri orang? By the way, kau free tak harini?" Soalku, straight to the point. Malas nak berlambat-lambat.
"Hmm... Tak tau lah nak cakap. Kenapa?"
"Aku nak ajak kau teman aku pergi tempah baju..."
"Bye. Aku busy." Serentak dengan itu talian itu ditamatkan. Aku memandang phone yang berada di dalam genggaman aku dengan wajah tidak percaya. Apakah?
♡♡♡
Aku melangkah masuk ke dalam mall itu seorang diri. Mata aku memandang sekeliling kawasan itu. Butik kepunyaan kawan ibu iaitu Puan Rose dicari. Cawangan butik itu baru sahaja dibuka di dalam mall ini dan ini merupakan kali pertama aku datang ke butiknya.
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...