20

8.2K 594 55
                                    

Aku melangkah keluar dari bilik air. Tangan aku ralit mengeringkan rambut panjang aku yang basah itu menggunakan tuala. Leganya dapat mandi panas-panas macam ni!

Jam di dinding rumah opah itu dipandang sekilas. Dah pukul 1.30, lebih baik aku pergi solat zohor siap-siap. Lepas tu boleh makan!

Tombol pintu bilik aku itu dipulas lalu dibuka. Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Namun belum sempat aku menutup pintu itu kembali, satu suara menyapa gegendang telingaku.

"Dee..." Tindakanku yang baru hendak menutup pintu itu automatik terhenti. Pintu itu kembali dibuka dengan luas lalu tubuh Ian menyapa pandanganku.

"Hmm...?" Aku memadangnya yang langsung tidak memandang aku itu.

"Erk... Opah panggil makan tengahari." Dia memandang aku sekilas. Aku hanya mengangguk.

"Hmm kejap eh. Aku nak solat dulu." Balas aku. Dia hanya mengangguk lalu berlalu pergi. Aku memandang sepi langkahnya yang semakin jauh dari pandanganku.

Sebuah keluhan dilepaskan sebelum aku menutup pintu bilik itu dan bersiap sedia untuk solat. Kenapa susah sangat dia nak cakap dengan aku eh sekarang?

♡♡♡

Telekung yang tersarung di tubuh itu dibuang lalu dilipat dengan kemas. Kain telekung yang sudah dilipat itu diletakkan di hujung katil lalu aku melangkah keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Mesti semua orang sudah tunggu aku.

Tiba sahaja di dapur, aku disapa dengan 2 tubuh yang sudah berada di meja makan. Sebuah senyuman dilemparkan buat opah. Ian? Pandang dia pun aku tak nak dah. Menyampah!

Aku melabuhkan punggungku bersebalah opah iaitu berhadapan Ian. Mukanya langsung tak dipandang. Aku terus memandang opah yang berada di sebelah aku itu.

"Atok mana, opah?" Soalku berserta dahi yang berkerut.

"Kejap lagi atok sampai lah tu. Kita tunggu atok sekali ya..." Aku hanya mengangguk sebagai balasan. Lauk yang terhidang di depan mata itu dilihat.

Terhidang semangkuk gulai ikan dan sambal petai udang. Ya Allah, kegemaran aku tu! Terus rasa tak sabar untuk menjamu selera hadir. Sudah lah opah yang masak. Fuhh, mesti sedap ni!

"Assalamualaikum!" Suara garau yang amat aku kenali menyapa gegendang telinga aku. Aku terus bangun dari dudukku dan melangkah ke arah pintu dengah teruja. Atok dah balik!

"Atok sihat?" Soalan itu terpancul keluar dari mulutku apabila kelibat atok kelihatan. Tangan kedut atok dicapai lalu dikucup dengan lembut.

"Alhamdulillah... Masih kuat lagi nak berjalan." Balas atok berserta gelakkan kecil di hujung ayat. Lantas, tubuh atok yang dirindui dipeluk dengan erat olehku. Rinduuu!

"Nad rindu atokk..." Kataku dengan manja. Senyuman langsung tak lekang dari bibir aku.

"Ye ye... Atok pun rindu Nad. Dah berbulan tak balik. Ingatkan tak ingat atok dah." Kata atok dengan nada bergurau. Pelukkan dilepaskan lalu rambut aku diusap lembut oleh atok.

Aku memang rapat dengan atok dan opah. Sebabnya, semasa aku kecik dulu, ibu dan ayah selalu tinggalkan aku dekat atok dan opah kalau diorang pergi outstation... Dan sebab itu juga lah aku cepat rindu mereka.

"Sudah-sudah lah tu berdrama depan pintu. Mari lah makan. Opah lapar nii..." Ujar opah dari meja makan. Aku tersengih seketika sebelum aku mencapai tangan atok dan menarik atok ke meja makan.

Sampai sahaja di sana, atok melabuhkan punggung di sebelah Ian dan berhadapan opah manakala aku kembali ke tempat duduk aku tadi.

Mangkuk yang berisi nasi putih itu dicapai oleh aku lalu aku menghidangkan nasi kepada opah, atok dan Ian.

The Truth Untold Where stories live. Discover now