Keluhan berat dilepaskan oleh Aireen Nadhirah. Keliru. Sungguh dia keliru sekarang ini. Patutkah dia pergi balik kampung? Sempat lagi kalau dia mahu cancel dengan Ian malam ni.
Perasaan rindu terhadap opah dan atoknya tak dapat dibendung lagi namun kalau dia setuju untuk pergi, dia akan pergi dengan Ian. Bukankah itu satu keputusan yang boleh membawa maut?
Sudahlah hanya kami berdua. Tambahan pula, perjalanan dari rumah aku ke kampung opah dan atok mengambil masa selama 4 jam. Mulanya memang aku dah berniat nak ajak Hanna tapi dia sekolah pulak. Haih...
Bagasi sederhana besar yang masih lagi kosong itu dipandang silih berganti dengan pakaian yang masih elok berada di dalam almarinya. Sekali lagi, keluhan berat dilepaskan sebelum dia mengambil beberapa helai pakaiannya dengan berhati-hati agar lipatan itu tidak terbuka.
Dia menyusun beberapa helai pakaian di dalam bagasi itu dengan pasrah. Tak kesah lah pergi dengan Ian sekalipun. Dia tetap nak balik kampung berjumpa dengan opah dan atoknya!
Selesai sahaja mengemas baju untuk esok, aku terus menghempaskan badanku ke atas katil. Siling bilik aku ditenung namun lamunanku terhenti apabila ringtone phone aku berbunyi menandakan ada panggilan.
Tangan aku laju mencapai phone aku yang berada di meja kecil sebelah katil itu. Dahiku berkerut melihat nama pemanggil yang muncul di screen phone aku itu. Tanpa membuang masa, jari aku menekan butang 'answer'.
"Esok aku ambik kau pukul 7. Jangan lambat." Tak sempat aku bersuara, Ian sudah bersuara lalu dia menamatkan panggilan. Dingin. Hanya perkataan itu yang boleh menerangkan cara dia bersuara.
Phone yang melekap di telinga itu dibawa ke hadapan muka aku. Screen phone yang sudah gelap itu dipandang dengan wajah yang sukar ditafsir.
Sudah lama dia dan aku tidak membuat panggilan. Kira-kira sebulan. Huh, buat apa dia nak call aku kalau dia dah boleh bergayut dengan Hanis kan?
Tak mengapa, aku masih sedar diri aku. Aku bukan sesiapa buat Ian. Hanya sekadar patung yang tiada perasaan. Bila nak je cari aku.
Tanpa aku sedar, setitis air mataku jatuh mengalir ke pipi. Perasaan itu datang kembali. Perasaan sakit yang cuba aku jauhi. Sakit kerana mencintai seorang lelaki yang tidak akan menjadi milik aku.
Sakit yang hanya aku dan Tuhan sahaja yang mengetahui.
♡♡♡
Bedak ditempek sedikit ke muka aku. Mataku yang sedikit sembab membuatkan aku merungut kecil. Tu la kau, Aireen... Bersendu tak ingat diri! Sudahlah nanti nak menghadap Ian selama 4 jam di dalam kereta. Haih...
Sedaya-upaya aku cuba untuk menghilangkan sembab di mataku itu. Selesai sahaja, aku mencapai lip balm lalu dicalit sedikit ke bibir. Aku tersenyum puas memandang pantulan diri aku di cermin itu.
Bagasi aku yang sudah disiapkan malam semalam ditarik lalu dibawa menuruni tangga dengan berhati-hati. Tiba sahaja di bawah, aku meletakkan bagasi itu di tepi pintu lalu aku menuju ke arah Ibu yang berada di dapur.
"Ibuu... Masak ape tu?" Soalku lalu aku menjenggukkan kepala aku sedikit untuk melihat isi di dalam periuk itu. Ibu memandang aku sekilas lalu tersenyum.
"Mushroom soup je. Harini breakfast ringan-ringan hehe." Aku mengangguk sekilas dengan wajah teruja. Mushroom soup favourite aku tu!
"Nanti Ian sampai, ajak dia breakfast dulu ye." Ujar Ibu. Aku tidak membalas. Nak ajak dia makan sekali? Hmm, macam tak patut je.
"Erkk... Tak payah kot, Ibu. Macam dah lambat je." Balas aku dengan teragak-agak. Aku menuju ke arah salah satu kabinet untuk mengambil teko.
"Lambat apanya? Baru pukul 6.50, Aireen..." Aku tersengih. Memang masih awal tapi macam pelik pulak kalau aku yang ajak Ian breakfast. Lainlah kalau Ibu sendiri yang jemput Ian. Hmm...
YOU ARE READING
The Truth Untold
Romance[Winner of Wattys 2020 in Romance] :: Completed ✓ :: Sad Romance | TeenFiciton Sakit. Sakit yang Aireen rasakan hanya dipendam kepada diri sendiri. Sakit akibat bertepuk sebelah tangan dengan seseorang yang tidak patut dia sukai. Langsung tiada siap...