33

8.6K 643 178
                                    

First time author rasa nervous nak publish chapter baru sksksksk.

Serious talk... Author rasa author ni boleh geng dengan Ian. Suka bagi fake hope pastu mainkan perasaan readers sksksksksk.

Jangan maqoh ') Nk jujur sikit, actually Laura dh buat dh chapter last, so semestinya author tau ending dia mcm mana MUAHHAAAHHA..

Eii kejam. ><

_______________________________

"Kita datang balik dekat sini..." Kata Ian apabila kaki kami menjejak ke atas pasir di pantai itu. Angin malam mula menampar lembut wajahku.

"So... Kau nak bagitau apa dekat aku ni?" Soalku lalu aku melabuhkan punggung di atas pasir itu. Sebelum itu, aku menarik baju aku sedikit ke atas agar tidak terkena pasir itu.

"Kau pun cakap yang kau nak bagitau something kan?" Soalnya. Aku mengangguk sekilas. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Betul ke keputusan aku sekarang ni?

"Tapi aku nak kau janji yang friendship kita tak akan terputus. Boleh?" Wajahnya dipandang. Dia turut memandang aku sebelum kepala aku diusap lembut.

"Ofcourse. Kau pun kena janji dengan aku benda yang sama. Boleh?" Aku mengangguk lalu sebuah senyuman dilemparkan untuk Ian.

Phone aku yang berada di dalam sling bag aku itu dicapai lalu aku mengambil airpods aku. Bluetooth dihidupkan sebelum aku mengpairkan airpods itu ke phone aku.

Aplikasi spotify dibuka lalu aku memilih sebuah lagu yang mempunyai maksud isi hati aku. Airpods itu diberikan kepada Ian. Dia memandang aku dengan dahi yang berkerut.

"Nah... Aku tak sanggup nak bagitau kau sendiri. Aku nak kau dengar ni. Dan cerna baik-baik maksud lagu ni." Kata aku dengan sedikit gugup. Dia mengambil airpods itu dari tangan aku sebelum sebelah lagi tangannya bergerak menyeluk pocket seluarnya. Phone milik Ian itu dikeluarkan.

"Aku pun nak buat benda sama. Kalau macam tu. Kau dengar sekali lah sambil aku dengar kau punya. Okay?" Aku hanya mengangguk sekilas. Dia turut melakukan benda yang sama sebelum airpodsnya bertukar tangan ke aku.

Airpods itu dicucuk ke telinga sebelum aku dan Ian dengan serentak menekan butang play. Musik lagu itu mula bermain.

'Eh? Kenapa macam sama dengan lagu aku tu.' Getus hatiku perlahan. Dahiku mula berkerut seribu. Tak mungkin lagu yang sama.

Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdir-Nya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,Tanpa berkata atau berpandang mata.

Aku cuba menjeling sedikit ke arah Ian. Dahinya juga sedikit berkerut namun dia hanya diam. Ya, lagu ini merupakan lagu yang aku mahu Ian dengar. Tidak sangka dia juga mahu aku dengar lagu yang sama.

Mungkin aku mencintaimu,

Walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu,Tanpa lelah atau pun jemu.

The Truth Untold Where stories live. Discover now