Prologue

4.9K 113 27
                                    

Warning!
Scene ff ni mungkin sesetengah dari korang dah baca dalam ff TEF. Ff ni remake dari cite teacherxstudent au dan juga dari karakter asal iaitu FrostGem. Bahkan akan ada scene yang bakal ditambah. Tu aje, enjoy your read! 💕

*****

Buk!

Seorang remaja lelaki mencampak beg sekolahnya sejurus memanjat tembok yang tidak jauh dari pondok Guard.

Dia memanjangkan leher untuk melihat keadaan kawasan itu. Senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Hehehe, line clear! Minta-mintak lah cikgu cikgi botak tu tak ada merayap kat depan sana. Kalau tak mampus aku kena basuh tandas."

Mulutnya mengomel kecil, dengan gerakan lincah dia melompat dan mendarat dengan selamat di atas tanah. Begnya yang terdampar di atas tanah, dia capai lalu di tepuk sejenak sekadar mahu menghilangkan debu yang melekat. Dia kembali mengalas beg Adidasnya ke tubuh.

Dia berjalan lincah namun hati-hati, takut tertangkap dengan cikgu-cikgu yang berjaga di pagar utama sekolah.

"Hohoho...fuh! Sampai juga akhirnya." desisnya seraya membetulkan rambutnya yang berserabai sudah serupa sarang tebuan sahaja kalau sekali pandang.

Dia berjalan santai menuju ke kelasnya. Suasana agak sepi kerana sesi belajar sudah di jalankan 5 minit yang lalu.

Setiba dikelas, dia sempat mengintai di tingkap kelas. Di dalam sana, sudah terdapat seorang Guru yang dia gelar sebagai Penguin.

"Ehleh! Cikgu penguin rupanya, masuk kat belakanglah."

Dia bergerak ke pintu belakang, pintu kelas dibuka dan di tutup perlahan. Dia merangkak masuk, sesekali dia akan mengintai di balik meja rakannya yang duduk di barisan belakang.

Dia bergerak maju menuju ke meja belajarnya. Dia meletak jari telunjuk pada bibirnya bila rakan sekelasnya perasan akan dirinya.

"Naughty Bunn a.k.a Gempa bin Amato bin bla bla, saya tau kamu baru datang. Masuk guna pintu belakang ya?"

Remaja itu, yang diberi nama Gempa atau kerap di panggil Naughty Bunn terus berdiri tegak.

"Hai cikgu Penguin ni, cikgu ada mata kat belakang ke? Daebak ah!"

Cikgu Penguin itu, ehem Gempa yang gelar dan hanya dia yang berani tempah kerandang mayat dulu. Eh tiber!

Dia berbalik dari menghadap papan putih. Maker pen yang digunakan untuk menulis di papan putih ditutup dan benda itu di baling pada Gempa. Tepat mengenai dahi mulus Gempa.

"Meoww."

"Lol.."

Semua pelajar kelas 5 Indah tapi tak seindah perangai menyetan mereka. Lol. Mereka semua ketawa terbahak-bahak bila dengar suara mengaduh nakal dari budak bernama Gempa itu. Orang bila sakit bilang 'aduh' tapi dia boleh pula buat suara aduh meow. Lol.

Gempa mengusap dahinya yang sudah timbul benjol dan mula memerah.

"Panggil saya penguin lagi siap kamu!"

"Yeye, cikgu penguin."

"Budak ni! Pergi basuh tandas sampai jam belajar saya habis! Pergi!"

Bruk!

Semua mata tertuju pada Gempa yang sudah 'pengsan' dengan mulut berbuih. Jangan risau tu bukanlah buih real melainkan buih air soda yang entah bila dia goncang air tin soda dan sapu buih itu pada mulutnya. Tin soda terlihat bergolek di lantai kelas.

Cikgu pengu- Janglott mengepal tangan sambil menghela nafas berat. Lali sudah dengan perangai 'luar biasa' si Naughty Bunn tu.

"Ko sabor jap, aku call bapak ko!" Omelnya.

"Hello encik Amato, anak encik.."

"Tidak! Demi Penguin gunung everest kembar jenglot aku sanggup!"

Gempa secara automatik bangun dan melesap keluar kelas, tidak menyedari yang dirinya telah ditipu dan wajah cikgu Janglott sudah memerah menahan amarah.

"Fuhh! Sabar. Orang banyak iman harus banyak sabar. Fuh!"

Semua pelajar kelas 5 Indah itu, menahan tawa melihat wajah kelat seperti buah mempelam cikgu Janglott.







Yay or nahh??

Ada yang miss dengan FrostGem? Lol.

Amacam? Nak aku sambung ke tak?

Ff ni, seperti yang aku cakap kat 👆🏻.  Scene yang korang pernah dan tidak pernah baca dalam book TEF. Aku sudah ubahsuai sedikit demi sedikit jalan citernya. So, korang berminat nak baca kenakalan Gemmy bersama cikgu Frosty again? Lol.

K chau!! *Lesap*

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now