Part 25

957 77 20
                                    

"Kau dengan cikgu Frosty gaduh ke?"

Taufan buka kaunter pertanyaan. Dia dan Thorn menatap Gempa yang sedang mengunyah kerepok dengan wajah tiada perasaannya itu.

"Hm, lebih kurang." itu sahaja yang dibalas Gempa. Namun, hal itu tidak dapat memuaskan hati kedua kawannya.

"Ishh kau ni, beritahu lah kitorang sebab kenapa kau dengan cikgu Frosty gaduh. Kita ni kan TTG. Hidup Trio Terung Goyang, tak boleh berahsia! Kau jangan nak mungkir janji pula eh?"

"Aku nak mungkir untuk harini aje."

Taufan dan Thorn menepuk dahi dengan jawapan balas daripada Gempa. Mereka berdua menunjal dahi Gempa kasar, membuatkan Gempa merengus sebal.

"Sengal lah korang ni, apa? Fine aku beritahu korang. Sebenarnya..."

Gempa mula buka cerita, sebab muhasabah kenapa dia layan Frostfire dengan dingin sekali. Walaupun sakit bila dikenang semula, tapi demi kedua kawannya dia sanggupkan saja.

"Oh macam tu. Aku tak sangka yang cikgu Anis akan berkelakuan begitu. Rupanya ada ubi berisi." kata Taufan, dahinya mengerut seolah memikirkan masalah negara sahaja lagaknya.

"Ubi bukan ke memang berisi?" Thorn dan Gempa berkata serentak dengan raut wajah polos.

Taufan pasang wajah datar, lupa yang kedua kawannya ini sedikit bengap orangnya. Sabar sahaja lah.

"Abaikan. Dahlah jom makan, masa rehat dah nak habis ni. Kejap lagi exam  Sains, hueee... Dahlah Sains susah, aku paling benci Sains."

Gempa dan Thorn berpandangan, mereka berdua tergelak atas penderitaan Taufan.

"Dah! Tak payah nak sedih bagai. Jom makan."

"Hm yelah."

Tiga sekawan itu makan dengan begitu berselera, sesekali mereka akan bercanda kata. Mereka bertiga menikmati masa rehat, tanpa diganggu oleh alien-alien yang suka cari pasal dengan mereka.

•••••

Kring!!

Bunyi loceng bergema, menandakan sesi persekolahan sudah tamat. Semua para pelajar di sekolah itu, mula berhamburan pulang.

"Jumpa esok korang!"

"Ya bubye!!"

Tiga sekawan itu berpisah haluan masing-masing, sebaik sahaja berada di luar pagar sekolah.

"Hm, sebelum balik. Aku nak singgah pasaraya kejap, huhuhu Rexona aku dah nak habis." rungut Gempa, dia mengenggam tali beg sekolah seraya melangkahkan kaki.

Baru sahaja beberapa langkah, lengannya direntap kuat dari arah belakang membuatkan tubuh Gempa berpusing dengan tarikan itu. Dia terkejut, hampir sahaja carutan kesat mahu keluar dari mulutnya jikalau tidak suara yang dia kenal dan bau wangian itu amat familiar untuknya. Frostfire.

Gempa diam, wajahnya dipalingkan ke arah lain. Tidak mahu bertatap muka dengan guru muda itu.

"Gempa.."

Senyap.

Helaan nafas berat terhembus. Frostfire melepaskan genggamannya pada lengan Gempa.

"Ikut saya." tanpa menunggu balasan Gempa, Frostfire kembali menarik tangan Gempa. Dia membawa Gempa menuju ke keretanya yang terparkir beberapa langkah dari tempat mereka berada.

"Masuk." arah Frostfire. Namun Gempa, mengeraskan tubuh dari masuk ke dalam kereta.

Frostfire yang hilang sabar, terus ditolaknya Gempa masuk ke dalam keretanya walaupun remaja itu sempat memberontak. Dengan kasar dia menutup pintu kereta, lantas dia bergerak ke bahagian kanan. Tempat memandu.

"Cikgu nak bawa saya ke mana ha?!"

"Cikgu nak culik kamu."

"Dehek?!"













Tbc...

Hahahambar.. Sorry kuikuikui...

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now