Part 3

1.6K 89 9
                                    

Siulan demi siulan mengalun dibibir Gempa. Dia mengusap rambutnya sehingga menjadi serabai. Anak matanya mengedar di koridor sekolah yang sedikit sepi itu.

"Oh!" mulut Gempa membulat kecil tatkala anak matanya menangkap kelibat guru barunya. Senyuman nakal bermain dibibir.

Dia memandang Frostfire yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon, wajah lelaki itu serius sahaja sesekali ada juga gelak tawa yang keluar. Lelaki itu berjalan bertentangan dengannya, anak mata mereka sempat bertaut untuk seketika sebelum Frostfire melarikan pandangan mata ke arah lain dengan gelak kecil.

"Dengan siapa dia bercakap tu? Siap gelak bagai, naik menyampah pula aku tengok." gumam Gempa sebal.

Gempa melompat kecil seraya berlari anak mendekati Frostfire, dia mendepakan tangannya agak dapat menghalangi langkah kaki gurunya itu.

"Op! Op! Sila berhenti, lampu merah di hadapan. Lalu lintas harus ditutup buat seketika." kata Gempa dengan kepalanya didongak kecil untuk memandang Frostfire yang sedikit tinggi daripadanya.

Frostfire berhenti melangkah. Dia memandang Gempa yang sengaja menghalangi langkahnya, dia mematikan telefon bimbitnya selepas selesai bercakap dan telefonnya di masukkan kedalam poket.

"Awak dah kenapa? Tak ada kerja lain nak halang lalu lintas orang budak trafik?" perli Frostfire, dia memeluk tubuh.

"Sengaja? Tak boleh?"

"Sudah. Awak pergi masuk kelas sana, cikgu ada kerja nak dibuat ni." kata Frostfire sejurus melangkah kakinya untuk pergi tapi dihalang oleh Gempa.

"Apa Gempa? Kita baru aje jumpa tak sampai separuh hari, awak dah tunjuk perangai nakal awak tu? Dah, saya tengah sibuk ni! Tepi, cikgu nak lalu." suara Frostfire mula kedengaran tegas.

Gempa mencebik, dia masih mendepakan tangannya di hadapan guru muda itu.

"Nak lalu boleh, tapi kena passcard dulu." kata Gempa.

Frostfire hela nafas. "Passcard apa pula ni? Awak ni macam-macam lah, tepi!"

"Tak boleh! Kena passcard dulu!" bentak Gempa sambil menghentak kakinya kesal.

"Fine! Nak passcard kat mana ni?" soal Frostfire, pasrah melayan karenah budak nakal di depannya ini.

Gempa tersenyum ceria. Dia menepuk dadanya lalu berkata.

"Kat sini!" Gempa menunjuk dada kirinya.

Kening Frostfire terangkat kecil.

"Apasal pula kat situ?" soal Frostfire hairan.

"Alah, kalau cikgu passcard hati saya ni nanti cikgu boleh masuk ke tempat yang teristimewa kat dalam sini!" kata Gempa sambil menepuk-nepuk dada kirinya dengan senyum polos.

Frostfire yang mendengarkan itu, tergelak kecil.

"Pulak? Kalau saya passcard hati awak pun, saya tak akan masuk juga."

"Kenapa pula?" protes Gempa.

"Cause you're not my style."

"Cause you're not my style?" Gempa mengajukan ayat Frostfire. Mulutnya dicebik-cebik seolah mengejek ayat Frostfire barusan.

"Habistu, cikgu ingat cikgu tu you're my style lah? Hell no! Pergi matilah, cikgu tau tak cikgu tengah cakap dengan siapa ni?"

Gempa bercekak pinggang, merenung Frostfire tajam namun terjatuh kepada comel bila pipinya yang tembam itu dikembungkan.

"Siapa?" soal Frostfire acuh, anak matanya sibuk menelaah wajah anak muridnya itu.

"Saya ni bakal seme cikgu tau, so uke kena hormatlah." kata Gempa angkuh. Keningnya dijongket tinggi.

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now