Part 24

916 76 7
                                    

Sudah beberapa hari, Gempa melancarkan perang dingin dengan Frostfire. Apabila si cikgu muda itu mahu mendekatinya, dia akan segera mengelakkan diri ataupun ponteng kelas Frostfire.

Tapi harini, si budak nakal itu tidak pula ponteng kelas. Entah kerana apa, tapi Frostfire cukup bersyukur akan hal itu. Sebab dia rindu nak tatap wajah remaja nakal itu, susah betul mahu bersua muka dengan Gempa sekarang walaupun mereka berada di tempat yang sama. Macam mana nak bersua muka, kalau nampak saja muka dia terus si budak nakal itu mengelak daripadanya.

"Hmmm.."

Helaan nafas terhembus di belah bibir Frostfire. Dia tatap satu-persatu anak didiknya yang sedang mengerjakan tugas soalan exam percubaan yang diedarkan seketika tadi. Sepi dan sunyi sahaja suasana kelas 5 Indah itu, hanya kedengaran suara kipas siling yang menghiasi suasana.

Fokus betul mereka menjawab soalan.

Anak mata Frostfire jatuh pada Gempa yang duduk di meja paling belakang. Serius sahaja wajah budak itu menjawab soalan.

"Okey, masa menjawab tinggal lagi 2 minit. Siapa yang dah siap menjawab, boleh keluar rehat." Kata Frostfire memecahkan keheningan suasana kelas itu.

Suara-suara daripada pelajar 5 Indah mula kedengaran. Bising seketika.

"Kau dah siap Gem?" duo T iaitu Taufan dan Thorn, bertanya pada Gempa apabila melihat kawan mereka itu mula menutup kertas soalan.

"Yup!"

Gempa mengemas peralatan belajarnya dan disimpan ke dalam beg sekolah. Kertas soalan Pendidikan Jasmani disusun atur dengan cermat lalu dia bingkas bangun dan berjalan menuju ke meja guru.

Dengan wajah datar, dia meletak kertas soalan objektif Jasmani itu di atas meja guru. Dia perasan akan pandangan mata Frostfire padanya, namun dia buat bodoh sahaja dan terus mengangkat kaki untuk keluar dari kelas.

Akan tetapi, Frostfire mencegahnya dengan memegang lengan kirinya. Nasib baik perbuatannya yang spontan itu tidak terlihat oleh para pelajar kelas 5 Indah itu.

"Gempa tunggu." panggil Frostfire dengan nada yang lembut dan kedengaran agak memaksa. Gempa merengus. Dia berbalik, wajah guru muda itu ditatap tajam. Lengannya yang dipegang oleh Frostfire, direntap kasar.

"Cikgu ingat saya ada masa nak tunggu? Saya lapar, blah ah! Semak aje." kata Gempa dengan nada suara sedikit kasar dan biadab.

Jelingan tajam dilemparkan pada Frostfire sebelum dia menonong keluar dari kelas. Sakit pula hatinya bila terpandang wajah itu, mulalah kelibat bayang kejadian beberapa hari yang lalu bermain di ruangan matanya.

Frostfire mengetap bibir. Anak rambutnya yang menutupi dahi, disebak ke belakang. Tanpa dia sedar, Taufan dan Thorn sedari tadi memerhatikan mereka berdua.

Dahi duo T itu berkerut, mereka berdua berpandangan.

"Kenapa dengan mereka? Gaduh ke?" Bisik Thorn. Taufan menjongket bahu.

"Mungkin. Nanti kita tanya Gemgem." Balas Taufan.

Thorn mengganguk setuju.

"Sure."

















Tbc....

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now