Part 1

2.6K 97 16
                                    

"Aku dengar esok akan ada guru baru masuk."

"Yeke? Laki ke pompuan?"

"Ya tu aku tak pasti."

Terlihat tiga sekawan melepak di bawah pokok mempelam yang ada di tepi padang sekolah sambil menikmati waktu rehat mereka dengan berbual dan makan.

"Kau Gem, asal kau datang lambat pagi tadi?" soal Taufan pada rakan senakalnya. Gempa. Mulutnya sibuk mengunyah sosej bakar dengan burger.

"Oh, aku layan movie semalaman. Pukul 3 baru tido. Tu sebab lambat tadi." jawabnya.

Taufan dan Thorn mengangguk kepala faham.

"Gem, pagi tadi kan aku nampak senior Kaizo datang sekolah dengan Yaya si ketua pengawas tu. Aku rasa diorang ada hubungan lah."

Duo T itu, menoleh pada Gempa sekadar mahu melihat respon lelaki itu. Iyala, Gempa kan fans serta crush pada Senior mereka yang bernama Kaizo. Abang kepada Fang.

Gempa diam buat sesaat, pandangan kedua kawannya dibalas datar.

"Kenapa tengok aku macam tu? Aku terlebih cantik eh?"

Duo T berpandangan lalu menghamburkan ketawa keras sampaikan tersedak makanan yang berada dalam mulut. Tidak senonoh punya perangai.

Gempa mencebik sambil melibas rambut pendeknya ke belakang. Ala diva.

"Perasan gila, kau ingat kau pompuan?Tapi an, kau kan crush dengan dia. Kau tak sakit hati ke tengok dia dengan orang lain?" Kini Thorn buka suara.

"Tak. Aku minat dia sekadar kagum aje. Tak lebih. Ingat tau, minat dan cinta tu berbeza. Aku tak rasa apa-apa pun kat dia, lantak dia lah. Life dia, tu pilihan dia. Mungkin dia bukan jodoh aku. Hmmm, entah kenapa. Aku rasa, tak lama lagi aku akan jumpa daddy aku. Mesti jodoh aku ni orang yang hot kan? Lol."

Gempa ketawa miang. Taufan dan Thorn sudah buat muka toya dengan ayat Gempa itu.

"Baguslah kalau kau memang hanya meminati dia. Aku takut kau sakit hati aje. Kau pun tau kan, aku tak suka tengok di antara kita sakit hati atau pun bersedih. Korang sedih, aku turut sedih tau. Kita kan TTG!"

"Ya! Hidup Trio Terung Goyang! Ayo kita goyangkan badan!"

Mereka bertiga ketawa sambil menggoyangkan tubuh mereka ke kiri dan ke kanan. Pak Guard yang kebetulan lalu di situ sambil membawa seorang lelaki muda yang berumur sekitar 20an, hanya mampu menggeleng kepala sahaja melihat telatah tiga pelajar itu. Manakala lelaki muda di sebelahnya, hanya tersenyum lucu.

"Abaikan mereka. Diorang memang macam tu." omel si pakcik guard.

"Ehem, ya." sahut lelaki muda itu.

"Kamu terus aje berjalan ke sana, nanti kamu akan jumpa pejabat. Kamu memang ke sini nak interview eh?" soalnya pula.

"Ya, boleh dikata macam tu. Saya cuma cikgu praktikal saja. Kebetulan pula saya kena di sekolah ni." jawab si dia.

"Oh, cikgu praktikal."

Lelaki itu hanya tersenyum. Dia mengerling pada tiga sekawan itu, mereka masih bergurau senda. Anak matanya jatuh pada seorang remaja lelaki yang menarik perhatiannya.

"Hmmm.."










Tbc...

Amacam okey x? Ke x okey? Lol 😂

Voment pleaseu! Lol..

K bye!

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now