Epilogue

1.4K 76 24
                                    

Beberapa tahun kemudian...

"Argh!!! Ampun nenek!!"

"Sini kamu! Dasar cucu derhaka!"

Flint melarikan diri daripada ditangkap oleh Ice yang mengejarnya. Sudah lah si neneknya itu membawa rotan buluh. Gerun bila dibayang jikalau punggungnya disebat dengan rotan buluh itu. Mahunya dia tak ada punggung nanti huhuhu..

Aksi kejar mengejar terjadi di antara mereka berdua. Ice walaupun dah tua tapi masih bertenaga. Bila di tanya, lelaki itu makan apa nampak begitu aktif. Katanya minum kacip Fatimah. Tiber..

Blaze dan Gempa yang duduk di beranda rumah, hanya mampu menggeleng kepala.

"Mereka berdua kenapa Gem?" soal Blaze.

Gempa menoleh sekilas pada mertuanya.

"Emm, tu si Flint dia pergi kacau mommy tadi masa mommy duduk dalam tandas. Dia main tutup dan buka lampu."

Blaze sudah ketawa mendengar penjelasan daripada Gempa. Nakal betul lah cucunya itu. Macam mak bapa dia juga.

"Frostfire bila balik dari outstation?"

Mereka berdua bersembang, sambil memandang aksi kejar mengejar di antara nenek dan cucu itu.

"Maybe esok dia balik dari London. Kenapa daddy?"

"Tak ada apa saja tanya. Hm, kamu happy ke dengan anak mesum daddy tu?"

Gempa senyum mendengarkan itu. Kepalanya diangguk.

"Yup. Walaupun agak mesum macam daddy, tapi Gem terima dia seadanya. Gem sayang dia sesangat."

Blaze hanya tersenyum sumbing apabila diperli oleh Gempa. Ya, dia mengaku yang sifat Frostfire itu memang sebiji dengannya. Mesum tapi kena dengan tempat juga eh!

"Baguslah kamu happy dengan dia. Kalau dia ada sakitkan kamu, just beritahu daddy eh? Biar daddy sailang kepala dia tu sampai botak."

Gempa terkekek pelan, kepalanya diangguk jua.

"Okey daddy."

"Argh!! Hahahahaha!! Hentikan nenek!"

"Rasakan! Padan muka."

Terlihat di tengah laman rumah, Ice sedang mengeletek Flint yang berguling-guling di atas rumput kerana menahan kegelian.

"Macam-macam lah mereka berdua ni. Ohya Gem, minggu depan kan hari ulang tahun syarikat si Frosty tu. Kamu pergi?"

"Pergi kut, sebab Frosty ada ajak hari tu. Kalau Gem tak pergi, mesti dia paksa juga. Daddy faham-faham lah anak daddy yang sorang tu, suka sangat memaksa orang. Hm, nanti boleh tak daddy dan mommy tolong jagakan Flint?"

Blaze mengangguk. "Boleh aje."

•••••

Keesokkan harinya..

"Mama, Flint nak adik boleh?"

Gempa yang sedang melipat baju di ruang tengah rumah terus memandang wajah anaknya yang berusia 6 tahun itu. Si kecil itu, giat membantunya melipat baju.

"Apa kamu cakap tadi?"

"Flint nak adik."

Gempa terkesima dengan permintaan Flint itu. Dia tenung wajah bersahaja Flint selepas mengatakan itu. Dia tak salah dengarkan?

"N..nak adik?"

Flint berhenti daripada melipat baju, dia pandang wajah terkejut mamanya. Pelik sangat ke permintaannya? Rasanya tak kut.

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now