Part 2

1.9K 94 12
                                    

"Hari ni akan ada cikgu baru masuk! Dengar cite cikgu lelaki!"

Riuh rendah sejenak suasana di kelas 5 Indah tentang perihal guru baru mereka.

"Ayee! Dah tak sabar nak tengok macam mana rupa dia! Hensem ke, hodoh ke, gemuk ke? Kurus macam tiang elektrik ke? Lol.."

Mereka ketawa, membuatkan keadaan kelas itu makin riuh. Sampaikan membuat kelas sebelah tidak dapat fokus untuk belajar.

"Woii!! Kelas sebelah diamlah! Tau nak memekak aje! Kau ingat ni hutan ke apa? Nak jadi tarzan ha? Bodoh punya orang!" jerit pelajar kelas sebelah dengan perasaan bengang.

Gempa yang sedang bersuka riang dengan kekawannya mengeluarkan kepalanya dari tingkap kelasnya, dia memandang kelas sebelah yang tengah bengang itu.

"Woii!! Kalau kau tak boleh nak fokus belajar, boleh jalan lah wey! Bas sekolah ada tu kat bawah tengah tunggu korang balik! Pigidah!" jerit Gempa.

Halilintar yang mendapat balasan daripada kelas sebelah turut mengeluarkan kepalanya ditingkap kelas. Dia memandang wajah Gempa tajam.

"Heii budak nakal, kau memang nak kena dengan aku ke ha?" Halilintar menunjuk penumbuknya pada Gempa.

"Tak takut pun! Wek!" Gempa menarik kedua sudut matanya dan lidahnya dijelirkan pada Halilintar yang sudah tampak bengang melihat tingkah sengal Gempa itu.

"Ishh budak ni kan! Tunggu kau!"

"Wahh! Halilintar nak tunggu akulah! Tunggu sampai kita berdua naik pelamin ya? Kau nak kita ada baby berapa orang? Aku nak satu team bola sepak."

Rakan sekelas Gempa dan Halilintar menghamburkan gelak bila mendengar ucapan Gempa tambahan lagi lelaki itu membuat muka innocent.

Wajah Halilintar memerah tatkala mendengar ucapan kotor Gempa, tidak padan dengan muka innocent. Dasar mulut tak ada insurans.

"Sengal punya budak. Sampai ke situ kau fikir ya? Dasar gatal!!"

"Eh korang ni dah kenapa memekak ni?" sampuk satu suara. Semua pelajar dari dua kelas itu menoleh ke arah suara tersebut.

"Oh guru buncit!" seru Gempa sambil melambaikan tangan pada pengetua sekolah dengan wajah tidak bersalahnya.

Yang lain sudah membulatkan mata mendengar panggilan Gempa barusan apatah lagi si pengetua sekolah.

"Kau cari mati Gemgem." bisik rakan sekelasnya.

"Hidup tak akan sempurna kalau tak cari mati kan? Lagipun kita akan mati juga kan?" Kata Gempa polos.

Pengetua sekolah dan seorang lelaki muda dalam lingkungan 20-an menggelengkan kepala.

"Kamu Gempa, memang suka cari mati dengan orang. Sudah, korang masuk kelas dan duduk di meja masing-masing." arah pengetua sekolah.

"Baik! Tapi cikgu, siapa disebelah cikgu tu? Cikgu baru ke?" Soal mereka.

"Tak payah nak sibuk, nanti kau orang akan tau juga!" bidas pengetua sekolah.

"Yelah."

"Cikgu kedekut tahi hidung tawar plus hancur." seru Gempa spontan sambil berlalu ke meja belajarnya.

Pemuda yang berdiri disamping pengetua hanya tergelak kecil. Manakala pengetua sekolah sudah membulatkan mata.

"Budak ni kan, haishh! Sabar ajelah." gumam pengetua sekolah.

"Jom cikgu." ajak si pemuda itu. Pengetua sekolah hanya mengangguk.

"Kita masuk kelas tu, saya harap kamu dapat bersabar dengan tingkah laku kelas tu. Kamu dah nampak kan tadi? Apalagi si budak bertuah tu, nama dia Gempa. Budak tu nakal suka usik orang dan buat orang naik darah, saya harap kamu dapat ubah dia."

"Baik cikgu." jawabnya dengan kepala diangguk tegas.

"Jom, masuk." mereka berdua melangkah masuk kedalam kelas 5 Indah.

"Wahh! Cikgu baru tu masuk kelas kitalah! Horey!" jerit para pelajar kelas 5 Indah.

"Sudah diam. Ni cikgu baru kamu, cikgu praktikal. Dia akan berada disini selama 3 bulan. So, jaga tingkah laku kamu dan hormatilah dia. So, cikgu sila kenalkan diri." kata pengetua sekolah.

"Hai guys, seperti yang cikgu pengetua kata saya adalah guru praktikal, sebagai guru sukan awak semua. Nama saya Frostfire, awak semua boleh panggil saya cikgu Frosty."

Pemuda itu mula memperkenalkan diri, dia tersenyum manis sambil memandang para pelajar kelas itu.

"Wahh! Gila, hemsem nak mampus! Nak terkentut pun ada ni. Lol.."

"Senyuman manisnya, buatkan hatiku berdegup kencang. Degup, degup, degup."

"Cia cia cia."

Kelas 5 Indah itu mula bising dengan gelak tawa, mendengar perkataan rakan sekelas mereka. Frostfire hanya tersenyum sahaja.

"Cikgu saya nak tanya boleh?"

"Apa?"

"Umur cikgu berapa? Single lagi ke?"

Frostfire tergelak kecil mendengar pertanyaan mereka.

"Umur saya 22 tahun, masih single. Tapi, sorry saya tak berminat dengan budak sekolah macam korang." kata Frostfire dengan senyum kecil.

"Ceh! Belagaknya mamat ni, kan Gemgem." bisik Thorn yang berada di sebelah Gempa. Dia menoleh pada rakan semejanya bila tidak mendengar sahutan daripada kawannya itu.

Dia melihat Gempa yang sedang memeluk tubuh sambil memandang cikgu baru itu dengan muka serius bahkan mulutnya sampai termuncung-muncung. Entah apa yang bermain difikiran kawannya itu.

"Kau dah kenapa Gem?"soal Thorn.

"Thorny, cikgu ni aku cup-cup dulu. Dia bakal daddy masa depan aku."

Kening Thorn terangkat sebelah,

"Oke?"

Gempa tersenyum polos dengan anak matanya sibuk merenung wajah Frostfire, tanpa sengaja anak mata mereka berdua bertembung. Frostfire tersenyum pada Gempa, membuatkan remaja itu menunduk malu.

"Berani betul dia bagi senyuman maut dia? Jantung aku dah nak keboom ni."

Frostfire tersenyum senget melihat Gempa yang malu-malu kucing itu.

"Macam pernah nampak? Bukan ke budak tu yang aku nampak kat padang sekolah kelmarin ke? Hm, interesting.."










Tbc...

Amacam okey x? Lol 😂..

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now