Part 26

967 72 25
                                    

Gempa memeluk tubuh, pemandangan matanya dibuang ke luar cermin kafe yang mereka kunjungi itu. CafeBay. Melihat masyarakat setempat yang lalu-lalang di luar kafe sana.

Frostfire yang terasa diabaikan oleh Gempa, mula mengeluh perlahan dan sedikit terasa dengan perubahan perangai Gempa itu. Dia kerling minuman Gempa yang tidak disentuh oleh empunya.

Frostfire menyisip air Chocolate Ice itu, sambil anak matanya merenung wajah Gempa yang masih statik dengan acara membisukan diri.

"Kamu okey tak? Diam aje, minum lah air tu."

Bibir diketap, apabila melihat Gempa masih enggan buka mulut. Ada emas ke dalam mulut tu? Berat betul nak buka.

"Fine. Sampai bila kamu na.."

"Straight to the point lah, cikgu bawa saya ke sini kenapa? Ada apa? Penting ke? Saya nak balik!"

Kepala Gempa berkalih pada Frostfire, tajam sahaja pandangan matanya.

Frostfire hela nafas, "Fine, saya bawa kamu ke sini sebab saya nak beritahu kamu pasal kejadian hari itu. Apa yang kamu nampak tu, tak seperti apa yang ada difikiran kamu. Saya tau saya sempat terlena dengan ciuman itu, tapi tak bermakna saya menikmatinya. Saya harap awak tak salah faham tentang saya. Saya minta maaf."

Gempa berdecit perlahan.

"Kenapa cikgu minta maaf? Cara cikgu cakap macam cikgu tengah mengadap kekasih cikgu aje, takut dia salah faham? Saya rasa kita tak ada hubungan apa-apa pun, selain guru dan pelajar kan? So, tak payah lah cikgu nak minta maaf bagai. Bukan bermakna pun bagi cikgu.

Saya tau, di mata cikgu saya ni tak lebih dari seorang budak yang nakal dan gilakan perhatian kan? Cikgu sendiri cakap haritu, yang saya ni suka cari attention dari cikgu kan? Tapi, saya buat macam tu sebab.. Cikgu tak payah tau kut. Dahlah cikgu, buang masa cikgu aje hadap budak macam saya ni."

Gempa bangun daripada kerusi, dia tatapan wajah Frostfire yang seperti tergamam dengan apa yang dia katakan barusan. Gempa tersenyum paksa.

"Anggap aje lepasni kita tak pernah kenal. Saya sedar, seorang guru dan murid tidak boleh bersatu. Maaf segala kebiadaban saya pada cikgu selama kita kenal ini. Saya balik."

Tanpa menunggu balasan daripada Frostfire, Gempa terus angkat kaki beredar dari kafe tersebut. Kafe yang akan menjadi saksi bisu mereka.

Frostfire hanya menghantar pemergian Gempa. Tidak terniat pula di hati mahu mengejar remaja itu.

Perasaannya bercampur aduk selepas mendengar ayat Gempa seketika tadi. Inikah kesudahan perkenalan mereka berdua?

Entah kenapa, perasaannya terasa amat sakit.

"Haa.. Gempa.."




















Tbc....

My Naughty Student (FrostGem) [C]√Where stories live. Discover now